
Assalamualaikum wbt..
Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam yang ditinggalkan oleh filem tersebut buat penulis. Embun, seorang gadis kampung yang manis, ayu dan sopan santun, namun demi kemerdekaan membebaskan bangsa, beliau bertukar menjadi singa yang mengaum menghambat dan menggigit penjajah. Hari ini, penulis ingin menitip sebuah warkah buat Embun kerana penulis merasa kecewa melihat gelagat manusia yang semakin pudar semangatnya, tidak lagi seperti Embun. Hanya kepada Embun, aku bias meluahkan rasa hati.
Kehadapan Saudari Embun,
Kutitip sebuah warkah cinta bersulam gundah gulana buat kau yang telah lama merdeka, membiarkan kami di generasi baru terjerat, terperangkap dalam sarang penjajahan ciptaan kami sendiri. Dengarlah luahan hati ini wahai Embun, lihatlah kedasar hatiku agar kau bias memahami.









