Posted by Nur Islam | Posted in Politik, Sejarah | Posted on 28-04-2009

Saya pasti ramai diantara kita yg mengetahui akan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang dimaktubkan oleh Allah dalam Al-Quran, dimana Rasulullah diperjalankan dari Tanah Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestine (Isra’) dan seterusnya dibawa ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Namun tahukah kita apakah mesej yang ingin disampaikan disebalik peristiwa Isra’ itu sendiri.
Mengikut buku Ar-Raheequl Makhtum(The Sealed Nectar), Peristiwa Isra’ dan Mikraj dirumuskan dalam ayat pertama Surah Isra’, kemudian pertukaran mendadak dengan pembongkaran jenayah-jenayah dan kelakuan jahat kaum yahudi pada ayat-ayat berikutnya kemudian disusuli dengan peringatan bahawa Al-Quran akan membimbing manusia ke jalan keadilan.
Ini bukanlah perkara kebetulan, tetapi mesej yang ingin disampaikan melalui peristiwa Isra’ dan cara perkhabarannya didalam Al-Quran adalah untuk memberitahu kepada kaum yahudi dan seluruh alam bahawasanya Allah telah mengangkat pangkat Kaum Yahudi sebagai khalifah manusia disebabkan kejahatan dan jenayah yang mereka telah lakukan dan seterusnya menidakkan pendudukan mereka di Bumi Palestine.
Allah secara rasminya telah melantik dan mengamanahkan dua bumi Barakah ajaran Nabi Ibrahim, yakni Makkah dan Masjidil Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan seluruh umatnya. Umat Nabi Muhammad telah dipilih untuk untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan bumi Palestine seperti mana kita mempertahankan bumi Haram Makkah. Pengistiharan rasmi ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Isra’ dan gambaran peristiwanya dalam Al-Quran.
Maka setiap dari kita yang mengaku menjadi umat Muhammad, perlulah mempertahankan amanah yang Allah sendiri kurniakan kepada Rasulullah S.A.W. Alangkah malunya kita pada hari ini atas kegagalan kita untuk mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa. Ingatlah kita telah gagal menunaikan kewajipan menjaga amanah Allah yang khusus untuk Rasulullah Muhammad. Maka apakah kita masih mahu terus berlangut dan mengkritik setiap tindakan manusia tanpa mahu membantu. Palestine bukan setakat perlu didodoi tapi perlu dipertahankan sebaik-baiknya. Jika Amanah sesama manusia kita wajib menjaga sebaik-baiknya, inikan pula amanah yang Allah kurnia kepada nabi kita sendiri. Jika di Padang Mahsyar Allah bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap amanah aku, bumi Palestine?” apakah jawapan kita? “Aku telah memperkecilkan usaha manusia untuk menjaganya” atau “aku langsung tidak pernah berusaha menjaganya”. Seeloknya jawapan kita, “Ya Allah aku tahu usaha dan kemampuan ku sangat terbatas, namun telah ku usahakan utk menjaganya sehabis mungkin walaupun aku telah gagal”
Posted by Nur Islam | Posted in Cerpen, Concern, Politik, Sejarah | Posted on 25-04-2009

Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli…aku akan pulun ajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah..sasaran ku tuju, guli-gulian ku perolehi…setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat…guli-guli yang beraneka warna tu aku letak bersepah2…akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guli ku untuk dipertaruhkan….
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim terjun sungai, semua pakat ramai-ramai terjun sungai…aku akan pulun mencari seluar pendek dan mengajak abang-abang dan kawan-kawan ku ke sungai…mak kata bahaya tapi aku pergi juga..zaman kanak-kanak, cabaran pasti ku suka…terjun sungai pelbagai gaya, bila dah besar nak berenang pun masih tak kena gaya, terkuak2 dalam air mengapung haramnya tidak…setelah beberapa bulan musim terjun sungai pun tamat, seluar pendek ku campak entah kemana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan seluar itu akan ku cari untuk bermandi ria di sungai lagi
Read the rest of this entry »
Posted by bali_765 | Posted in Hadith, Penulisan, Sejarah | Posted on 16-03-2009

SUBUH YANG PENUH DENGAN KESYAHDUAN
Subuh yang syahdu,pagi yang dingin,rasululullah menyelak tabir yang memisahkan diantara bilik aisyah r.ha dengan masjid.sahabat-sahabat sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat dimami oleh abu bakr. Baginda melihat sahabatnya satu persatu,baginda tersenyum.sahabat-sahabat merasa gembira sehingga mereka terlupa yang mereka sedang berada didalam soff untuk menunaikan solat.abu bakr berundur dari tempat imam untuk memberi laluan kepada rasulullah,lalu baginda memberi isyarat supaya diteruskan solat dan baginda menutup kembali tabir tersebut.sahabat-sahabat sangat gembira menyangkakan baginda sudah sihat dan menjadi tanda yang rasul kesayangan mereka akan kembali menyertai perjuangan dakwah ini.tetapi jangkaan itu nyata tersalah,allah lebih menyayangi rasulnya dan roh baginda diangkat sebelum masuknya waktu zohor
Baginda memanggil puteri kesayangannya.fatimah datang menemui rasulullah.beliau menangis dan kemudian ketawa.sahabat-sahabat kehairanan.lalu sayyidatina Fatimah menerangkan bahawa beliau menangis kerana baginda akan pergi meninggalkan beliau buat selama-lamanya.kemudian beliau tersenyum kerana rasulullah memberitahu bahawa beliaulah orang pertama yang akan mengikuti baginda menemui Allah.
Read the rest of this entry »
Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Sejarah | Posted on 15-05-2008
Assalamualaikum semua. Saya syorkan semua baca artikel yang saya ambil dari Utusan online. Semoga bermanfaat !
Kembalikan hak Palestin
Oleh NAJIB ‘AFIF ARIP
 |
|
Seorang kanak-kanak lelaki mendukung adiknya melintasi kereta yang rosak teruk akibat serangan udara tentera Israel di Rafah, selatan Genting Gaza, baru-baru ini.
- Reuters
|
TANGGAL 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhan- nya.
Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah di- isytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai ‘nakba’.
Nakba bermaksud malapetaka atau ben- cana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar ne- gara, manakala 30,000 yang lain telah di- usir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Sejarah, Tafsir | Posted on 19-04-2008


Persoalan akidah amat penting dalam kehidupan harian umat Islam walau di mana jua mereka berada. Kedudukan dan pangkat bukan menjadi ukuran, tetapi akidahlah menjadi teras untuk dilihat oleh Allah s.w.t.