Atap Hijau Rss

Menggapai Bintang

0

Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 05-06-2010

Menggapai Bintang

Kerap kali mendengar ungkapan Bekas Presiden Sukarno “ Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit” , kini ungkapan itu kedengaran biasa-biasa sahaja. Cita-cita itu ada, namun untuk apa digantung setinggi itu sedangkan, ku tahu mustahil sekali untuk ku gapai bintang di langit. Hanya yang boleh di lakukan, hanya merenung bintang-bintang tersebut lalu terpaku dek kerlipan dan kemilaunya.

Namun, itulah tabiat dan perbuatanku. Selalu menggantungkan cita-citanya di langit. Suka melakukan sesuatu yang orang katakana mustahil Mustahil itulah cabarannya. Namun, terkadang kita kecewa dalam usaha menggapai cita-cita itu. Namun, benar, yang penting adalah untuk menggantungkan cita-cita setinggi langit. Andaipun kamu tidak mampu menggapainya dan hanya mampu merenungnya, sekurang-kurangnya kamu merenung dan mendongak keatas, bukan ke bawah. Ia cukup untuk melonjakkan diri kita untuk mendaki lebih tinggi.

Saat membelek buku-buku sirah nabawiyah, berkisar tentang Peperangan Badar yang sangat terkenal, terbaca lembaran cerita pembunuhan Abu Jahal. Kisah pembunuhannya, ibarat menggapai mimpi dan bintang. Mari kita soroti kisah penuh inspirasi.

Read the rest of this entry »

Belajar berorganisasi dari Solat

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Ibadah, Motivasi | Posted on 03-06-2010

Kepentingan berorganisasi dalam Islam dapat kita lihat dan pelajari bukan saja dari pengalaman kita, tetapi kita boleh juga mempelajarinya dari solat yang kita lakukan saban hari.  Ajaran berorganisasi dari solat berjemaah  dapat dicerminkan melalui pembentukan saf yang harus rapi dan teratur.  Perbuatan kita dalam solat sebenarnya dapat kita ambil pengajaran untuk kita belajar mengenai kepentingan berorganisasi:

Niat solat berjemaah

Kalau kita mahu solat berjemaah, kita mesti la harus mempunyai niat berjemaah untuk solat yang sama.  Kalau tak, apa guna kita solat berjemaah kan?  Sama la juga dengan dalam organisasi, untuk mengemudi sesebuah persatuan, ia harus didasari oleh niat yang sama kerana kita akan merealisasikan cita-cita yang sama.

Menurut Aileen Mitchell Stewart dalam bukunya Empowering People, beliau menyatakan bahawa visi yang dimiliki bersama lebih bernilai daripada sekadar mencari rumusan misi jangka pendek.

Read the rest of this entry »

Doaku Buatmu

0

Posted by admin | Posted in Miscellaneous | Posted on 01-06-2010

Gaza Flotilla : Kenyataan Rasmi AJ

0

Posted by admin | Posted in Pengumuman | Posted on 01-06-2010

Assalamualaikum wbt.

AtapHijau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang pasukan sukarelawan ‘Gaza Flotilla’ yang menyebabkan 20 kematian mereka yang tidak berdosa. Serangan yang tidak berperi kemanusian itu adalah sebuah bentuk pencabulan hak asasi manusia yang disifatkan sebagai satu bentuk jenayah perang yang sangat zalim apabila membunuh pasukan sukarelawan. Kekejaman ke atas nyawa manusia ini perlu dibela oleh semua pihak.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu)”. (Surah al-Baqarah : Ayat 120).

