Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 15-02-2011

Aduhai Mesir : Gajah Depan Mata
Kebangkitan kuasa rakyat yang inginkan perubahan sering mendapat perhatian masyarakat. Akhirnya, rakyat kembali menunjukkan kuasa mereka yang selayaknya. Setelah berdekad lama kuasa rakyat ditindas namun kini ia kembali marak membakar api perjuangan mendapatkan sebuah keadilan.
Mata yang melihat dapat menyaksikan api amarah menjulang kelangit. Hati yang menilai dapat merasakan semangat yang berkobar. Akal yang berfikir dapat mencerna kebobrokan kepimpinan yang culas dan zalim.
Kisah kebangkitan rakyat terlipat kemas dalam lipatan sejarah, hanya perlu diselak lembaran itu dan dinilai. Namun, tidak perlu kau pandang jauh-jauh, hanya perlu kau intai dekat-dekat. Lihatlah kisah kebangkitan rakyat ditanah air mu sendiri terlebih dahulu. Fahamilah perjuangan ditanah air mu sendiri. Hayatilah erti perjuangan islam di hadapanmu sendiri. Sorotilah kisah perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman sekularisme,sebuah kezaliman dalam bentuk yang tidak nyata, tapi cakarannya cukup kuat untuk menghakis iman dan islam.
Read the rest of this entry »
Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Miscellaneous | Posted on 13-02-2011
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Antara isu hangat yang kini dibincangkan di medium Facebook dan blog adalah isu operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine yang diutarakan oleh Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Kenyataan beliau telah disambut secara negatif oleh beberapa pimpinan DAP dan Gerakan.
Di sini adalah suntikan berita di Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/155698
Ada beberapa penulisan yang saya kira menarik untuk dibaca, antaranya http://reveriemalaya.blogspot.com/2011/02/valentines-day-refuting-tan-keng-liang.html . Blog ini memberu fokus kepada sebab-sebab mengapa usaha membasmi maksiat semasa Hari Valentine adalah perlu dan wajib melihat kepada keadaan muslim di Malaysia khususnya. Penulis blog juga mengharapkan agar Ketua pemuda Gerakan, Tan Keng Liang lebih memahami dan menghormati ajaran Islam.

Read the rest of this entry »
Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 11-02-2011

Bahaya Dadah Dan Cara Menghindarinya
Firman Allah S.W.T.:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Maksud Surah Taha (20):124).
Read the rest of this entry »
Posted by laniaz | Posted in Miscellaneous | Posted on 09-02-2011
Abu Huraira reported: The Apostle of Allah (may peace be upon him) said: If anyone observes prayer in which he does not recite Umm al-Qur’an, It is deficient [he said this three times] and not complete.
It was said to Abu Huraira: At times we are behind the Imam. He said: Recite it inwardly, for he had heard the messenger of Allah (may peace be upon him) declare that Allah the Exalted had said: I have divided the prayer into two halves between me and my servant, and my servant will receive what he asks.
When the servant says: Praise be to Allah, the Lord of the universe, Allah the Most High says: my servant has praised me. And when he (the servant) says: The Most Compassionate, the merciful, Allah the Most High says: my servant has lauded me. And when he (the servant) says: Master of the Day of judgment, He remarks: my servant has glorified me. and sometimes He would say: my servant entrusted (his affairs) to me.
And when he (the worshipper) says: Thee do we worship and of Thee do we ask help, He (Allah) says: This is between me and my servant, and my servant will receive what he asks for.
Then, when he (the worshipper) says: Guide us to the straight path, the path of those to whom Thou hast been Gracious not of those who have incurred Thy displeasure, nor of those who have gone astray, He (Allah) says: This is for my servant, and my servant will receive what he asks for. (Sahih Muslim: Book #004, Hadith #0775)
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Politik, Sirah | Posted on 02-02-2011
Ramai antara kita yang sudah biasa terdengar tentang sirah ghazwah badar, perang pertama yang dipimpin Rasulullah s.a.w pada tahun 2 Hijrah, bercerita tentang ghazwah uhud, perang kedua yang menyaksikan syahidnya 80 barisan pejuang Allah, ghazwah ahzab dengan sejarah kaum muslimin menggali khandak (parit), serta banyak lagi. Namun terdapat satu peperangan yang mungkin kurang diperbincangkan seperti ghazwah-ghazwah yang disebut di atas. ‘Peperangan’ di mana tiada sebarang pertempuran pun yang berlaku setelah Allah mencampakkan rasa gerun kepada tentera kafir yang ramai melihatkan bilangan tentera muslimin yang jauh lebih sedikit.
Itulah ghazwah Dzatur Riqa’.

(gambar hiasan)
Dari Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy’ari r.a., katanya: “Kami (para sahabat) telah keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu peperangan. Kita semua ada enam orang banyaknya (yakni yang menyertai Nabi s.a.w. itu). Dan kami hanya mempunyai seekor unta untuk kami saling berganti menaikinya. Maka berlubang-lubanglah kaki-kaki kami. Kakiku juga berlubang dan kuku-kukuku jatuh. Lalu kami balutkan kaki-kaki kami dengan beberapa helai kain. Dengan sebab itu, peperangan itu dinamakan perang Dzatur Riqa’ (mempunyai beberapa balutan kain) kerana kami membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kami tadi.”
[HR Bukhari & Muslim]
1400 tahun dahulu
Terdapat satu peristiwa penting yang terjadi selepas kaum Muslimin selesai menghadapi musuh dalam perang Dzatur Riqa’. Seorang perajurit Muslim telah menawan seorang wanita musyrik yang ditinggal pergi oleh suaminya. Ketika suaminya datang kembali, isterinya sudah tiada. Dia bersumpah dengan Latta dan ‘Uzza akan menyusul Rasulullah dan pasukan kaum Muslimin, dia tidak akan kembali kecuali setelah menumpahkan darah di antara para sahabat.
Read the rest of this entry »
Posted by cik S | Posted in Akhlak, Akidah, Concern, Penulisan | Posted on 31-01-2011

Suatu ketika dulu, surat berantai begitu banyak saya terima sehingga saya sendiri hairan bagaimana pengirim-pengirim menghantar ke alamat saya dan tahu nama saya semasa menghantar surat berantai
Mungkin pada ketika itu saya pernah memasuki ruangan sahabat di salah sebuah majalah di Malaysia. Jadi sepanjang saya bersahabat pena, memang selalu juga menerima surat berantai. Kecewa juga menerima surat berantai dan bukan sahabat handai yang saya nantikan balasan mereka.
Cuma kali pertama saya menerima surat berantai itu, satu sahaja di fikiran saya. Ini mesti konspirasi kedai-kedai fotostat di seluruh Malaysia untuk menguntungkan kedai mereka sehingga meminta semua orang membuat salinan hampir 20 – 40 salinan dan dihantar kesemua umat islam yang dikenali mereka dalam masa beberapa hari bagi mengelakkan bencana menimpa.
Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Miscellaneous | Posted on 29-01-2011

Click on the picture to follow! =)