Ada satu kisah ni pasal seorang budak yang tak reti bersyukur.Nama budak tu Ahmad. Sebelum exam, dia banyak main. Tak serius. Study tu ada la dua-tiga saat. Lepas tu bila dah buat exam, baru dia cuak gila-gila. Tak lain tak bukan mesti susah nak jawab. Arakian kerana takutkan gagal, Ahmad pun berdoa la bersungguh-sungguh.
CHICKEN A LA CARTE – TRUE STORY ABOUT THE HUNGER AND POVERTY BROUGHT BY GLOBALIZATION
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt,
Sebaik menonton video pendek yang dikongsi oleh saudara Adlan di YG PPIMI ini, saya berasa sangat terkesan dan malu pada diri sendiri. Betapa beruntungnya kita, dengan nikmat dan rahmat yang Allah swt berikan kepada kita, namun kadang-kala diri ini masih lagi mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Mata yang dianugerahi Allah masih lagi menjeling nikmat-nikmat yang dimiliki oleh orang lain, yang tidak dimiliki oleh kita.
Hati sendiri sentiasa iri dengan kejayaan dan kelebihan orang, malah sering juga terdetik mempersoalkan pemberian Allah kepada orang lain, tetapi tidak pada diri kita.
Bisikan-bisikan yang syaitan sentiasa hantarkan kepada kita, hati manusia-manusia yang lemah dengan tipu daya sehingga kita berasa tidak redha dengan apa yang kita miliki. Ada sesetengah orang, berburuk sangka pula dengan Allah swt kerana merasakan Allah swt tidak berdengar doa, rintihan hatinya.Astaghfirullahal ‘azim.
Sebaiknya sebagai seorang hamba yang bersyukur, kita perlu sentiasa memuji dan sekurang-kurangnya berterima kasih kepada Allah swt atas kemurahanNya memberikan kita peluang untuk hidup sehari lagi.
Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah yang terbaik dalam pengetahuan Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dan diingini oleh diri kita. Hatta perkara itu merupakan musibah. Ia adalah yang terbaik! Diulangi, yang terbaik, dari Rabb-mu. Read the rest of this entry »