Atap Hijau Rss

Babysteps Sebuah Perjuangan

1

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah | Posted on 16-09-2010

Babysteps Sebuah Perjuangan

Mengambil keputusan menyusuri jalan dakwah penuh cabaran, bukan suatu keputusan yang datang dalam keadaan senda gurau untuk bermain-main dan mencuba-cuba. Kewajipan dakwah adalah satu hakikat dalam kehidupan seorang muslim, untuk mengislahkan manusia, dan juga menyeru manusia untuk kembali kepada Allah.

Sepertimana iman, Dakwah seorang daei juga berada dalam marhalah (tingkatan) tertentu. Setiap daei mungkin menjalani marhalah-marhalah dakwah ini dalam kehidupannya, bergerak dari satu peringkat dakwah ke peringkat yang lebih tinggi. Senantiasa sang dae’I membaiki diri, metod dan pendekatan dakwahnya. Marhalah dakwah ini boleh kita ibaratkan seperti langkah-langkah kehidupan seorang bayi yang menjalani tumbesaran hidup dengan ceria dan kesungguhan.

Read the rest of this entry »

AtapHijau Day Out

0

Posted by admin | Posted in Pengumuman | Posted on 14-09-2010

Keimanan Dan Menghadapi Ujian

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 13-09-2010

KEIMANAN DAN MENGHADAPI UJIAN

Firman Allah S.W.T.:

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.” (Maksud Surah Hud (11):9)

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.” (Maksud Surah al-Hajj (22): 11)

Read the rest of this entry »

Selamat Hari Raya

0

Posted by admin | Posted in Wish | Posted on 09-09-2010

Ramadhan Dirai, Syawal Dinikmati : Part 2

0

Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 07-09-2010


Alhamdulillah, setelah beberapa hari berpuasa, kini Syawal menjelang tiba. Setiap Muslim mempunyai persepsi yang berbeza tentang Aidilfitri. Ada yang menganggapnya sebagai hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, ada juga yang menganggap Aidilfitri sebagai hari untuk berkumpul dengan ahli keluarga. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk memikirkan takrifan Aidilfitri dalam hidupnya. Ada juga yang merebut peluang untuk memohon maaf pada hari Raya Aidilfitri. Amalan memohon maaf merupakan amalan yang terpuji namun amalan ini bukanlah hanya perlu dilakukan sekadar setahun sekali iaitu pada hari raya, bersalam-salaman dan sekadar mengucap “Saya minta maaf.” Ya, Aidilfitri boleh dijadikan sebagai platform untuk kita saling bermaafan, tetapi perlulah lebih ikhlas dalam mengharapkan kemaafan dan memaafkan insan lain bagi mendapatkan keredhaan Allah.
Read the rest of this entry »

Ibarat Manusia Seperti Kereta?

2

Posted by marang merapu sekunder | Posted in Akhlak, Cerpen, Dakwah | Posted on 05-09-2010

Hari ini, dalam jarak masa kurang 12 jam, meninggalkan waktu lalu, menandakan telah hampir seminggu keberadaanku di bumi Ireland. Kembali untuk menuntut ilmu Allah swt yang luas, yang tidak terbandingkan. Seperti tahun-tahun lepas, pemergianku masih dirasakan sayu oleh diri. Masih rasa antara sebak dan suka untuk kembali dalam perjuangan mencari keredhaan Allah swt dalam kehidupan yang fana ini.

Aku tiba di bumi Cork seawal petang mula menampakkan diri Ahad yang lalu. Sepanjang perjalanan dalam Aer Lingus, kebosananku yang disangkakan pada awalnya (memandangkan tiket sebelum ini dibeli secara sendirian) terisi dengan kehadiran seorang teman sekelas di UCC (University College Cork) yang berasal dari Kuwait. Sepanjang perbualan kami, pelbagai isu yang dibangkitkan. Aku cuba menimbulkan isu ‘klise’ umat Islam sekarang, dan isu pertama ialah isu ‘couple’. Kuwait yang sekarang ini dilihat lebih mengagungkan Amerika jangan terkejut kerana mereka masih melihat bahawa budaya ‘couple’ is a big no-no. Sahabatku ini sendiri, tiada keinginan untuk itu, baginya ia satu larangan dalam agama dan adat mereka.

“So are you guys always involve in arranged marriage?” soalan yang kurasakan perlu dirungkaikan olehnya.
Read the rest of this entry »

AJ @ Bazaar Ramadhan

0

Posted by corniche | Posted in Pengumuman | Posted on 03-09-2010

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group