“Bandingan derma orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya. ”
(Al-Baqarah; 261)
Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.
Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan.. begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama seperti smkin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.
Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Ekonomi | Posted on 07-03-2010
Mengapa manusia enggan memberi, meskipun hanya memberi sebuah kemaafan, sekuntum senyuman atau selirik kata-kata yang manis? Hal-hal yang mungkin dianggap kecil seperti itupun manusia masih kedekut untuk memberi, apatah lagi untuk menyumbang harta, ilmu dan tenaga? Alasan-alasan yang sering kita lemparkan adalah apabila kita memberi,ia akan mengurangkan ‘saham’ kita, orang yang menerima tidak berterima kasih, tiada apa yang mampu diberikan, bimbang akan dieksploitasi dan dimanipulasikan, tidak adil apabila kita telah berusaha sedaya upaya namun hasilnya perlu diberikan kepada insan lain pula dan bimbang jika tidak mendapat balasan. Ayuh kita sama-sama teladani kisah yang mungkin dapat membuka hati nurani kita untuk menyumbang dengan ikhlas tanpa sebarang alasan.
Rasulullah SAW, Manusia paling banyak memberi
Salah satu sifat wajib yang ada pada Rasulullah SAW ialah tabligh, ertinya menyampaikan. Menyampaikan adalah sinonim kepada memberi. Apabila baginda mendapat wahyu, baginda terus menyampaikannya tanpa menyembunyikan hatta satu ayat pun. Baginda sangat suka memberi, sewaktu senang dan juga ketika susah.
Posted by Nur Islam | Posted in Ibadah, Politik | Posted on 05-03-2010
Konsep Middle Malaysia yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang terkenal dengan membawa pendekatan Amal Ma’ruf Nahi Mungkar nya sungguh menarik untuk dibincangkan dan diteliti. Adakah konsep Middle Malaysia ini hanya satu omongan kosong sebagai untuk melawan propaganda Perdana Menteri, 1 Malaysia? Atau adakah ini menjadi aspirasi kepada Guang Eng sendiri sebagai satu cara untuk menarik undi Masyarakat Melayu Islam? Pelbagai spekulasi dibincangkan berkenaan konsep Middle Malaysia ini.
Saya kira ianya menjadi aspirasi bagi setiap pemimpin untuk membawa perubahan melalui ideology dan konsep yang ingin dibawakan kepada rakyat sebagai hala tuju pemerintahan mereka. Tun Abdul Razak terkenal dengan Dasar Ekonomi Baru, Tun Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020, Tun Abdullah dengan Islam Hadhari, dan Dato’ Seri Najib dengan 1 Malaysia. Tidak terkecuali juga Guang Eng dengan Middle Malaysia.
Apakah sebenarnya Middle Malaysia ini. Memetik kata-kata dan penjelasan Guang Eng sendiri dalam Harakahdaily baru-baru ini, yang dimaksudkan Midle Malaysia atau Malaysia Tengah adalah konsep di mana kita bersederhana dalam semua hal. Bukan ektremis. Kita ambil pendekatan pertengahan, tidak melampau. Pertama dalam ekonomi. Ekonomi yang maju, yang adil, dan memberi peluang kepada semua untuk mengecapi kejayaan.
Posted by hikari189 | Posted in Cerpen, Motivasi | Posted on 03-03-2010
Sedang duduk-duduk di penjuru perpustakaan,sambil kotak fikirannya menerawang memikirkan masa depannya, Ikin merasa bimbang sekali dengan keadaan dirinya sekarang. Dia begitu gusar dengan cara dirinya mengurus masa. Hati kecilnya berbisik,benarlah kata Saidina Ali “masa itu umpama pedang,jika kamu tidak “memenggalnya”,maka ia akan “memenggal” lehermu.”
“Ahhh,aku tak mahu jadi orang yang terpenggal!!”,jerit Ikin didalam hati, aih…mujur dalam hati saja,nanti tak pasal-pasal pula dihalau dari perpustakaan jika jeritnya ditangkap oleh telinga lintah Uncle James yang duduk tidak jauh darinya..
Dirasakan begitu banyak kerja yang belum selesai..ligat otaknya menyenaraikan: ulangkaji pelajaran yang yang entah ke mana,nota bertimbun-timbun perlu dibaca, kerjanya menggunung dalam persatuan, esei beribu-ribu perkataan yang belum langsai,mesyuarat yang tidak putus-putus, hujung minggu yang terpenuh dengan pelbagai perkara..itu,ini.,itu,ini. Wahhh!!!,ini tak boleh jadi….Sampai bila mahu jadi begini? Januari dan Februari begitu pantas memintas..Bulan Mac pula baru sahaja menguntum senyum. Bila dibilang dengan jari,ternyata kurang lebih sebulan sahaja lagi peperiksaan musim panasnya akan tiba.
Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 02-03-2010
On 26th of February AtapHijau Nasheed Crew went to Dublin to perform for FOSIS Grand Dinner graced by the President of Ireland, Mary McAlesse. Here are the pictures of the event.
Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 28-02-2010
SIKAP TOLERANSI ISLAM KEPADA BUKAN MUSLIM
Firman Allah S.W.T.:
“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka itulah orang-orang yang zalim.” (Maksud Surah al-Mumtahanah (60): 8-9)
“Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu pula halal bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu.” (Maksud Surah al-Ma’idah (5): 5)
“Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.” (Maksud Surah Luqman (31):15)
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” (Maksud Surah al-Insan (76):
“Sesungguhnya sadaqah untuk orang fakir dan orang miskin” (Maksud Surah al-Taubah (9):60)
Kadangkala Islam digambarkan dengan buruk, sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja dalam soal yang berkaitan dengan sikap terhadap bukan Muslim. Demikian juga tentang cara berinteraksi dengan orang yang berselisih pandangan dengannya. Sebahagian orang menggambarkan bahawa sikap Islam sangat sarat dengan permusuhan, fanatisme dan kebencian yang membara kepada setiap orang yang berbeza agama. Pihak yang lain pula menggambarkan Islam tidak mempunyai toleransi kepada orang kafir; bagaimana juga jenis orang kafir tersebut, kelompok yang sangat ekstrem terhadap manusia sehingga kelompok ini menganggap tidak mengapa menghalalkan darah orang lain dan harta mereka. Bagaimanakah sebenarnya sikap Islam dalam masalah ini?