Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 07-01-2010

ATAPHIJAU.COM DENGAN KERJASAMA PPMC MEMBAWAKAN KEPADA ANDA
TAHAJJUD CINTA
Sebuah Program Qiyammullail membina iman
MUSLIMIN
Tarikh : 8 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : The Chimes
MUSLIMAT
Tarikh : 9 Januari 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : D’Nur
Tahajjud Cinta kini tampil lebih segar dan santai, dengan pengisian yang membina Ruhani dan Pemikiran, menampilkan wadah interaktif untuk perkongsian, juga menjadi medan menjalin persefahaman.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam, serta kerjakanlan sembahyang Tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”
(Surah Al-Isra’ : Ayat 79)
Maniskan sepertiga malam anda dengan iman dan takwa. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Posted by corniche | Posted in Tafsir | Posted on 07-01-2010

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah terjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar
Surah At-Taubah : Ayat 111
Asbabul Nuzul
Allah memberitahu bahawa hamba-hambaNya yang mu’min yang telah mengorbankan jiwanya dan harta bendanya di jalan Allah, akan diberi tempat di syurga sebagai ganti.
Berkata al-Hassan al-Basri dan Qatadah sehubungan dengan ayat ini: “Allah telah membeli dari hamba-hambaNya dengan harga yang sangat mahal.”
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ka’ab al-Quradhi, bahawa Abdullah bin Rawahan berkata kepada Rasulullah saw tatkala memberikan bai’atnya kepada beliau di Aqabah. “Syarat apakah yang engkau tuntut daripadaku untuk Tuhanmu dan dirimu sendiri?”
Read the rest of this entry »
Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Miscellaneous, Tazkirah | Posted on 06-01-2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sedikit perkongsian mengenai majlis ilmu yang pernah saya hadiri, majlis yang sangat singkat namun mesej yang disampaikan sangatlah besar maknanya dalam hidup saya.
Apa mesejnya?
Pengorbanan dan ikhlas kerana Allah Taala dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai seorang hamba Allah, tugas kita tidak lain hanyalah untuk beribadah kepadanya. Skop ibadah kepada Allah sebenarnya sangat luas, bukanlah hanya tertakluk kepada ibadah wajib sahaja seperti solat, puasa, zakat, dan menunaikan haji. Setiap perkara yang kita lakukan, jika niatnya didasarkan kerana Allah SWT, insyaAllah ia juga dikira sebagai ibadah. Contohnya, jadi AJK Dapur PUISI 2009.
Read the rest of this entry »
Posted by Abdullah | Posted in Concern, Politik | Posted on 05-01-2010
Assalamualaikum wrt.
Isu kalimah Allah kini telah hangat kembali. Penulis pernah menimbulkan isu ini dalam terbitan yang terdahulu iaitu artikel ‘Kalimah Allah – Siapa Yang Berhak? Pelbagai respon timbul daripada banyak pihak. Penulis sendiri agak terkejut dengan keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang membenarkan Akhbar Herald di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam ruangan bahasa Melayu mereka.
Berpeluang mengikuti perkembangan isu ini di kaca TV setiap hari, penulis dapat menyaksikan bermacam gelagat manusia terutama orang Melayu Islam yang membantah keras keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Penulis sendiri tidak bersetuju dengan membenarkan penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan terutamanya pada generasi yang akan datang. Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah menyatakan bahawa kalimah Allah ini adalah esklusif kepada orang Islam sahaja.
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Hadith, Tazkirah | Posted on 04-01-2010
Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.
Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 03-01-2010

Seluruh Crew dan Warga Atap Hijau ingin mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2010
kepada semua pengunjung laman AtapHijau.Com
Semoga Tahun 2010 menjadi tahun yang menjadi saksi perjuangan Muslim bersatu hati menegakkan agama Allah
Ikhlas dari Crew AtapHijau
Admin
Abdullah, Nurislam, Corniche,Diez_Drake
Authors
Faimee, Fairuz Azmi, Kalam Hamba, Nurislam, Corniche, Umayr, Saladin Safi, Amrullah, Jundullah Perkasa, Maruko, Trick Tracks,
Nasyid Group
Izdihar, Yusuf, Redhuan, Shazif, Bazli, Fairuz Azmi, Faiz
Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Cerpen | Posted on 02-01-2010

Assalamualaikum wbt..
Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam yang ditinggalkan oleh filem tersebut buat penulis. Embun, seorang gadis kampung yang manis, ayu dan sopan santun, namun demi kemerdekaan membebaskan bangsa, beliau bertukar menjadi singa yang mengaum menghambat dan menggigit penjajah. Hari ini, penulis ingin menitip sebuah warkah buat Embun kerana penulis merasa kecewa melihat gelagat manusia yang semakin pudar semangatnya, tidak lagi seperti Embun. Hanya kepada Embun, aku bias meluahkan rasa hati.
Kehadapan Saudari Embun,
Kutitip sebuah warkah cinta bersulam gundah gulana buat kau yang telah lama merdeka, membiarkan kami di generasi baru terjerat, terperangkap dalam sarang penjajahan ciptaan kami sendiri. Dengarlah luahan hati ini wahai Embun, lihatlah kedasar hatiku agar kau bias memahami.
Read the rest of this entry »