Atap Hijau Rss

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

3

Posted by corniche | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 22-06-2011

Bismillahirrahmanirrahim…

Saban hari di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, ramai yang menaikkan status tidak sabar untuk pulang, atau sudah kegembiraan tiba di tanah air bersama keluarga tercinta. Begitulah fitrah manusia yang sentiasa ingin mencari kebahagiaan, yang salah satunya dikecapi dengan ketenangan bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Namun sedarlah bahawa, bersama keseronokan ini datangnya tanggungjawab terhadap ibu bapa kita. Cuti yang panjang bukanlah untuk kita berehat dan bersuka ria semata-mata, malah inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa dan menebus masa-masa kita sepanjang berjauhan dari mereka di perantauan.

Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

(Sekadar gambar hiasan. Sumber: Antique Dog Photos)

Read the rest of this entry »

Kalau berdosa mak membesarkan kamu..Ampunkanlah mak

3

Posted by kalam hamba | Posted in Akhlak, Ibadah, Sosial | Posted on 06-05-2009

http://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI

Oleh: Ust. Abdul Kadir dr http://www.soaljawab.wordpress.com

“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.”

Demikian ungkapan yang menggambarkan reality keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun reality hari ini mengiyakan wujud ramainya anak-anak yang menderhakai ibu bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua.

“Jaga orang tua susah… cerewet, macam budak-budak pun ada” dan bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar. Ada pula yang bertelagah sesama adik beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan bapa, lalu masing-masing mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak layak dan sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu.

Ramai yang mengeluh jika perlu menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua. Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti dia juga akan menjadi tua dan lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan ihsan dari anak-anaknya.

Menyedari hakikat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berbakti kepada mereka bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, maka dengan itu Islam menawarkan nilai pahala yang amat besar bagi yang melaksanakannya. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:
Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group