Atap Hijau Rss

Letih? Di situlah nilainya..

0

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Ibadah, Tazkirah | Posted on 16-07-2009

Mana dia ibadah dalam Islam yg tak rasa letih?

Puasa- Sunat atau fardhu, jangan cakap la letihnya. Lapar dahaga, lesu badan, semuanya datang secara tersusun.

Solat – Letih juga, nak bangun pagi, nak tolak selimut mmg payah kadang-kadang. Kalau berpeluang tinggal di luar negara, lagi la letih, terutamanya kalau musim sejuk. `Bercinta’ sungguh nak berwudhuk!

Sedeqah – Lagi ‘letih’. Duit sendiri, penat bekerja mencari rezeki, dapat hasilnya, tiba-tiba nak kena bagi kat orang lain. Bukan dia balas balik kat kita pun lepas kita bagi kat dia.

Haji/Umrah – Lagi la letih. Bersesakan di hadapan Baitullah. Kesesakan di ‘Arafah, Mudzalifah. Menguji tahap kesabaran kita. Kerenah manusia satu dunia!

Berjihad – Dgn harta, diri, masa, tenaga, buah fikiran untuk meninggikan Islam. Letih juga, dimaki hamun, dituduh dgn tuduhan-tuduhan palsu, diugut, ditukar tempat kerja, malahan mungkin dibunuh!

Berkempen dlm pilihanraya pun letih juga.

Banyak lagi la kalau nak sembang.

Pokoknya, nilai Ibadah kadang-kadang terletak pd keletihan itu.

Bukan sekadar ilmu dan keikhlasan diri.

Tak apa la, letih di dunia, berehat di akhirat!

Firman ALLAH (mafhum):

`Allah berfirman: `Inilah hari (kiamat) yg (pdnya) org-org yg benar (pd tutur kata dan perbuatan) mendapat menafa’at dari kebenaran mereka;………’
AL-MAIDAH: 119.


dipetik dari:

http://halimnasir.blogspot.com/


Aku mengutip Dosa

0

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Akidah, Tazkiyatun nafs | Posted on 14-07-2009

 

 

Aku mengutip Dosa

(pesanan buat diri yang alpa)

 

Kaki melangkah, tangan berarak

Sambil diri mengutip dosa,

Menempa hidup penuh sia,

Hingga kelak menjadi binasa,

 

Mata memandang, kelopak dipejam,

Sambil diri mengutip dosa,

Aku lupa ajal ada,

Tanpa disangka dipanggil tiba

 

Telinga mendengar, deria merasa,

Sambil diri mengutip dosa,

Meracun fikiran tanpa makna,

Meniup dengki hasad sengketa

 

Akal meneka, hati bercinta,

Sambil diri mengutip dosa, ,

Syurga Cinta impian sukma,

Bisikan Syaitan sakar madunya

 

Lidah berkata, bibir berbicara,

Sambil diri mengutip dosa,

Lidah yang sama, Bibir yang sama,

Mengucap Syahadah mencipta Dusta

 

Diri gemar mengutip dosa,

Mencampak pahala entah kemana,

Nanti timbang berat padahnya,

Neraka Jahanam membakar selamanya


The Dangers of Narrow-Mindedness

0

Posted by xfahmix | Posted in Akhlak, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 13-07-2009

Narrow-mindedness is defined as lacking tolerance or not having the mental faculty to see beyond the superficial and recognize the underlying truth. Currently, this tendency appears to be widespread in all segments of Muslim communities.

The primary reason for this deplorable condition is ignorance, the inability to recognize this deficiency and to take corrective action. This situation is further aggravated if the ignorant person considers himself to be the epitome of wisdom, and if, he is in a leadership or a highly visible position, he can cause unnecessary harm to a family, a community or a an entire nation.

Absence of insight can also result in narrow-mindedness by having a negative effect on one’s thought processes. Insight is a rare virtue, and quite different from ignorance. A person who lacks insight may possess some knowledge, but derives no benefit from it due to a lack of analytical skills while someone with insight assesses his or her knowledge of a situation and then selects and uses its relevant parts. Through insight, they are able to see what others may not. Ibnul Qayyim, the famous Islamic scholar and author, said: “One person may read a text and learn one or two lessons from it, while another may learn one or two hundred.”

