Setelah dikira-kira, sudah tahun kelima penulis berada di bumi Cork ini. Jauh dari keluarga, jauh dari bumi Malaysia. Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini, hati dah mula gusar tentang penjagaan diri dan iman, al maklumlah Islam dikatakan asing di bumi Europe ini. Namun, setelah masa berlalu, kehidupan yang dilalui tidaklah seperti yang digambarkan sebelum ini. Banyak perkara yang mematangkan kita sebagai seorang Muslim terutama dari segi pengukuhan akidah, pengamalan ibadah dan cerminan akhlak, lebih-lebih lagi kitalah duta Islam di sini. Kadang-kala, terdetik di hati bahawa lebih senang untuk mempraktikkan Islam di sini berbanding di tanah air sana. Paling kurang, dari segi ibadah, kita lebih mudah mempelajari, memahami dan mengamalkan rukhsah yang diberikan oleh Allah swt. Pendek kata, Islam itu Mudah!! Siapa kata Islam itu remeh dan menyusahkan?
“Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu” (2:185)








