Posted by kalam hamba | Posted in Akhlak, Concern, Komunikasi, Perbincangan | Posted on 16-04-2009

Kalau kita marah, kita bakal dimarahi
Mungkin tanpa kita sedari, kita selalu meninggikan suara kepada adik-adik kita.Dan kemudian kita akan dimarahi kembali oleh ibu bapa kita kerana meninggikan suara terhadap adik-adik. Kalau dengan kawan-kawan, susah betul untuk kita menzahirkan kemarahan kita. Takut hilang kawan agaknya.
Dari situ, kita patut belajar satu perkara, kalau kita marah orang lain, bersedialah untuk diri kita dimarahi orang lain juga.
Kalau kita dimarahi orang lain, apa kita rasa? Kadang-kadang mungkin ada sedikit suntikan keresahan apabila kita yang menjadi mangsa marah kawan kita.
2 tahap lain sebelum marah
Pertama sekali sebelum kita boleh marah orang lain, kita perlu sabar. Jadi jika orang itu buat kita marah, kita perlu sabar dan teliti dahulu kenapa orang itu berbuat itu dan ini terhadap kita. Mungkin dia ada masalah lain atau mungkin… apa-apa sahajalah kemungkinan lain.
Keduanya kalau dia masih melakukan perkara yang sama sampai membuatkan kita marah, bagi amaran terlebih dahulu. Bagi saya inilah yang paling penting sebelum kita hendak marah. Kita tanya balik diri kita, ‘pernahkah aku memberi amaran kepada dia supaya jangan buat perkara itu dan ini?’



