Atap Hijau Rss

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

6

Posted by kalam hamba | Posted in Akidah, Concern, Perbincangan, Politik | Posted on 26-04-2009

Assalamualaikum wbt,
Sahabat-sahabat ada terbaca berita di bawah?Apa pandangan semua? Tak tahu laa nak kata apa pada individu Islam yang boleh buat keputusan sebegini. Dan inilah yang berlaku apabila Ulama dan Umara’ tidak lagi bergandingan dalam urusan kepimpinan. Wallahua’lam.

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Read the rest of this entry »

Servant of God

1

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Akidah, Dakwah | Posted on 28-03-2009

Assalamualaikum,

Mari kenali Deborah Dapper. Seorang remaja perempuan Britain berumur 13 tahun yang berpegang kuat dengan kristian. Beliau hidup dengan ibu dan ayah serta 10 lagi adik-beradik yang lain. Mari kita contohi kehebatan beliau berpegang kepada prinsip agama. Kekentalan beliau berdakwah walaupun dalam suasana yang tidak mesra dakwah. Bagaimana dengan kita? Banyak perkara yang saya pasti kita tidak setuju, namun ambillah yang positif sebagai pemangkin semangat menambah ilmu dan memperhebatkan dakwah islamiyah.

Selamat menonton

Deborah 13 : Servant of God part 1

Kalimah Allah – Siapa yang berhak?

15

Posted by Abdullah | Posted in Politik | Posted on 24-03-2009

allah3

Assalamualaikum w.r.t

Isu ini mungkin sudah agak lama untuk diperkatakan di sini. Namun saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit berkaitan isu ini setelah terbaca berkenaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam (Bar Council) kerana mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu baru-baru ini. Mungkin ramai di antara kita juga termasuk saya sendiri yang kurang memahami isu ini dengan baik. Jadi ada baiknya jika kita bersama-sama menggunakan ruangan ini untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan.

Sebelum saya menyentuh dengan lebih mendalam tentang isu ini, berikut disertakan kronologi isu ini.

Read the rest of this entry »

Signs of Weak Iman

3

Posted by admin | Posted in Akademik, Tazkirah | Posted on 23-03-2009

Have we ever concern about our Iman? Here are the signs of weak IMAN …

1) Committing sins and not feeling any guilt.

2) Having a hard heart and no desire to read the Quran.

3) Feeling too lazy to do good deeds, e.g. being late for prayers

4) Neglecting the Sunnah.

5) Having mood swings, for instance being upset about petty things and bothered and irritated most of the time.

6) Not feeling anything when hearing verses from the Quran, for example when Allah warns us of punishments and His promise of glad tidings.

7) Finding difficulty in remembering Allah and making Zikr.

8) Not feeling bad when things are done against the Shariah.

Read the rest of this entry »

Kita adalah Hamba

3

Posted by admin | Posted in Akidah | Posted on 06-01-2009

senyum-kambing

Source: Saiful Islam

KAMU LAYAK DIUJI

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.
Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.
Read the rest of this entry »

D.I.A