
Bismillahirrahmanirrahim

Katakanlah (Muhammad) “Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirahatmu? Apakah kamu tidak memperhatikan?” (Al-Qasas:72)
Sesungguhnya telah banyak nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada kita tetapi sedikit sekali kita bersyukur. Kadang-kadang selalu juga mengeluh dan merungut sebab banyak kerja dan penat. Ada juga yang tidak mahu menerima tanggungjawab dengan alasan penat dan tak larat.
Cuba bayangkan kalau tiada malam untuk kita tidur? Kalau tiada malam untuk minda kita berehat? Kalau tiada malam untuk manusia merasa ketenangan ? pastinya penat dan lesulah badan dan minda kita. Sesungguhnya setiap penciptaan itu tidak sia-sia dan pasti besar hikmah disebaliknya. Jadi sama-sama la kita bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Walaupun penat tetapi masih ada masa untuk kita berehat kerana telah Allah jadikan malam itu untuk hambanya berehat serta menenangkan hati dan fikiran. Mungkin ramai yang merasakan pertukaran siang dan malam itu perkara biasa kerana ia berlaku tanpa kita sedar tetapi bagi insan yang berfikir, sesungguhnya terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah.
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 17-03-2010

Kenapa Aku Diuji ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “ – Surah Al-Baqarah ayat 286
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Miscellaneous | Posted on 15-03-2010
Posted by T-Classic 1853 | Posted in Tazkirah | Posted on 14-03-2010
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrt wbt
Umat-umat nabi Muhammad yang dicintai dan dikasihi
Mari kita bayangkan kita berada dalam zaman 1400 tahun dahulu
Kita bayangkan satu suasana di tengah kehidupan,di tengah padang pasir yang tandus dan panas
Kita rasakan dengan sepenuh hati dan jiwa kita
Agar kita menyedari betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad
Bayangkan nabi Muhammad sedang berkumpul dengan sahabat di Masjid Nabawi
Nabi Muhammad bertanya , “Duhai sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia di hadapan Allah selain darimu?”
Sahabat menjawab,”Para malaikat ya Rasulullah”
“Mereka mulia di depan Allah kerana mereka adalah pesuruh-pesuruh Allah.
“Ada manusia yang juga mulia berbanding dirimu di depan Allah”, kata Rasululullah.
“Siapa dia ya Rasulullah? Katakan kepada kami ya Rasulullah? Siapa manusia itu ya Rasulullah?”, tanya sahabat.

Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 12-03-2010
Sukacita dimaklumkan, AtapHijau.com berbesar hati untuk menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan bahas ODECHAL anjuran PPIMI Dublin yang akan diadakan hujung minggu ini. Team AJ Crew terdiri daripada
Mohd Redhuan Abdul Muin
Aiman Asyraf Sukari
Maryam Kameelah Fauzi
Nur Atiqah Jawati
Nurul Azira Salim
Pihak Admin AtapHijau.com dan seluruh warga kerja AtapHijau mengucapkan Selamat Maju Jaya dan kami disini mendokan kejayaan yang terbaik untuk Team AJ Crew