A rigidly traditional individual’s perceptivity, like that of a captive frog in a deep well, is able to function only within narrow parameters. He does not realize that there are boundless vistas of knowledge beyond the scope of the well; therefore, his mental and intellectual evolution remains stunted. He is unable to take advantage of the knowledge available beyond his limited horizon.

Blind imitation creates another obstacle to one’s intellectual growth. The two world wars of the past century are the perfect examples of this disability that can allow ruthless political or religious leaders to manipulate the minds of people who are unable to form their own objective view.

Some individuals habitually look at things from one angle and accept them as actual facts without thinking that there may be a different side to the issue, or that reality may actually be quite different from appearance. In the following verse, Allah points out that the appearance of the hypocrites may not be a true indication of their reality: “And when you see them, you like their appearance, but when they speak and you listen to them, they seem worthless” … and then He goes on to give this warning: “They are the enemy, so be warned of them. The curse of Allah be upon them, how they are perverted.” [63:4]

Furthermore, some people are impressed by quantity at the expense of quality. Referring to the battle of Hunain, Allah says: “On the day of Hunain, your numbers impressed you but did not benefit you.” But, “If there be amongst you twenty who show fortitude, they will defeat two hundred.” This does not, of course, mean that appearances are to be completely disregarded or that quantity is totally irrelevant. These fundamentals should not be valued in isolation, but should be understood through insight and common sense.

A failure to prioritize or differentiate wrong from right often leads people to lose sight of the broader picture. Often people will focus on the immediate and disregard the potential disastrous effects of an action further down the road. Along with ignorance, narrow-mindedness and, of course, a lack of insight, these gaps usually prove detrimental to that individual’s future.

By: Ahmad as-Sowayyan
Source: a2youth.com

Penuhi MaSA MudA uNtUK KebahAgiAan MaSA TUa

1

Posted by bali_765 | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 13-07-2009

‘Assalamualaikum sedare,cukup-cukup la wat keje macam nih sedare,tak baik’

‘takper2.aku muda lagi..umur aku baru 17.sweet 17 la katakan.nanti dah tua aku bertaubat la’

‘eh sedare ni.muda-muda la kena buat perkara yang berfaedah’

‘engkau ni.penyibuk betul.nanti agak-agak umur aku dah 40 aku berenti la buat perkara-perkara tak berfaedah ni’

Allah s.wt menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya.Kita diminta untuk merebut peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya.jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya,pasti mereka akan menanggung kerugian kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan membawa penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-tarmizi dan muslim daripada amru bin maimun R.A bahawa pada suatu hari rasulullah  telah menyampaikan pelajaran kepada seorang lelaki,sabda baginda

‘rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain.iaitu masa muda engkau sebelum datangnya masa tua,masa sihat engkau sebelum didatangi sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian’

peringatan ini diberikan oleh rasulullah s.a.w dengan suatu tawaran berfaedah,agar tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma.Ibarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal sedangkan orang lain berniaga memerlukan modal.

Justeru,kesempatan yang datang secara percuma itu dianjurkan oleh rasulullah agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia kerana sekiranya seseorang itu diberikan umur yang panjang oleh Allah pasti akan menempuh masa muda.masa muda itu diberikan secara percuma tanpa perlu diminta.

Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti,kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan mental dan fizikal.pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan amal ibadah dan kekuatan mental remaja yang cerdas memberikan ruang yang cukup untuk menuntut ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah hari tua.setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi.masa muda remaja akan tinggal kenangan.jika masa muda tidak digunakan dengan selayaknya,pastilah akan meninggalkan kesan yang pahit di hari tua.

dipetik dari buku TAQWA

tuan guru dato’ nik abdul aziz nik mat

Bulan Rejab

0

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah, Ibadah, Sejarah | Posted on 06-07-2009

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama (Hijrah ke Habsyah) (Ethiopia)
Pihakmusyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab.
Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus
al-Qur’an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya’ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh:

Bahagian Falak dan Sumber Maklumat
Jabatan Mufti Negeri Melaka

Betulkah Allah Maha Adil?

1

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Akidah, Ekonomi, Politik | Posted on 26-06-2009

Setiap dari yang beriman dan mengaku diri sebagai Muslim itu wajib mempercayai tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wa Sifat. Sekiranya kita meragui biar pun satu dari bahagian Tauhid ini, maka pasti akan terbatalah ‘akidah kita. Salah satu dari Nama Allah yang mulia adalah Al-‘Adl yang bererti Yang Maha Adil.

