Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Cerpen | Posted on 27-07-2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Musim panas kembali lagi. Sebulan lagi, kita bakal disibukkan dengan sesi akademik baru yang bakal mengambil banyak masa kita. Aku perasan ramai sahabat-sahabatku yang sibuk dengan pelbagai program samada bersama keluarga ataupun aktiviti formal di kolej-kolej persediaan. Tahniah buat pimpinan PPMC dan penggerak Atap Hijau atas anjuran DIA! MOC bakal tiba. WOW, SYOK, ILIGTB dan banyak lagi akan menyusuri.
Dalam banyak-banyak cuti musim panas, aku tak mungkin dapat lupakan cuti semasa aku di tahun 2. Aku dapat sekali lagi menjejakkan diri ke tanah haram Baitullah. Ya, ini kali kedua aku menunaikan umrah tapi ia lebih istimewa.
Posted by corniche | Posted in Akhlak | Posted on 25-07-2010
Kali ini, penulis memilih tajuk tentang sifat berprasangka untuk direnungi bersama. Kenapa prasangka? Kerana sifat ini adalah antara masalah terbesar yang penulis sendiri hadapi dalam kehidupan seharian. Prasangka terbahagi kepada dua jenis; Husnu Dzon (Sangka baik) dan Su’u Dzon (Sangka buruk). Dalam kebanyakan situasi yang melibatkan prasangka, yang mana satukah selalunya mendahului? Baik atau buruk? InsyaAllah moga perkongsian kali ini menjadi muhasabah bagi kita semua…
Berbaik sangka dalam berukhwah
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Alhamdulillah, hidup di bumi Cork sangat permai dan harmoni. Ketika masih baru menjejakkan kaki ke sana, terasa diri sebagai pelajar baru umpama selebriti. Ada sahaja jemputan dari para seniors untuk pergi makan di rumah mereka hampir setiap hari. Namun lama kelamaan, ada juga terdetik, untuk apa mereka bersusah payah sebegini? Tunjuk baik? Populariti? Apa sebabnya?
Posted by Nur Islam | Posted in Ibadah | Posted on 22-07-2010

Luruskan Saf Itu!
“Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya” ( Hadith riwayat al-Bukhari)
Acapkali bersolat jemaah di masjid, satu perkara yang menarik perhatian saya adalah tentang saf-saf jemaah yang bersolat. Saya memerhatikan perbezaan jemaah yang bersolat di Masjid di Cork dan juga di masjid di Malaysia. Satu perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi susunan saf antara jemaah-jemaah yang bersolat. Bukanlah perbezaan jemaah yang bersolat di Cork, safnya memanjang kebelakang dan di Malaysia memanjang ke tepi. Kedua-duanya sama, namun satu perbezaan yang sangat besar adalah dari sudut kerapatan saf antara jemaah-jemaah yang sedang bersolat.
Jika di Malaysia, jemaahnya lebih ‘selesa’ bersolat dengan jarak yang dikira menyelesakan antara satu sama lain sehinggakan wujudnya ruang-ruang. Jika dirapat-rapatkan semula masih muat 2 atau 3 orang lagi dalam satu barisan tersebut. Masyarakat di Malaysia kurang mementingkan kepentingan merapat-rapatkan saf. Di sesetengan tempat, imam tidak pun menyeru para makmum untuk merapatkan saf.
Posted by hikari189 | Posted in Sains | Posted on 20-07-2010
“Eh, aku menyampah betullah tengok lalat-lalat ni berkeliaran. Hah, bila aku goreng ikan kering ni, mulalah diorang datang nak mengerumun. Dahlah kotor, bawa penyakit pula tu!”
“Malang betul nasib aku! Pagi-pagi lagi tak dapat minum Milo kegemaran aku ni. Yang lalat ni pun seekor, dalam banyak-banyak tempat, dalam air aku juga engkau nak landing!”
Ini adalah antara keluhan-keluhan yang mungkin tidak biasa dan selalu kita dengar tapi mungkin pernah kita dengar terlahir daripada bibir kita tentang lalat.
Justeru di sebalik keluhan kita, pernahkah kita mendengar sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Apabila lalat terjatuh ke dalam minuman kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.”
Posted by Ailurophilia | Posted in Cerpen | Posted on 18-07-2010
Di dalam sebuah wad hospital, tinggal 2 orang lelaki yang berkongsi sebuah bilik yang sama. Kedua-duanya menghidapi penyakit yang serius dan terpaksa berbaring sepanjang hari. Salah seorang daripadanya dibenarkan duduk di atas katil selama sejam pada setiap hari bagi membantu pengaliran cecair daripada peparunya. Katilnya terletak bersebelahan jendela yang terdapat di dalam bilik tersebut. Pesakit yang seorang lagi pula, terpaksa berbaring di atas katil pada sepanjang masa. Bagi mengisi masa yang terluang, mereka berdua sering berbual tentang keluarga, kerja dan kehidupan seharian. Dan pada setiap kali lelaki yang duduk bersebelahan jendela tersebut melihat kearah luar, dia akan bercerita kepada teman sebiliknya tentang setiap keindahan yang dapat dilihatnya di luar bilik tersebut. Teman sebiliknya pula mula berasa bahagia dengan setiap keindahan yang diceritakan oleh rakannya itu, meskipun pandangan tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh 1 jam.
Lelaki tersebut mula membayangkan suasana yang digambarkan oleh rakannya itu. Sebuah tasik yang sangat indah ditemani oleh sekumpulan itik yang berenang-renang, burung-burung menyanyi girang, kanak-kanak berkejar-kejaran. Pohon yang rendang, rumput yang menghijau, dan bunga-bunga yang mekar bertambah serinya di kala pelangi yang berwarna-warni mula menghiasi langit yang biru, luas terbentang. Ketika lelaki tersebut menceritakan suasana yang indah itu, temannya memejamkan matanya sambil membayangkan dan berimaginasi akan suasana yang digambarkan itu.
Posted by hikari189 | Posted in Akhlak | Posted on 15-07-2010

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam Kunci-Kunci kebahagiaan Siri 2.
Kunci kebahagiaan yang keenam:
Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat
Sabda Rasulullah saw:
“Lihatlah orang-orang yang dibawah kamu dan jaganlah kamu melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kamu. Makah al itu akan lebih pasti untuk meremehkan nikmat Allah.” (Riwayat Muslim)
Dalam urusan dunia, kita seharusnya melihat orang yang lebih rendah daripada kita maka barulah kita akan mengetahui betapa besarnya nikmat Allah yang diberikan kepada kita.
Namun, dalam urusan akhirat, kita hendaklah melihat kepada orang-orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita agar kita sedar kelemahan & kekurangan diri kita seterusnya kita bersaing dengannyauntuk mempertingkatkan diri dan menjadi orang yang berlumba-lumba mengejar kebaikan.









