Posted by faimee erwan chan | Posted in Miscellaneous, Penulisan | Posted on 21-12-2010
There are times whence the world you are living in sparks inspiration and awe from the radiance of its beauty upon you. Wondrous indeed those moments are for everything around you uplifts your deepest feelings for the serenely pretty ambience encompassing you.

As the veil of night lifts away
thin rays of sunlight begin streaking out
bathing me with the warmth they generate
Up and about I brought myself
rubbing my rested glossy eyes
heated droplets of water rain down unto me
penetrating deep within
bringing out a refreshing energy
with wafts of vitalising fragrance
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 18-12-2010
Kembalinya Seorang Pejuang

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr,27-30)
Telah kembalinya seorang pejuang Allah mengadap Hadrat ilahi dengan izin Nya, Akhi Mas Afzal Masaruddin. Setiap yang pernah mendengar namanya, yang pernah mendengar ceritanya, pasti merasakan, satu kehilangan.
Setelah mendengar perkhabaran kematian beliau, status-status facebook, mula berkabung mengingati beliau. Yang mengenalinya, mahupun bukan, semua merasakannya. Satu status seorang sahabat mengingatkan saya kepada artikel yang dibaca beberapa hari yang lalu. Statusnya berbunyi
“ walaupun aku tak pernah bersua denganmu… “
Read the rest of this entry »
Posted by Ailurophilia | Posted in Pengalaman | Posted on 15-12-2010

” Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung “ (Al-Jumu’ah:10)
Mungkin ramai yang tertanya, ada ke nilai-nilai Islam yang boleh digarap jika melancong ke Paris? Pada mulanya, sebelum aku melancong ke Paris, aku hanya ingin ke sana untuk menghabiskan cuti musim sejuk bersama rakan-rakan dan kuingin jejakkan kakiku ke Disneyland, sebuah taman yang kuimpikan sejak dari kecil lagi. Namun, mungkin Allah ingin mengubah persepsiku dan mengajarku bahawa nilai-nilai Islam atau nilai tarbiyah yang boleh kucari, tidak semestinya hanya akan kuperolehi apabila melancong ke negara-negara Islam. Jika melancong di Paris sekalipun, kita mampu mentarbiyah diri kita sendiri jika kita bermuhasabah tentang setiap perbuatan kita dan sentiasa mengingati Allah.
Read the rest of this entry »
Posted by kalam hamba | Posted in Miscellaneous | Posted on 12-12-2010

Sistem Politik Dalam Islam bukanlah merupakan suatu matlamat, tapi sekadar suatu cara bagi mencapai objektif-objektif yang tertentu.
Ini kerana, dengan kuasa membolehkan ia melaksanakan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh seorang individu Muslim. Lagi pula, Imam al-Ghazali menyatakan: “Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia, sementara kerajaan & agama adalah 2 perkara berkembar. Agama adalah asas & pemimpin adalah pengawal. Sesuatu tanpa asas akan binasa dan sesuatu tanpa pengawas akan mudah sia-sia.”
Khalifah pada definisi syara’ telah disebutkan sebelum ini sebagai “orang yang memimpin umat Islam dan urusan pemerintahan negara Islam”. Para ulama bersepakat bahawa khalifah bertanggungjawab mengambil alih peranan Nabi saw dalam memelihara agama dan memimpin dunia dengan agama ini.
Read the rest of this entry »
Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 10-12-2010

PERGAULAN DENGAN MANUSIA
Isu pergaulan dengan manusia termasuk persoalan yang mendalam dan paling sukar, kerana manusia terdiri daripada beberapa unsure. Pada diri manusia terdapat unsure fizikal dan juga rohani. Pada mereka juga terdapat akal, kepelbagaian perasaan, jiwa yang selalu berubah-ubah, kecenderungan yang berbeza-beza dari semua unsure ini memerlukan penjagaan atau pengawasan dalam pergaulan.
Read the rest of this entry »
Posted by cik S | Posted in Akademik, Tazkiyatun nafs | Posted on 06-12-2010

I read a post by one of my friend about kind people in other words, good people.
She wrote about a ‘kuih’ seller who had to run off whenever there were raids on illegal seller
Whom despite facing that risk & difficulties every day were nice enough to give extra curry puff for her
which made her day made me ponder on the question of being good.
Honestly, I’m not so good and not that bad either, but if i were to choose between the two,
I’d rather do good than do bad things that wont give me any good if i become bad.
Thing is, in this world, its hard to find good people. Honest people especially
Too many pretenders,too many backstabbers,too many kind of people that you just don’t know what their intention to be friends with us for their own reason.
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Dakwah | Posted on 03-12-2010
* Nur Islam mendapatkan pandangan dari Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba berkenaan isu Facebook. Ikuti pandangan untuk anda si Facebook King, dan si Facebook Queen, dalam tips-tips dan adab dalam ber’facebook’ kepada Muslimin dan Muslimat. Tips untuk ber’facebook’ sebagai seorang daei. *

Untuk Anda Si Facebook-KING
Facebook kini sudah berleluasa digunakan oleh ramai orang. Orang Malaysia kalau mengikut kajian memang antara yang paling banyak menggunakan ’social network’.
Dah namapun ‘social’, memang social lah tujuannya. Untuk mengenal kawan, berjenaka dan sebagainya. Namun, rugilah kalau bersosial sahaja kalau dah namapun dai’e ye dak?
Read the rest of this entry »