Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Dakwah, Hadith, Ibadah | Posted on 13-12-2009

CUTI musim sejuk menjelang lagi bagi rantau Eropah dan yang sewaktu dengannya. Kedinginan musim sejuk seakan-akan dilupakan sebentar oleh kehangatan dan keterujaan untuk bercuti. Bila lagi, inilah masanya untuk melancong, jalan-jalan cari angin.
Ke manakah destinasi utama percutian anda? Turki? Mesir? Sepanyol? Itali? Perancis? England? Melanconglah ke mana pun, semuanya adalah bumi Allah jua, tidak terkurang walau seinci pun.

“Katakanlah, milik siapakah apa yang di langit dan di bumi? Katakanlah, milik Allah.Dia telah menetapkan kasih sayang pada diriNya.Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi.Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.”
Surah al-An’am: 12
Cuti-cuti juga, namun lebih indah lagi jika ia diberkati dan mengikut garis panduan agama kita. Jadi, bagaimana nak menjadikan melancong sebagai satu ibadah?
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Akhlak, Baitulmuslim | Posted on 11-12-2009
Alhamdulillah..musim peperiksaan semester pertama tahun ni berakhir sudah. Tamat sudah siri malam bertongkat mata dan tidur tak lena. Seperti yang dijanjikan, hadiah selepas peperiksaan. Short movie bertajuk, Bitter Love

bitter.love part 1 from Abu Malik on Vimeo
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 10-12-2009

AtapHijau.com membawakan kepada anda
” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau “
sebuah program Qiyamullail membina Iman
Tarikh : 11 December 2009 (Jumaat)
Masa : 10.00 malam
Tempat : The Chimes, Wilton, Cork
” Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. “
(Surah Al-Isra’ : Ayat 79)
Maniskan sepertiga malam anda dengan iman dan takwa. Semua Muslimin dijemput hadir.
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 09-12-2009

PROGRAM AQIQAH PUISI 2009
Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland, PUISI 2009 ingin menjemput anda untuk bersama-sama kami untuk beribadah bagi Program AQIQAH PUISI 2009. Aqiqah merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam islam berdasarkan kepada Hadith-Hadith Rasulullah S.A.W.
Dari Salman bin Amir Ad-Dhabiy, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aqiqah dilaksanakan karena kelahiran bayi, maka sembelihlah hewan dam hilangkanlah semua gangguan darinya.”
[Shahih HR Bukhari (5472)]
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Akhlak | Posted on 08-12-2009
Segala di dunia ini tak akan ada yang kekal.
Harta benda, pangkat darjat, kecantikan…
Semuanya sementara.
Pernah dengarkah, yang kecantikan itu hanyalah senipis kulit?

Kadang-kadang dengan kelebihan paras rupa yang Allah bagi, boleh buat manusia lupa diri. Terasa asyik dengan pandangan dan pujian manusia. Sedangkan tanpa sedar, bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik nikmat yang dipinjamkan sementara.
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Wish | Posted on 07-12-2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Taufiq itu maksudnya petunjuk.
Najah pula bermaksud kejayaan.
Moga kita memperolehi keduanya sekali untuk peperiksaan kali ini, insyaAllah…
Bittaufiq wannajah!
Hadiah lepas exam :

Apa ni?
Tunggu…
Posted by hikari189 | Posted in Tazkirah | Posted on 06-12-2009

Hairan ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Hairan ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Hairan ya,
betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen, wayang di pawagam dan melayan youtube.
Hairan ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan atau pakwe atau makwe.
Read the rest of this entry »