Atap Hijau Rss

Masa Yang Berharga

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Motivasi, Tazkirah | Posted on 12-10-2009

As time goes by...

Keadaan yang paling meruncing dalam minda seseorang adalah di saat mendapati diri terlalu banyak masa terluang tanpa diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna bagi diri dan orang lain.

Orang seperti ini diibaratkan kereta laju tanpa pemandu di dalamnya yang akan jatuh ke dalam gaung yang curam dan dalam. Ia berpusing ke kiri dan ke kanan tanpa kawalan.

Untuk itu, pabila kita mendapati diri kita ini, diri saya dan anda punyai banyak waktu kosong aktiviti, padatkan jiwa semangat berbudi pada diri. Jangan dimanjakan diri pada waktu bekerja siang mencari rezeki ini.

Pastinya dikebanyakan hari kehidupan kita ini akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jika kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan mula berkhayal akan perkara silam yang segala yang buruk. Dan ini pasti sahaja mengundang ketakutan akan masa hadapan akibat dari buruknya masa lalu.

Nasihatnya jika ada masa terluang, penuhi dengan kerja yang berguna. Jika sebaliknya, ianya seperti perbuatan perlahan-lahan membunuh diri.

Bangunlah dan solatlah, membaca, membersih, mengemas, kemaskan diri dan ruang sekeliling, belajar sesuatu yang baru, mahirkan skil dan baiki sesuatu yang rosak.

Semoga kita menjadi umat yang menjaga masanya!

credit to:

http://fauzanibrahim.wordpress.com/

17 Ramadhan – Perang Badar atau Nuzul Quran?

3

Posted by amrullah | Posted in Akademik, Al-Quran, Sejarah, Tazkirah | Posted on 06-09-2009

badar

oleh Ustaz Abdul Kareem as-Saquofi- Imam Masjid Hidayatul Islam (terjemahan)

Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan

Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w  dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan  ini mula merebak ke Madinah.

 Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam  dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.

 Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah  s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari  Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan  Quraisy itu  telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang  telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.

Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka

 Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.

Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah.

Wallahualam

PERISTIWA BESAR BULAN RAMADHAN

0

Posted by amrullah | Posted in Sejarah, Tazkirah | Posted on 31-08-2009


image0019.jpg

(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam.Berikut diringkaskan beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan sebagai inspirasi kepada kita semua:

1-BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

2-PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalamSurah Ali ‘Imran ayat 123:

‘’Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.’’

3-ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin, tanpa sebarang persiapan, hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

4- PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin)memutuskan untuk menyekat pengaruh umat Islam di utara Tanah Arab.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

5-ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

6-KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

7-PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas baginda dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

8-PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

9-PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

10-TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Monggol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Monggol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Monggol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

11-PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

12-TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez ,al Marhum Syeikh Hafiz Salamah yang mengambil alih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Wallahualam.


Nilai sebuah kopiah

1

Posted by xfahmix | Posted in Akhlak, Dakwah, Tazkirah | Posted on 20-07-2009

There is one time that I remembered my mother told me a story about her Ustaz with regards to bad driving habits among Malaysians. Her ustaz told her that whenever he drives, he will take off his ‘kopiah’ because he sometimes break minor traffic rules which he afraid his action will result into ‘fitnah’ to other people who wore ‘kopiah’.

Pengajaran daripada cerita di atas adalah perlunya kita ‘evaluate’ diri kita, sejauh mana perbuatan kita membawa fitnah dan kerosakan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai da’ei atau pendokong agama Islam. Apabila mereka yang bergelar da’ei terlibat dengan perkara-perkara maksiat yang terang lagi bersuluh seperti pergaulan tidak terbatas sesama lelaki perempuan dan sebagainya, mereka ini telah membawa satu fitnah yang besar kepada Islam dan secara tidak langsung telah mempersendakan usaha dakwah itu sendiri. Sekiranya usaha memartabatkan Islam disandang oleh mereka yang mempunyai fikrah Islamiyyah yang rapuh, usahlah kita berbicara mengenai agenda Ustaziyyatul ‘Alam.

Maaf jika ada yang mengharapkan penulisan yang lebih ‘tone-down’ dan lebih banyak ‘sugar-coating’ tetapi kini isu ini adalah kritikal kepada jatuh dan bangunnya sebuah gerakan Islam itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah yang lebih tegas dan proaktif supaya perkara seperti ini tidak berjangkit kepada sahabat-sahabat yang kita sayangi?

Letih? Di situlah nilainya..

0

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Ibadah, Tazkirah | Posted on 16-07-2009

Mana dia ibadah dalam Islam yg tak rasa letih?

Puasa- Sunat atau fardhu, jangan cakap la letihnya. Lapar dahaga, lesu badan, semuanya datang secara tersusun.

Solat – Letih juga, nak bangun pagi, nak tolak selimut mmg payah kadang-kadang. Kalau berpeluang tinggal di luar negara, lagi la letih, terutamanya kalau musim sejuk. `Bercinta’ sungguh nak berwudhuk!

Sedeqah – Lagi ‘letih’. Duit sendiri, penat bekerja mencari rezeki, dapat hasilnya, tiba-tiba nak kena bagi kat orang lain. Bukan dia balas balik kat kita pun lepas kita bagi kat dia.

Haji/Umrah – Lagi la letih. Bersesakan di hadapan Baitullah. Kesesakan di ‘Arafah, Mudzalifah. Menguji tahap kesabaran kita. Kerenah manusia satu dunia!

