Atap Hijau Rss

Kalimah Syahadatain – Tuntutan dan Penghayatannya (II)

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Tazkirah | Posted on 05-04-2008

Lailaha Ilallah: adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt .

4 kategori ini :

Ahkam ( Peraturan dan syariat )

Afa’al ( perbuatan )

Sifat

Zat

Firman Allah swt :


“ Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”


( Al – Isra’ 111 )

Read the rest of this entry »

4 watak isteri di dalam Al-Quran

2

Posted by admin | Posted in Tazkirah | Posted on 04-04-2008

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar. Read the rest of this entry »

Kalimah Syahadatain – Tuntutan dan Penghayatannya (I)

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Tazkirah | Posted on 30-03-2008

( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.

Tentunya La Ilaha Illallah adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , La Ilaha Illallah mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan La Ilaha Illallah .

PENGERTIAN LA ILAHA ILLALLAH .

La Ilaha Illallah : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.

 

 

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

( Taha 14 )

Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau