Kadang-kadang kita harap kawan baik kita yang bukan islam jadi orang islam ,tapi kita bukan Tuhan untuk tentukan sapa yg patut jadi islam @ tak. Semuanya urusan Allah jadi biar Allah yang tentukan, sebab hanya Allah yang lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk dipilih jadi seorang islam atau tak.
Jadi bila ada kawan-kawan yang mungkin tidak dibuka hatinya kepada Islam, jangan bersedih,kerana pasti ada sebab Allah tidak memilih dia. Jangan cuba nak islamkan sesiapa sembarangan kalau tak cukup persiapan, kadang-kadang dalam kita cuba menarik seseorang kepada islam, kita lupa sebenarnya Allah yang menarik dan membuka pintu hatinya untuk menerima ajakan kita kepada islam. Akhirnya,dalam kita cuba menarik mereka,mereka menolak kerana cara kita yang mungkin terlalu ‘kuat’ menarik mereka kepada islam.
Sentiasa ingat yang kita bukan Tuhan. InsyAllah hati kita akan lebih tenang menerima hakikat bila kita melihat kawan yang kita fikir sesuai jadi orang islam tidak memeluk islam walau macam mana baik sekalipun sikap mereka terhadap kita & orang sekeliling.
Berdoalah selalu agar dibukakan pintu hatiNya, kerana itulah sebaik-baik usaha terakhir kita – jika tidak dapat ubah dengan ‘tangan’, ubah dengan ‘lidah’ tapikalau masih tidak dapat mengubahnya, ubah dengan ‘hati’ iaitu berdoa sepertimana Rasulullah SAW pernah mendoakan semoga keturunan selepas mereka-mereka yang telah banyak menghina & menyakiti Rasulullah SAW memeluk islam.
Kasihnya Rasulullah pada kita hingga tak membenarkan sesiapa mahupun Malaikat sendiri yang dah bersiap sedia untuk memusnahkan umatnya ketika itu dari menghancurkan kita sebagaimana umat terdahulu.
Bayangkan jika Rasulullah berputus asa sepertimana beberapa Nabi/Rasul terdahulu, bukan bermaksud untuk berkata buruk tentang mereka tetapi mengingatkan betapa bertuahnya kita mempunyai Rasulullah SAW sebegini bukan?
Jika dia tidak pernah putus asa dalam menyebarkan Islam, apatah lagi kita umatnya? Sebarkan walau satu ayat, tuntutlah ilmu walau ke negeri cina, semua tu pernah dipesan oleh Rasulullah
Tapi ingat,sebelum kita berdakwah, persiapkanlah ilmu di dada, pelajarilah pelbagai ilmu agama mahupun subjek-subjek seperti sains,matematik dan sebagainya agar bila tiba masanya,kita gunakan ilmu yang dipelajari ke jalan Allah, menggunakan akal dan hati untuk membuka hati mereka yang ‘buta hati’ , bukan orang islam sahaja ya yg kita patut ‘sampaikan’.
Sepertimana yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis yang saya hadiri baru-baru ini, beliau mengingatkan umat islam untuk kembali ‘membaca’ iaitu dengan memetik ayat pertama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW iaitu “Iqra!”.

Read the rest of this entry »