Atap Hijau Rss

Kebenaran Yang Tersangkut

0

Posted by Shahkang | Posted in Miscellaneous | Posted on 12-12-2011

Kadang-kala saya terlalu liat untuk menulis sesuatu yang bercorak dan bernada serius. Sebabnya adalah saya bukan sesiapa yang boleh dilabelkan sebagai ‘para intelek’ atau ‘ilmuwan‘. Saya hanyalah seorang penulis biasa yang gemar memainkan bait-bait indah dan seorang pemimpin persatuan pelajar yang ‘malas’.

Dan begitulah, nasib. Umpama seekor musang yang berlegar-legar pada malam hari dan mencari makanan. Meskipun dia punya hak untuk dilayani sama rata seperti kucing Parsi atau kucing Scottish-fold, namun TIDAK. Manusia sering menyalah erti dirinya dan menuduhnya mencuri ayam dan memekak di atas bumbung pada waktu malam.

Kasihan?

Itulah kita/kami/aku/anda.  Sering disalahkan semberono. Biasalah. Musang. Bukannya kucing yang dimandi dan dibelai. Musang adalah ‘perayap’ malam yang mencari kebenaran. Tidak seperti kucing rumah yang disumbat segala kemewahan dan kurang mengerti apa maksud sebenarnya kehidupan mencabar di luar.

Hari ini, aku tetap mahu menulis sesuatu yang tegar.
Read the rest of this entry »

Peliharakan Hak Allah untuk beroleh Perlindungannya

0

Posted by hikari189 | Posted in Motivasi | Posted on 10-12-2011

Ketika berlaku pencerobohan di Kota Iskandariah, ada seorang wanita cantik dan kaya, yang tinggal di rumahnya bersama para pembantunya. Ketika itu, tentera orang putih masuk ke rumahnya dengan pedang terhunus di tangan.

Salah seorang daripada meraka berkata kepada wanita itu,”Di mana kau simpan hartamu?”

Dalam keadaan takut dan gementar, wanita itu menjawab,” Di dalam bilik itu,di dalam sebuah peti!” sambil menunjuk ke arah bilik tersebut. Namun salah seorang daipada mereka berkata ,” Jangan takut, bertenanglah! Anda tidak akan diapa-apakan.” Daripada cara pandangan lelaki itu, wanita cantik itu mengerti bahawa lelaki itu tertarik kepadanya.
Read the rest of this entry »

Sedekah kerana Allah

0

Posted by hikari189 | Posted in Miscellaneous | Posted on 06-12-2011

Di sebuah daerah, ada seorang lelaki yang kedekut dan tidak taat kepada perintah Allah. Dia pernah bersumpah menceraikan isterinya sekiranya memberi sedekah.

Pada suatu hari,datang peminta sedekah ke rumah lelaki kedekut itu. Peminta sedekah itu mengetuk pintu rumah lelaki itu. Isteri lelaki itu membuka pintu dan melihat peminta sedekah itu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Peminta sedekah itu berkata kepadanya, “ Demi Allah, tidakkah puan mahu memberi kepada saya sesuatu yang dapat dimakan?”
Read the rest of this entry »

Paradoks Maksiat Dan Iman

0

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 02-12-2011

Paradoks Maksiat

Kesyukuran dalam kemurkaan

Allahu Allah. Dunia hari ini dirasakan semakin hari semakin pelik. Hari ini membuka akhbar dan membaca kenyataan media seorang artis yang telah melakonkan adengan ranjang didalam filem terbarunya atas alasan untuk menghidupkan watak, kemudian mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai tanda pujian kepada Allah kerana adegan tersebut berjalan lancar dan baik sekali.

Tidak cukup dengan itu, artis wanita lain memberikan kenyataan sokongan kononnya bahawa babak ranjang itu penting untuk jalan cerita dan watak.

Kemudian saya membaca pula komen-komen masyarakat awam di ruangan facebook berkenaan isu ini yang menyokong artis terbabit kononnya biarlah mengapa perlu kecoh sedangkan itu hanyalah lakonan.

Terbatuk dan tercekik membacanya.

Read the rest of this entry »

Malas, Disitulah Nilainya

0

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 28-11-2011

Malas, Disitulah Nilainya

Malas. Satu kata yang kadangkala menjadi zikir dalam hidup kita. Seringkali dilafaz oleh lidah apabila sehingga terlupa bahawa kata-kata itu adalah doa. Tertanya-tanya juga, apakah fisiologi perubahan yang berlaku didalam diri tatkala kita diserang virus malas. Tidak pasti sama ada pakar psikiatri dan psaikologi mempunyai jawapan dan penerangan kepada perubahan dalam diri yang berlaku tatkala kita dilanda malas.
Read the rest of this entry »

Percampuran – Pergaulan Bebas

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 26-11-2011

PERCAMPURAN – PERGAULAN BEBAS

Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat ke pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Maksud Surah al-Taubah (9):71).

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Maksud Surah al-Nur (24):31).

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Maksud Surah al-Nur (24): 31-32).
Read the rest of this entry »

Aku Perlu Berterima Kasih

1

Posted by Shahkang | Posted in Akhlak | Posted on 24-11-2011

Dua, tiga coretan yang lepas kerap kali menimbulkan polemik. Sana sini bercanang-canang segala hal. Berdebat dan berhujah. Tidak apalah, saya suka memegang prinsip “Persoalan dan pertikaian akan membawa kita lebih kepada kebenaran dan pembetulan”.

Oh, ada syaratnya juga untuk perkara sedemikian berlaku :“Setiap dari kita harus bersedia untuk menerima kritikan. Bukannya selesa dengan keadaan sedia ada.” (perkataan lain yang sesuai menerangkan hal ini: BERLAPANG DADA)

Baik, kembali kepada pokok pangkal penceritaan buat hari ini.  Ceritera hari ini sifatnya lembut dan mendamaikan jiwa. Aku mahu menjadi yang biasa pula. Sudah-sudahlah yang bersifat ‘membongkar’ dan ‘menelanjang’ kesalahan diri sendiri.
Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau