Posted by Fira Yusuf | Posted in Dakwah, Komunikasi, Politik | Posted on 28-01-2011

“Ada sesiapa yang tak setuju dengan cadangan ana?” Sore memancing pendapat. Semua yang hadir nyenyak dalam diam. Mesyuarat sudah hampir 2 jam berlangsung.
“Diam tanda setuju, jadi kita proceed dengan agenda yang seterusnya” sambung Sore.
Dalam diam itu sebenarnya ramai ahli yang tidak bersetuju atau kurang pasti. Namun demi menjaga keharmonian susana, segala kritik dan saran dilepas buang. Yang tinggal hanya pendapat yang terus menjadi usul tanpa tapisan atau kritikan.
‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’
“Buat apa beli susu low fat nih? Susu ni membazir je beli, baik beli susu full fat lepas tu tambah air, jadi la low fat” Nisa memberi cadangan separuh arahan.
“OK, kak” jawab junior-junior serumah tanda hormat pada kakak senior.
Lebih dari itu tidak nampak logiknya pada ‘arahan’ yang diberi.
‘HORMAT YANG TUA, SAYANG YANG MUDA’


*deviantart.com*








