Atap Hijau Rss

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

3

Posted by corniche | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 22-06-2011

Bismillahirrahmanirrahim…

Saban hari di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, ramai yang menaikkan status tidak sabar untuk pulang, atau sudah kegembiraan tiba di tanah air bersama keluarga tercinta. Begitulah fitrah manusia yang sentiasa ingin mencari kebahagiaan, yang salah satunya dikecapi dengan ketenangan bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Namun sedarlah bahawa, bersama keseronokan ini datangnya tanggungjawab terhadap ibu bapa kita. Cuti yang panjang bukanlah untuk kita berehat dan bersuka ria semata-mata, malah inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa dan menebus masa-masa kita sepanjang berjauhan dari mereka di perantauan.

Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

(Sekadar gambar hiasan. Sumber: Antique Dog Photos)

Read the rest of this entry »

The Messenger’s Way

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Al-Quran, Miscellaneous, Tafsir | Posted on 17-06-2011

(108. Say “This is my way; I invite unto Allah with sure knowledge, I and whosoever follows me. And Glorified and Exalted be Allah. And I am not of the idolators.”)

Read the rest of this entry »

Warkah Isabella Buat Ayahanda

1

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah | Posted on 16-06-2011

Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada didalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia disamping menyusun system lahiriah juga menyusun system batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi.

Ayahku yang dihormati,

Ketahuilah ayah bahawa saya telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara ringkas maka dibawah ini saya bawakan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran islam supaya ayah dapat memahami kebenaran :
Read the rest of this entry »

Kahwin Lewat Dan Cara Menghadapinya

1

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 12-06-2011

KAHWIN LEWAT DAN CARA MENGHADAPINYA

Firman Allah S.W.T.:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21)

“Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.” (Maksud Surah al-Qasas (28):27).
Read the rest of this entry »

Islam is the Straight Path

1

Posted by Saladin Safi | Posted in Al-Quran, Miscellaneous, Tafsir | Posted on 11-06-2011

(161. Say: “Truly, my Lord has guided me to a straight path, a right religion, the religion of Ibrahim, Hanifan (monotheism) and he was not of the Mushrikin.”) (162. Say: “Verily, my Salah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists.”) (163. “He has no partner. And of this I have been commanded, and I am the first of the Muslims.”)
Read the rest of this entry »

Jenayah Hati : Pengajaran Dari Banduan

3

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 08-06-2011

Jenayah Hati : Pengajaran Dari Banduan

Tengah hari itu, usai solat zohor di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, sedang aku duduk ditangga mengenakan kasut untuk bergerak menyelesaikan urusan dunia yang lain, seorang lelaki berpakaian seluar jeans pendek yg koyak-koyak, mengenakan singlet putih, dengan rantai silver bersize besar di leher, rambut berwarna keperangan akibat diwarnakan dan tangan yang bertatu nazi di bahu, duduk disebelahku dan memberikan salam dan menyapa diriku.

‘Assalamualaikum, bang’ sapaan lelaki itu mengundang banyak mata untuk menoleh kepadanya lantaran pemakaiannya dan keberadaannya di hadapan rumah Allah itu.

‘Waalaikumussalam wbt’. Jawabku semula, namun tiada senyum mampu terukir dibibir.

Read the rest of this entry »

Masa – Hanya Orang Yang Sibuk Akan Ada Masa?

1

Posted by Fares Audah | Posted in Miscellaneous | Posted on 03-06-2011

“hanya orang yang sibuk yang akan ada masa”

ungkapan yang kerap saya dengar sejak kebelakangan ini tambah-tambah lagi bila peperiksaan musim panas dah berakhir. masa yang sebelumnya digunakan untuk membaca dan menghafal sudah tak terisi dengan rutin yang sama. kita sudah ada banyak masa kosong yang mungkin sahaja boleh digunakan untuk membuat perkara lagha. dan satu fakta yang sememangnya saya rasa apabila seseorang ada banyak masa terluang, sesuatu tugasan yang diberikan sudah pasti akan lambat siap jika tugasan yang sama kita berikan pada orang yang sibuk. pepatah arab ada menyebut:

“Statiknya air akn merosakkannya, statiknya pemuda (dgn byknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya”

*****************************************************************

“kalau kita tiada masa untuk Allah, Allah juga tidak akan ada masa untuk kita”

nauzubillah…mohon dijauhkan daripada Allah melupakan dan mengabaikan kita. kita adalah hamba yang sangat kerdil yang hanya mengharapkan Allah di muka bumi ini. cuba bayangkan sekiranya Allah tidak mengendahkan kita, membiarkan kita hidup dengan cara kita, nescaya huru-hara lah segala urusan kita. oleh sebab itu, menjadi amalan rasulullah s.a.w membaca doa selepas zikir mathurat:

“….Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan kami walau sesaat…”

kita hendaklah sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa bersama kita dalam setiap langkah dan hela nafas kita. mohon Allah pandu dan bantu kita sehari-hari supaya kita sentiasa ingat dan mampu menggunakan masa untuk perkara yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. ingatlah bahawa Allah adalah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Tanpa bantuan, pertolongan,kasih sayang dan jagaan Allah, sudah pasti kita akan larut dan lalai dengan kehidupan dunia yang cukup indah dan menyeronokkan tapi satu perkara yang harus kita ingat, DUNIA ini hanya SEMENTARA. tiadalah ia kekal selama-lamanya.
Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau