Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Motivasi | Posted on 19-08-2010
Dua bulan sudah keputusan peperiksaan musim panas dikeluarkan oleh pihak universiti . Ada yang melompat kegembiraan atas keputusan yang cemerlang, ada yang sujud kesyukuran atas kurniaan Yang Esa dan ada yang bersedih hati seolah-olah bumi sudah menjadi begitu sempit.

Bagi yang lulus peperiksaan, sesi akademik baru akan menjelang tidak lama lagi. Bagi yang gagal, sudah semestinya degupan jantung makin laju kerana peperiksaan musim luruh hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Masa makin sedikit tetapi jumlah bahan yang perlu ditelaah bertambunan. Kadang-kadang pasti rasa ingin mengalah.
Kita selalu membacakan zikir ini pada akhir solat. Ayat 256 surah Al-Baqarah.
Maksudnya : ” ….Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
Posted by admin | Posted in Miscellaneous | Posted on 18-08-2010
Posted by Nur Islam | Posted in Ibadah | Posted on 17-08-2010

Solatku Tidak Mencegah Mungkar?
“ Sejahat-jahat aku pun aku semayang jugak”
Seringkali juga saya mendengar ungkapan ini dari kawan-kawan. Juga sering terngiang di kepala pesanan seorang ustaz ketika masih menuntut di Kolej dahulu, jangan sesekali meninggalkan solat tidak kiralah apa sekalipun perbuatan kita. Bagaimana malas pun jangan sesekali meninggalkan solat.
Perkara solat sering kali ditekankan kepentingannya dalam ceramah-ceramah , penulisan dan sebagainya kerana msyarakat islam menyedari penekanan yang diberikan oleh agama terhadap solat.
Beberapa bulan yang lepas saat berkunjung ke Kuala Lumpur, jatung saya tersentap mendengar cerita seorang sahabat yang menceritakan kepada saya akan perilakunya dalam keadaan senyum dan gembira. Dia memang dikenali sebagai seorang yang bersosial, suka pergi ke club, melakukan seks bebas dan macam-macam lagi. Namun, sepermerhatian saya sejak mengenalinya, solat tidak pernah ditinggalkannya. Tiap kali waktu solat dia sering mengingatkan kawan-kawan lain bahawa solat telah masuk waktunya. Saya sendiri sangat kagum kepadanya, disebalik kemungkaran yang meliputi batang tubuhnya, namun jika bab solat tidak pernah dikomprominya.
Read the rest of this entry »
Posted by jundullah perkasa | Posted in Dakwah, Perbincangan | Posted on 13-08-2010
THE CHALLENGE
oleh Ukhti Syairah Shamri
Sekiranya kita mengakui diri kita sebagai seorang da’ie, hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri kita dengan persiapan yang mencukupi agar tidak mudah rebah apabila adanya cubaan serta dugaan yang menimpa kita kelak. Perlulah sentiasa diingatkan bahawa usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam bukanlah suatu yang mudah; ianya diselangi dengan dugaan serta cubaan yang pelbagai dan kadangkala bersifat berpanjangan untuk suatu tempoh masa yang agak lama.
Merujuk kepada sirah nabi-nabi terdahulu dan para sahabat serta sahabiyyah yang terdahulu, pelbagai rintangan telah mereka hadapi dalam proses menyampaikan risalah kebenaran ini (islam). Dugaan dan ujian yang pelbagai ini adalah suatu yang pasti akan menimpa setiap individu yang bersungguh-sungguh menaikkan syiar Islam di muka bumi ini.
Posted by admin | Posted in Miscellaneous | Posted on 12-08-2010
Sudah 2 tahun aku bergelar seorang doktor. Kehidupan di negara asing cukup memberikan aku cabaran yang besar untuk menjadi seorang muslim. Aurat wanita yang terdedah, kata-kata maki, arak memabukkan di ‘team party’, kesukaran solat dan banyak lagi. Hidup sebagai seorang muslim bagi aku amat sukar.
Aku juga cuba menjadi seorang suami yang soleh, seorang bapa yang mampu mendidik anaknya ke syurga, seorang ahli masyarakat yang mampu membimbing sahabat-sahabat sekeliling ke jalan-Nya dan banyak lagi tanggungjawab yang cuba kupikul. Ah, beratnya!! Berat, berat, berat !
Salah satu ayat dalam kalamullah yang sentiasa menghantui aku adalah ayat yang selalu diulang-ulang dalam usrah, kuliyah dan ceramah – ayat kedua dalam surah As-Saff.
” Wahai Orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? “
Aku tidak mahu menghurai ayat ini dari sudut pengamalan ibadah-ibadah khusus. Kita semua tahu akan peri pentingnya semua pendakwah mengamalkan ibadah dan akhlak yang disebut-sebut. Kita menyuruh manusia lain membaca Al-Quran setiap hari, maka sudah sewajibnya kita juga mengamalkannya. Kali ini, aku hanya ingin menyentuh isu ini dalam kehidupan seorang doktor!









