Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 23-03-2008
Assalamualaikum
Saya ambil artikel ini daripada Iluvislam.com. A very touching writing. Saya sarankan semua pembaca menghayati setiap bibit tulisan tersebut. Saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat semua mengunjungi laman web www.iluvislam.com untuk mendapatkan pelbagai sumber ilmu, inspirasi, cerita-cerita dan banyak lagi. Semoga ilmu dan iman bertambah hendaknya.
Warkah “Hari Jadi” untuk Rasulullah www.iLuvislam.com oleh:santapanrohani
sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 20-03-2008
Sempena maulidur rasul ini, jikalau antum semua mempunyai masa yg lapang, ana amat2 menggalakkan antum semua melihat cerita kartun SEERAH rasulullah SAW. lama jugak, about 1 and half hour. ana post satu part jek, antum semua bole sambung ikut link youtube yg ana telah sediakan Selamat menonton.
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 19-03-2008
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda..
Bukan untuk membuka aib diri tetapi untuk berkongsi dan memberi keyakinan pada diri sendiri dan anda semua bahawa hidayah ALLAH hanya untuk mereka yg terpilih…
Dulu.. Saya hanya seorang gadis yang tahu nak seronok-seronok, langsung tak terfikir yang banyak lagi masalah agama yg perlu diberi perhatian penuh oleh setiap orang yg bergelar khalifah.
Window shopping, tonton wayang, melepak buang masa dengan kawan-kawan dah macam hobi. Tambahan pula memang persekitaran disekeliling langsung tak membantu untuk saya belajar erti sebenar tujuan hidup ini. Hinggalah kakak angkat saya masuk matrikulasi dan dia banyak berubah ke arah yang lebih baik. Dia banyak memberi nasihat terutama tentang aurat dan solat. Pada mulanya saya tak boleh terima perubahan dia yg mula nak bercakap pasal agama dengan saya. Saya rasa kehilangan kawan yang boleh diajak membeli-belah dan menonton wayang. Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 19-03-2008
InsyaAllah, we will be having halaqa in Cork Mosque every sunday from 700 p.m. till 900 p.m. Subject to change. All muslim brothers are cordially invited.
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 19-03-2008
CORK GAMES!! BUAT PERTAMA KALI-NYA KAWASAN CORK MENGADAKAN TEMASYA SUKAN BESAR-BESARAN!! MARILAH KITA MERAIKANNYA!!
PPMC, MCS and KUC are pleased to host Cork Games 2008. This is our first ever sport tournament which involve students from both UK and Ireland. InsyaAllah we will have footballfor man and netballfor woman. So, lets write new history in Cork with your great skills and talent.
Posted by xfahmix | Posted in Uncategorized | Posted on 18-03-2008
Alhamdulillah, saya hampir selesai mengikuti kursus usul tafsir yang disediakan oleh Islamic Online University. InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada kursus tersebut di dalam pos akan datang di sini.
Buat masa ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai satu amaran keras yang telah digariskan oleh pensyarah berkenaan mengenai penafsiran Al-Quran yang tidak mengikut metodologi yang telah ditetapkan dan tafsiran yang dibuat berdasarkan akal oleh mereka yang tidak mempunyai autoriti terutamanya mereka yang tidak lengkap syaratnya bagi melayakkan dia sebagai seorang mufassir.
Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 18-03-2008
assalamualaikum
Ketika saya berehat petang tadi, saya terjumpa link tv9. Saya secara peribadi berasa usaha tv9 untuk menyediakan program alternatif yang lebih islamik patut dipuji. Saya mengikuti rancangan akademi al-Quran sebelum ini dan merasakan ia banyak memberi ilmu al-quran yang baik kepada penonton. Lebih menyeronokkan lagi, mak saya amat menggemari rancangan ini dan kami berkongsi minat yang sama.
Tahun lepas telah diperkenalkan satu lagi rancangan realiti iaitu ‘Cari Menantu’ di mana rancangan ini bertujuan memberi pendidikan rumah tangga yang menyeluruh dari segi fiqah, aspek praktikal dalam hubungan keluarga, perancangan ekonomi dan sebagainya. Kali ini program realiti ini tiba lagi dan sudah mencecah episod yang ke-12 . Seimbas lalu, ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju sebagai contoh ia membenarkan pasangan bersama sebelum berkahwin. Tetapi, meneliti keperluan pendidikan kekeluargaan islam di tanah air, saya merasakan ia program yang amat baik. Saya syorkan yang ingin mendirikan rumahtangga, jika ada masa, boleh tontoni rancangan ini dengan tujuan untuk tahu dan faham keperluan sebelum mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, jika boleh mungkin boleh sahabat semua boleh mengemukakan pendapat masing-masing tentang hal ini. Mungkin ada yang tak bersetuju dan mungkin ada yang bersetuju.