AtapHijau menggesa semua pihak mengutuk serangan ini dan mengambil tindakan di peringkat individu dan politik dalam usaha menyekat Israel dari terus bermaharajalela. Kami menggesa kerajaan melalui Kesatuan Negara Islam (OIC) berusaha keras mengambil tindakan bagi mengenakan sekatan keatas rejim Israel. Selain itu, kami menggesa kerajaan memutuskan sebarang ikatan dan bentuk hubungan dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan Rejim Zionis Laknatullah. Kesatuan Eropah perlu keras bertindak dengan menutup dan menghalau keluar semua duta dan diplomat Israel di negara-negara Eropah. Kami menggesa badan-badan antarabangsa mengambil tindakan politik dan mengenakan tekanan keatas rejim Israel bagi menghalang kezaliman ini dari berterusan

Di peringkat inidividu dan masyarakat, AtapHijau menggesa setiap dari kita memainkan peranan masing-masing

1. Hentikan mendengar laporan bersifat berat sebelah di media yang dikawal oleh Rejim Israel dalam usaha mereka untuk menutup dan mengelirukan masyarakat dunia atas kezaliman mereka.

2. Teruskan dan mulakan usaha dan gerakan memboikot barang-barang buatan Rejim Israel dan juga syarikat-syarikat yang menyokong Israel

3. Suarakan kemarahan dan bantahan anda melalui media-media seperti Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya terutamanya dalam menyedarkan mereka yang masih lena dan menyedarkan masyarakat bukan islam bahawa isu Israel-Palestine bukan hanya semata-mata isu agama, tetapi ia adalah isu pencabulan hak asasi manusia.

4. Sertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan dalam usaha menyedarkan masyarakat umum berkenaan isu ini dan juga sebagai usaha memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu Israel-Palestine

5. Kami menggesa semua individu muslim menghulurkan doa penuh pengharapan kepada saudara Palestine dengan membaca Qunut Nazilah dan membuat solat hajat memohon kemangan keatas kita dan semoga ALlah melaknat dan membinasakan kesatuan mereka.

6. Bangunlah dari lena yang membuai mimpi indah kita. Laungan jihad telah lama bergema, sehingga bila masih ingin tidur diulit maksiat lama dan kebodohan yang berterusan.

Kezaliman demi kezaliman menimpa rakyat Palestine dan umat islam. Disebalik setiap kezaliman itulah, maka lebih banyak hati-hati yang sedar dan lebih prihatin, lalu bangkit menyemarakkan semangat jihad. Di celah-celah kezaliman itulah, Islam terus dipromosikan sebagai Ad-Deen, maka kita perlu sahut laungan semboyan jihad tersebut, bersatu untuk menentang musuh Allah.

Sekian,

Jazakallahu khairan Kathira

Admin AtapHijau Group

Aku Takut Letih

1

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah, Cerpen | Posted on 29-05-2010

Aku Takut Letih

Malam itu, dirasakan tekanan semakin memuncak. Bebanan kerja bertubi-tubi. Semua pihak menuntut disiapkan itu dan ini. Panggilan telefon berdering-dering meminta untuk diangkat. Sahabat-sahabat menelefon untuk bertanyakan nasihat dan panduan akan gerak kerja. Masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian segera yang menuntut kebijaksanaan mula menyesakkan nafas. Otak perlu ligat berfikir mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan, badan perlu cergas untuk menyelesaikan semua tugasan. Namun, otak telah lesu, badan telah lembik. Saat itu dirasakan semua bebanan dunia ini diletakkan diatas pundakku sahaja, sedangkan umat islam dimuka bumi ini mencecah angka billion. Namun mengapa harus aku melakukan semuanya?

Semua perasaan negative, sesak, tertekan, rungsing, putus asa, letih bersatu menjadi satu rasa yang cukup hebat menolak diri untuk lari sejauh mungkin dari segala persoalan yang membelengu. Lantas ku capai jaket ‘bubble’ kesukaanku kerana ketebalannya cukup melindungi tubuh kurusku dari kesejukkan, ku ambil kunci dan ku sarungkan kasut, aku berjalan keluar dari rumah pada jam 12 malam itu. Udara didalam bilik kecil itu ibarat kekurangan oksigen membuatkan aku tercungap menghirup nafas bagi mencari kekuatan meneruskan sebuah perjalanan panjang bernama perjuangan.

