Posted by Umayr | Posted in Concern, Tafsir | Posted on 24-08-2010
Seperti biasa rutin harianku adalah ke hospital dari tengah hari sehingga ke malam. Tibanya waktu malam, giliran berjaga ku tukar bersama bapa saudaraku untuk menjaga datukku yang sudah sebulan terlantar di hospital kerana penyakit yang tidak diketahui. Ternyata duduk menunggu di hospital bukanlah perkara yang mudah dan menyelesakan. Kerusi hanya satu, yang harus ku berikan kepada nenekku yang turut menunggu. Alhamdulillah ada kerusi roda yang menjadi kerusi rehatku.
Suasana Wad di hospital kerajaan yang ternyata sesak dengan pesakit dan panas sememangnya mampu membuatkan penjaga pesakit juga hilang arah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan, akhirnya Al-Quran dan buku-buku jugalah yang menjadi teman hidup. Ku ingin berbicara dengan datukku, tapi ternyata dia bukan lagi seperti dahulu.
Posted by Fares Audah | Posted in Ibadah, Tafsir | Posted on 03-08-2010
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
InsyaAllah kali ini saya ingin membawa perkongsian yang ringkas tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang. Kalimah “bismillahirahmanirahim” sering digunakan ketika kita hendak memulakan bacaan al-quran. Tetapi bagaimana pula ketika melakukan pekerjaan yang lain? Adakah kita sentiasa melafazkan kalimah ini? kalau ya, alhamdulillah tetapi kalau belum,ayuh kita mulakan dari sekarang. semoga setiap perbuatan dan amalan kita mendapat rahmat dan pertolongan dariNya.
“Bandingan derma orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya. ”
(Al-Baqarah; 261)
Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.
Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan.. begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama seperti smkin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Ali Imran : Ayat 139
Asbabul Nuzul
Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu’min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada’, bahawa hal yang serupa telah terjadi pada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.
Posted by corniche | Posted in Tafsir | Posted on 07-01-2010
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah terjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar
Surah At-Taubah : Ayat 111
Asbabul Nuzul
Allah memberitahu bahawa hamba-hambaNya yang mu’min yang telah mengorbankan jiwanya dan harta bendanya di jalan Allah, akan diberi tempat di syurga sebagai ganti.
Berkata al-Hassan al-Basri dan Qatadah sehubungan dengan ayat ini: “Allah telah membeli dari hamba-hambaNya dengan harga yang sangat mahal.”
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ka’ab al-Quradhi, bahawa Abdullah bin Rawahan berkata kepada Rasulullah saw tatkala memberikan bai’atnya kepada beliau di Aqabah. “Syarat apakah yang engkau tuntut daripadaku untuk Tuhanmu dan dirimu sendiri?”
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu
Surah Al-Baqarah: Ayat 208
Asbabul Nuzul
Dalam ayat ini, Allah menyuruh hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan semua tuntutan syariat Islam dan meninggalkan semua larangannya sekuat tenaga mereka.
As-Silmi, Islam atau patuh taat.
Ikrimah mengatakan bahawa turunnya ayat ini mengenai sebahagian orang Yahudi yang telah masuk Islam dan ingin mengerjakan sebahagian dari syariat Taurat yang biasa mereka lakukan, seperti iktikaf di hari sabtu, maka Allah menyuruh supaya menegakkan semua syariat Isalm dan jangan menghiraukan yang lain-lainnya.
Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Tafsir | Posted on 23-11-2009
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.