Atap Hijau Rss

Kenali Kami

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Pengumuman | Posted on 15-09-2009

Assalamualaikum,

Kami di Atap Hijau ingin mengucapkan selamat datang kepada adik-adik yang baru tiba di bumi Cork yang indah permai. Selamat menghayati kehidupan di sini. InsyaAllah kami sentiasa ada untuk menghulurkan apa-apa bantuan.

ataphijau31

Rasanya, hingga kini ramai yang sudah mengenali kami. Atap Hijau ditubuhkan sebagai penyempurna kepada persatuan-persatuan yang sudah ada di Cork. Kami ingin terus menyegarkan suasana sukakan ilmu dan kebajikan di kalangan rakyat Cork. Kami cuba untuk mengeluarkan artikel-artikel yang dapat memberikan impak yang baik buat semua. Selain itu, kami juga telah menubuhkan satu kumpulan nasyid supaya dapat menyampaikan mesej kami melalui hiburan. Kami mempunyai alat-alat muzik sendiri melalui tabung kami sendiri di samping sumbangan beberapa sahabat.

ataphijau4

Kami telah memenangi tempat kedua pertandingan Nasyid Extravaganza peringkat Ireland di Galway pada Januari 2009. Kami kemudiannya telah dijemput ke beberapa majlis di serata Ireland termasuk oleh IMAM di Dublin, Cork City Council dan pihak Cork Muslim Society. Diharapkan usaha kami diterima sahabat-sahabat semua dan diberkati Illahi.

Di bawah adalah beberapa rakaman video persembahan kami. Selamat menonton !!

Atap Hijau Performing at Cork City Council

Next Eire 09 : Sumbangsih

Next Eire 09 : Adakah Kau Lupa

Kami mengharapkan mana-mana sahabat yang berminat nak menyertai kumpulan kami, dapatlah hubungi mana-mana ahli Atap Hijau.

Nantikan persembahan-persembahan kami akan datang !!!

Salam perjuangan !!

Atap Hijau performing at Cork City Council

5

Posted by xfahmix | Posted in Berita, Dakwah | Posted on 18-05-2009

Atap Hijau performed at Cork City Council, Ireland 15/05/09 for a ceremony with Cork Mayor and muslim community here in Cork, Ireland. Jazakallah to Atap Hijau members who have been spending their time training for this performance in the midst of examination weeks.

Atap Hijau

Kepentingan Ilmu di Atap Hijau

2

Posted by admin | Posted in Akademik, Akidah, Motivasi, Sosial | Posted on 18-03-2009

saya mulakan dengan sabda rasulullah s.a.w.

“siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu’
Riwayat muslim

Di dalam Al-quran ada menyebut

… katakanlah: adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal” [Surah az-zumar: ayat 9]

Secara umumnya ilmu diketegorikan kepada dua: ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain lebih menjurus kepada perhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah s.w.t. Ilmu tersebut mengajar dan membimbing kita untuk melaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hamba kepada Allah s.w.t secara mutlak.
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempelajari ilmu fardu ain yang terdiri daripada ilmu Akidah, Syariah dan Akhlak. Ketiga-tiga bidang ilmu ini penting kerana merupakan asas untuk menanam akidah dan keimanan dalam hati dan jiwa untuk melahirkan insan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardu kifayah sebagai pelengkap kepada ilmu fardu ain yang bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t. Tuntutan untuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebut dipertanggungjawabk an ke atas kita untuk mencapai kesejahteraan hidup individu, membangun masyarakat dan negara.

Read the rest of this entry »

Nilai RM 10 di ataphijau

16

Posted by admin | Posted in Cerpen, Penulisan | Posted on 27-01-2009


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Read the rest of this entry »

Atap Hijau Team NEXT Ireland 2009

23

Posted by admin | Posted in Pengumuman | Posted on 26-01-2009

Congratulations to all my friends!!
For the first time we perform in public. Alhamdulillah we managed to get second place.

to All ataphijau crew… We Really entertain them..

Atap Hijau Team

Percussionist
Usop, Adi

Singer
Fairuz, Faiz, Faimee, Arif, Asraf, Shazif, Bazli, Muizz

puisi
PPMC