Read the rest of this entry »

Jihad di sebalik Perang Khandak

1

Posted by Fares Audah | Posted in Dakwah, Sejarah | Posted on 27-05-2010

Assalamualaikum wrt wbt

Perang Khandak yang juga dikenali sebagai perang Al-Ahzab merupakan antara peperangan (ghazwah) yang terbesar di dalam sejarah islam sehingga nama perang ini dikumandangkan setiap kali takbir raya sama ada Aidilfitri mahupun Aidil Adha. Oleh itu, kemenangan dan iktibar yang berlaku dalam Perang Khandak mestilah difahami oleh kita semua

Bagaimana Perang ini bermula?

Pada tahun ke-5 hijrah, islam di Madinah telah berkembang pesat. Hal ini menyebabkan orang Yahudi tidak berpuas hati lalu mereka merancang untuk memerangi nabi Muhammad dan orang islam di Madinah. Setelah itu bemulalah strategi bangsa Yahudi. Sebahagian tokoh Yahudi daripada Bani Nadir telah menemui pemimpin Musyrikin Quraisy daripada kaum Arab Bani Ghatfan untuk mengadakan kerjasama memerangi Rasulullah. Helah yang digunakan memang ternyata sesat. Pujuk rayu mereka kepada Bani Ghatfan adalah dengan menyatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.  Lantaran itu, mereka telah terpedaya dengan muslihat Yahudi dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyertai perang untuk menghapuskan pengaruh Nabi Muhammad dan islam.

Read the rest of this entry »

Kehidupan..Hanyalah Sebuah Rungutan

3

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Cerpen | Posted on 25-05-2010

Kehidupan.. .Hanyalah Sebuah Rungutan

Semasa aku masih berstatus kanak-kanak kecil apabila inginkan sesuatu, aku akan merengek memintanya dari mak dan ayah. Namun, apabila sudah besar sedikit, aku akan mula mengamuk dan merontak-ronta apabila inginkan sesuatu. Ketika masih kanak-kanak, apabila lapar aku akan menangis. Ketika masih kanak-kanak apabila mengantuk aku akan menangis. Sedikit kesusahan seperti lapar dan mengantuk, aku hanya mampu merengek dan membuat perangai. Sedikit merasa sakit dan pedih aku akan menangis dan merengek. Tetapi itulah fitrah kanak-kanak yang dicipta Allah untuk penjadi Qurratu ‘ayyun kepada ibu dan bapa. Tubuh yang kecil dan kerdil,  tidak pula berdaya hanya mampu mengeluarkan sebuah tangisan dan rengekan apabila sesuatu yang tidak disukai dan tidak menyelesakan menguji diri.

Apabila telah mula melangkah kaki ke alam persekolahan didarjah satu, masih segar diingatan, saat bangun pagi dikejutkan oleh mak dan ayah adalah sesuatu yang sungguh sukar. Tatkala dikejut bangun pagi untuk kesekolah, aku sungguh liat, lalu ayah mendukung pergi ke bilik air. Sambil mata terpejam dalam dukungan ayah, mulut mula merengek dan menangis tidak mahu ke sekolah. Lalu, ayah membawa pergi kebilik air lalu dijiruskan air untuk mandi. Dengan mata masih terpejam, mulut masih merengek-rengek. Saat air yang sungguh sejuk menyentuh kulit kepala, badan terketar melompat dan terus mengamuk kepada ayah. Ayah hanya tersenyum melihat telatah aku. Lalu ayah meminta emak menjerang air panas didapur untuk dicampurkan dengan air sejuk supaya lebih suam dan menyelesakan. Maka, ayah pun memandikan aku dengan air suam yang selesa, maka rengekan dan tangisan pun semakin reda. Lalu emak pun menyiapkan pakaian seragam dan menyikat rambutku dengn kemas dan rapi. Lalu ayah memberi wang saku dan aku menunggu kawan-kawanku untuk berjalan bersama-sama kesekolah. Namun setelah beberapa bulan aku mula merungut kepada ayah.

Ayah, adik tak mau pi sekolah jalan kaki, adik tak larat nak jalan sebab jauh. Adik nak pi naik gerek. Ushu dengan Din pi sekolah naik gerek. Adik nak pi sekolah naik gerek macam depa”
Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group