Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Tazkiyatun nafs | Posted on 09-01-2012
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” (Riwayat Ibn Abi Dunya)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)
Read the rest of this entry »
Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Tazkiyatun nafs | Posted on 26-12-2011
Taubat itu menyenangkan si Hamba dan meredakan Tuhannya.
Jalanilah hidupmu dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)
Bertaubat bermakna membersihkan hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.
Petanda orang yang bertaubat ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.
Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.
Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?
Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita renungkan!
Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.
Posted by amrullah | Posted in Akidah, Ibadah, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 05-11-2011
Posted by hikari189 | Posted in Tazkiyatun nafs | Posted on 19-10-2011
I have climbed the highest mountains
I have run through the fields
I have run
Read the rest of this entry »
Posted by hikari189 | Posted in Tazkiyatun nafs | Posted on 06-10-2011
Syeikh Ibnul Jauzi berkata: “Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama,aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. Begitu keras pun aku berfikir,namun tidak aku temukan jawapan penyelesaiannya padanya..Kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat:
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah swt, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar?” (Surah At-Talaq:ayat 2)
Read the rest of this entry »
Posted by Ailurophilia | Posted in Tazkiyatun nafs | Posted on 11-04-2011
Pembentangan berkenaan Locked In Syndrome (LIS) menimbulkan rasa syukur yang teramat atas setiap nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku. Itulah pembentangan yang kedua sempat kusertai sepanjang tempoh belajar di salah sebuah hospital di Cork ini. Subhanallah Alhamdulillah. Sangat bersyukur dapat memiliki sepasang mata yang dapat melihat keindahan alam ini, bibir yang dapat berkata-kata, berzikir kepada PenciptaNya dan menikmati rasa makanan yang berbeza-beza, serta tubuh yang dapat beribadat dan berusaha memberi manfaat kepada penghuni alam sejagat. Alhamdulillah! Bagi yang belum tahu tentang LIS ini, ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan tubuh seseorang menjadi koma/lumpuh secara keseluruhan, tidak dapat menggunakan mulut untuk berinteraksi dan menghadapi kesukaran untuk makan, hanya mampu menggunakan kerdipan mata sebagai medium komunikasi, namun mata yang dimiliki pula tidak dapat melihat secara normal, semua objek yang dilihat seakan-akan membentuk 2 imej yang serupa dan berganda (diplopia). Benarlah kata orang tua-tua, semakin banyak yang dipelajari tentang alam, semakin dekat hati kita kepada Yang Maha Agung. Aku bersyukur kerana Allah sering membuka mataku tentang kehebatanNya apabila kuceburi bidang perubatan dan mempelajari pelbagai jenis penyakit yang menimpa manusia.
Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nikmat yang telah diberikanNya. Secara amnya, ramai yang kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sejak kita lahir di muka bumi ini. Ada yang mengeluh kerana memiliki kulit yang gelap dan tidak secerah rakan-rakan lain, suara tidak lunak, mata sepet sangat, badan berisi, kurang tinggi, dan banyak lagi keluhan-keluhan lain. Macam-macam keluhan yang seringkali manusia lemparkan tanpa menyedari keluhan itu menyebabkan kemurkaan Allah kerana sikap tidak bersyukur. Kenikmatan yang bertandang, terkadang tidak dihiraukan. Lepas dari pandangan, bila hilang barulah dikesalkan. Manusia hanya akan tahu bersyukur jika dia mengenali siapakah dirinya dan PenciptaNya.
Read the rest of this entry »