Kita sering mendengar dan membacanya di dalam Al-quran mahupun Hadith bahawa Allah itu Maha Adil. Sebagai umat islam, wajib untuk kita mempercayai bahawa keadilah Allah S.W.T itu tiada tandingannya melebihi segalanya yg bergelar makhluk. Allah sebagai Tuhan Sekalian Alam telah memberi panduan kepada manusia akan bagaimana kita harus menjalankan hukum dalam mendepani tugas kita sebagai Khalifah. Atas dasar keadilan, Allah menetapkan hukum kepada manusia yang harus dipatuhi dan dijalankan.

Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 40, ‘Sebenarnya hukum(undang-undang) hanyalah bagi Allah’….

Maka sebagai umat islam wajib bagi kita mempercayai bahawa undang-undang yang diturunkan oleh Allah adalah sebaik-baik hukum kerana ianya datang dari Khaliq yang Maha Adil. Tiada undang-undang ideology manusia yang setara dengan Hukum yang datangnya dari Tuhan yang Maha Adil. Maka atas dasar kefahaman betapa Allah itu Maha Adil, mengapa masih lagi manusia memilih untuk berhukum dengan hukuman ciptaan manusia?Allah menurunkan Al-Quran sebagai panduan untuk kita menjalankan hokum dan Rasulullah mengajarkan kita cara pelaksanaannya melalui Sunnahnya.

Allah berfirman dalam surah Annisa’ ayat 45: ‘ Sesungguhnya kami turunkan kepadamu Kitab (Alquran)dengan sebenarnya, supaya kamu melaksanakan hukum di kalangan manusia dengan apa yang telah ditunjukkan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yg khianat

Jika ditanya kepada umat islam pada hari betulkah Allah itu Maha Adil? Nescaya mereka akan berduyun-duyun mengakui keimanan mereka terhadap Keadilan Allah. Namun atas dasar keimanan apakah kita mengatakan Allah itu Maha Adil jika kita gagal dan ingkar dalam melaksanakan hukum Allah sedangkan iman itu adalah membenarkan dalam hati, menyebutnya melalui lisan dan menzahirkannya secara perbuatan. Jika kita menolak hukum Allah maka tepuk dada tanya iman, sejauh mana kita meyakini bahawa Allah itu Maha Adil. Jika kita masih lagi mahu menegakkan undang-undang manusia dan menepikan undang-undang Allah, maka betulkan kita meyakini bahawa Allah itu Maha Adil.

Firman Allah dalam Surah Al-An’am Ayat 115, ‘Telah sempurna Kalimat-Kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan Keadilan. Tidak ada perubahan-perubahan pada kalimatn-Nya. Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ‘

Allah telah mengatakan bahawa setiap kalimah didalam Al-Quran itu adalah kebenaran dan keadilan maka setiap hokum dan perintah-Nya juga adalah kebenaran dan Keadilan. Namun umat islam pada hari ini lebih selesa memilih undang-undang ideology manusia dan menolak hukum yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita atas kesombongan dan kebongkakan kita. Lupakah kita akan mengapa Allah melaknat dan menghina kaum Bani Israel? Kerana mereka sombong, bongkak dan ingkar kepada hukum Allah.

Kita akan mengkeji dan mencebikkan bibir tatkala mendengarkan nama Mustafa Kamal At-Tartuk, bapa pemodenan Turki kononya sedangkan dialah yang menjadi punca kejatuhan Khalifah Islam. Dialah juga yang menjadi duri dalam daging menyemai ideology sekularisme dalam masyarakat islam. Dalam kekejian dan kebencian yang kita lemparkan kepada Mustafa Kamal At-Tartuk kita terlupa bahawa kitalah yang kini menjadi pewaris legasi perjuangannya. Mustafa Kamal At-Tartuk berjaya menyemai sekularisme dalam kehidupan masyarakat islam disebabkan kitalah yang menjadi pengikut setianya. Maka apakah layak bagi kita untuk mengkeji dia sedangkan dia berbangga mempunyai waris seperti kita.

Sekularisme yang menjadi kunci kepada demokrasi ideology barat, kini makin menjadi barah yang menghancurkan umat islam sendiri. Sekularisme menyerang system pemerintahan, system pentadbiran, system pendidikan dan juga system ekonomi. Kita semakin menjauhkan agama dari aspek kehidupan terutamanya dalam soal pentadbiran, perundangan dan pemerintahan.