Berjihad – Dgn harta, diri, masa, tenaga, buah fikiran untuk meninggikan Islam. Letih juga, dimaki hamun, dituduh dgn tuduhan-tuduhan palsu, diugut, ditukar tempat kerja, malahan mungkin dibunuh!

Berkempen dlm pilihanraya pun letih juga.

Banyak lagi la kalau nak sembang.

Pokoknya, nilai Ibadah kadang-kadang terletak pd keletihan itu.

Bukan sekadar ilmu dan keikhlasan diri.

Tak apa la, letih di dunia, berehat di akhirat!

Firman ALLAH (mafhum):

`Allah berfirman: `Inilah hari (kiamat) yg (pdnya) org-org yg benar (pd tutur kata dan perbuatan) mendapat menafa’at dari kebenaran mereka;………’
AL-MAIDAH: 119.


dipetik dari:

http://halimnasir.blogspot.com/


The Dangers of Narrow-Mindedness

0

Posted by xfahmix | Posted in Akhlak, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 13-07-2009

Narrow-mindedness is defined as lacking tolerance or not having the mental faculty to see beyond the superficial and recognize the underlying truth. Currently, this tendency appears to be widespread in all segments of Muslim communities.

The primary reason for this deplorable condition is ignorance, the inability to recognize this deficiency and to take corrective action. This situation is further aggravated if the ignorant person considers himself to be the epitome of wisdom, and if, he is in a leadership or a highly visible position, he can cause unnecessary harm to a family, a community or a an entire nation.

Absence of insight can also result in narrow-mindedness by having a negative effect on one’s thought processes. Insight is a rare virtue, and quite different from ignorance. A person who lacks insight may possess some knowledge, but derives no benefit from it due to a lack of analytical skills while someone with insight assesses his or her knowledge of a situation and then selects and uses its relevant parts. Through insight, they are able to see what others may not. Ibnul Qayyim, the famous Islamic scholar and author, said: “One person may read a text and learn one or two lessons from it, while another may learn one or two hundred.”

A rigidly traditional individual’s perceptivity, like that of a captive frog in a deep well, is able to function only within narrow parameters. He does not realize that there are boundless vistas of knowledge beyond the scope of the well; therefore, his mental and intellectual evolution remains stunted. He is unable to take advantage of the knowledge available beyond his limited horizon.

Blind imitation creates another obstacle to one’s intellectual growth. The two world wars of the past century are the perfect examples of this disability that can allow ruthless political or religious leaders to manipulate the minds of people who are unable to form their own objective view.

Some individuals habitually look at things from one angle and accept them as actual facts without thinking that there may be a different side to the issue, or that reality may actually be quite different from appearance. In the following verse, Allah points out that the appearance of the hypocrites may not be a true indication of their reality: “And when you see them, you like their appearance, but when they speak and you listen to them, they seem worthless” … and then He goes on to give this warning: “They are the enemy, so be warned of them. The curse of Allah be upon them, how they are perverted.” [63:4]

Furthermore, some people are impressed by quantity at the expense of quality. Referring to the battle of Hunain, Allah says: “On the day of Hunain, your numbers impressed you but did not benefit you.” But, “If there be amongst you twenty who show fortitude, they will defeat two hundred.” This does not, of course, mean that appearances are to be completely disregarded or that quantity is totally irrelevant. These fundamentals should not be valued in isolation, but should be understood through insight and common sense.

A failure to prioritize or differentiate wrong from right often leads people to lose sight of the broader picture. Often people will focus on the immediate and disregard the potential disastrous effects of an action further down the road. Along with ignorance, narrow-mindedness and, of course, a lack of insight, these gaps usually prove detrimental to that individual’s future.

By: Ahmad as-Sowayyan
Source: a2youth.com

Penuhi MaSA MudA uNtUK KebahAgiAan MaSA TUa

1

Posted by bali_765 | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 13-07-2009

‘Assalamualaikum sedare,cukup-cukup la wat keje macam nih sedare,tak baik’

‘takper2.aku muda lagi..umur aku baru 17.sweet 17 la katakan.nanti dah tua aku bertaubat la’

‘eh sedare ni.muda-muda la kena buat perkara yang berfaedah’

‘engkau ni.penyibuk betul.nanti agak-agak umur aku dah 40 aku berenti la buat perkara-perkara tak berfaedah ni’

Allah s.wt menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya.Kita diminta untuk merebut peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya.jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya,pasti mereka akan menanggung kerugian kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan membawa penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-tarmizi dan muslim daripada amru bin maimun R.A bahawa pada suatu hari rasulullah  telah menyampaikan pelajaran kepada seorang lelaki,sabda baginda

‘rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain.iaitu masa muda engkau sebelum datangnya masa tua,masa sihat engkau sebelum didatangi sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian’

peringatan ini diberikan oleh rasulullah s.a.w dengan suatu tawaran berfaedah,agar tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma.Ibarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal sedangkan orang lain berniaga memerlukan modal.

Justeru,kesempatan yang datang secara percuma itu dianjurkan oleh rasulullah agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia kerana sekiranya seseorang itu diberikan umur yang panjang oleh Allah pasti akan menempuh masa muda.masa muda itu diberikan secara percuma tanpa perlu diminta.

Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti,kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan mental dan fizikal.pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan amal ibadah dan kekuatan mental remaja yang cerdas memberikan ruang yang cukup untuk menuntut ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah hari tua.setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi.masa muda remaja akan tinggal kenangan.jika masa muda tidak digunakan dengan selayaknya,pastilah akan meninggalkan kesan yang pahit di hari tua.

dipetik dari buku TAQWA

tuan guru dato’ nik abdul aziz nik mat

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group