‘Sesungguhnya akan terputus ikatan islam satu persatu. Dan setiap kali ikatan itu terputus manusia akan berpaut pada ikatan berikutnya. Bermula dengan ‘Al-hukm’ dan berakhir dengan ‘As-Solah’

Sistem nilai dalam kehidupan umat islam semakin hancur kerana tiadanya penguasaan oleh system pentadbiran dan pemerintahan yang berlandaskan syariat islam. Imam Al-Ghazali telah berpesan Agama itu satu asas. Pemerintah adalah pengawal. Maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.” Kita semakin kehilangan nilai-nilai islam yang murni dalam kehidupan lantaran kealpaan dan kelekaan pemerintah yang sewajarnya bertindak menjadi pembela dalam mengukuhkan agama, dan sekiranya ini berlarutan maka nescaya agama islam akan runtuh dan binasa.

Allah juga telah menetapkan hukum-Nya yang hak dalam system ekonomi.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 130, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Jelas Allah telah menetapkan hukumnya terhadap riba bahawa ianya haram dan dilarang sama sekali. Maka mengapa masih lagi kita dalam system pemerintahan dan pengendalian perbendaharaan Negara dan juga pengendalian ekonomi individu memilih dan berlumba-lumba untuk menggunakan system perbankan konvensional? Inilah pengaruh sekularisme yang menjalar dalam system ekonomi umat islam pada hari ini.

Usah kita katakan bahawa tiada pilihan selain perbankan konvensional kerana tatkala kejatuhan system nilai menyebabkan runtuhnya system ekonomi dan pentadbiran, system ekonomi barat yang berteraskan riba semakin menunjukkan kelemahan dan kepincangan, system ekonomi islam mula menunjukkan hasil dan kemajuannya. Maka, institusi perbankan konvensional berlumba-lumba untuk mencontohi system perbankan islam maka lahirlah CIMB Islamic, Maybank Islamic, HSBC Islamic dan pelbagai lagi yang berteraskan system islam. Inilah pilihan yang nyata bagi semua. Maka mengapa masih kita ragu Keadilan Allah dalam menetapkan hokum terhadap system ekonomi?

Sekiranya kita beriman dengan Keadilah Allah S.W.T, ianya tidak cukup disebut dan dilaung-laungkan dengan lafaz sebaliknya perbuatan dan amalan kitalah lah yang sewajarnya menjadi cerminan iman yang kukuh terhadap Allah. Marilah bersama-sama kita perangi Sekularisme mahupun dalam perundangan, pentadbiran, pemerintahan, pendidikan dan juga ekonomi.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104 ‘Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikn, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang yang mendapat kejayaan’.

Hikmah Berwudhuk

1

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Fikh, Ibadah, Penulisan, Politik, Tazkirah | Posted on 22-06-2009

1.Ketika berkumur, niatlah “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”

Ini kerana kita hari-hari bercakap tentang perkara yang tidak  berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, niatlah ” Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ini.”

Ini kerana ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.  Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kanan ku ini.”

Ini kerana ahli syurga diberikan hisabnya melalui tangan kanannya.

4.  Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiri ini.”

Ini kerana ahli neraka diberikan hisabnya melalui tangan kiri.

5.  Ketika membasuh kepala, niatlah “Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu.”

Ini kerana panas di Padang Masyar macam matahari terletak hanya sejengkal di atas kepala kita.

6. Ketika membasuh telinga, niatlah “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.”

Ini kerana setiap hari kita tidak akan terlepas dari mendengar orang mengumpat dan memfitnah.

7. Ketika membasuh kaki kanan, niatlah “Ya Allah, permudahkanlah aku untuk melintasi titian Siratul Mustaqim.”

Ini kerana ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas.

8. Ketika membasuh kaki kiri, niatlah “Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat.

Ini kerana Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai antara kita tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya tersendiri.  Pernahkah kita terfikir kenapa kita mengambil wuduk?

Pernahkah kita terfikir kenapa kita dilahirkan sebagai umat Islam?

Sekadar peringatan….

Dari Nu’im bin Mujmir r.a, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan ‘Ghurran Muhajjilin’ kerana bekas wudhuknya yang bercahaya… (AL BUKHARI)

Sempurnakan wuduk, ratakan basuhan, jangan membazir air, lebihkan dari sempadan anggota wudhuk dan makruh melebihi 3 basuhan.

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

Author: Unknown

Edited by: Trick Tracks

D.I.A