Atap Hijau Rss

Facebook: Antara Pro dan Kontra

1

Posted by Abdullah | Posted in Fikh, Perbincangan | Posted on 22-09-2009

facebook_1

Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

23_1-3

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat  mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka  foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-salimalmuslimun

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif.  Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

markzuckerberg

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


Are you a carrot, an egg or a coffee bean???

1

Posted by amrullah | Posted in Akademik, Komunikasi, Motivasi, Perbincangan, Sosial | Posted on 10-09-2009

A certain daughter complained to her father about her life and how things have been so hard for her. She did not know how she was going to make it and she wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed that just as one problem was solved another arose.

Her father, a chef, took her to the kitchen, filled three pots with water and placed the fire on high. Soon the three pots came to a boil. In one he placed carrots, in the other he placed eggs, and the last he placed ground coffee beans. He let them sit and boil, without saying a word.

http://allergyadvisor.com/Educational/images/Egg%20and%20Shell.jpg

The daughter sucked her teeth and impatiently wondered what he was trying to do. She had problems, and he was making this strange concoction. In half an hour he walked over to the stove and turned down the fire. He pulled the carrots out and placed them in the bowl. He pulled the eggs out and placed them in the bowl. Then he ladled the coffee out and placed it in a bowl.

Turning to her he asked. “Darling what do you see?

“Smartly, she replied. “Carrots, eggs, and coffee.

 

He brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg. Finally, he asked her to sip the coffee. Her face frowned from the strength of the coffee.

Humbly, she asked. “What does it mean Father?”

http://www.powereng.com/uploadedImages/Projects/coffee%20beans%202.jpg

He explained. “Each of them faced the same adversity, 212 degrees of boiling water. However each reacted differently. The carrot went in strong, hard, and unrelenting. But after going through boiling water, it softened and became weak. The egg was fragile. A thin outer shell protected a liquid center. But after sitting through the boiling water, it’s inside became hardened. The coffee beans are unique however. After they were in the boiling water, it became stronger and richer.

Which are you, he asked his daughter? When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?

Are you the carrot that seems hard, but with the smallest amount of pain, adversity, or heat you wilt and become soft with no strength.

Are you the egg, which starts off with a malleable heart? A fluid spirit. But after a death, a divorce, an accident you became hardened and stiff. Your shell looks the same, but you are so bitter and tough with a stiff spirit and heart, internally.

Or are you like the coffee bean? The bean does not get its peak flavor and robust until it reaches 212 degrees Fahrenheit. When the water gets the hottest, it just tastes better.

When things are there worst, you get better. When people talk the most, your praises increase. When the hour is the darkest, trials are there greatest, your worship elevates to another level. How do you handle adversity?

Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?


Kartika dan Hukuman Sebat

2

Posted by Abdullah | Posted in Fikh, Perbincangan | Posted on 06-09-2009

Assalamualaikum wrt.

Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Baru-baru ini Mahkamah Syariah Pahang telah membuatkan keputusan yang telah mencetuskan suatu polemik di negara kita iaitu dengan mejatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang didapati bersalah meminum arak di sebuah hotel. Hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika ini telah mengejutkan pelbagai pihak kerana tidak pernah sebelum ini hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman sedemikian walaupun terdapat peruntukan bagi menjatuhkan hukuman sebat bagi kesalahan meminum arak. Keberanian yang ditunjukkan oleh hakim mahkamah syariah tersebut amat dikagumi oleh sesetengah pihak.

Berikutan keputusan tersebut, hukuman sebatan sepatutnya dijalankan dalam bulan Ramadhan ini. Namun demikian, hukuman tersebut telah ditangguhkan atas alasan menghormati bulan Ramadhan. Ada juga pihak yang melahirkan rasa simpati terhadap Kartika dan mencadangkan agar membuat rayuan bagi keputusan tersebut. Dalam kes ini, Kartika dan keluarga melahirkan rasa sedih dan terkilan kerana hukuman tidak dapat dijalankan dengan secepat mungkin. Artikel ini ditulis bukanlah untuk menimbulkan keaiban bagi mana-mana pihak khususnya Kartika kerana kita pun sudah sedia maklum dia telah insaf dan mahu umat Islam yang lain mengambil pengajaran daripada kesalahannya.

Di tengah-tengah pelbagai persoalan dan pendapat, saya terbaca di blog Tun Mahathir tentang beberapa persoalan yang ditimbukan beliau berkenaan isu ini. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, persoalan beliau telah dijawab dengan baik sekali oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang tidak asing lagi di kalangan kita. Berikut merupakan jawapan Ustaz Zaharuddin. Maaf jika artikel yang dipetik ini agak panjang, namun saya kira ianya amat baik untuk pemahaman kita semua. SELAMAT MEMBACA!

ISU SEBAT : JAWAPAN KEPADA TUN MAHATHIR

normal_sebat1

PENDAPAT: Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya: “Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?” Beliau kemudiannya berkata:

“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya mengingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, ‘Alcohol-related crime’ adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.(sumber)

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak.(rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ?peminum arak’ sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

araksebatDalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w: “Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )”

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :
“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut: “Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)”

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya:

1. Hadis Nabi:”Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud).”

2. Hadis Nabi: “Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)

3. Hadis Nabi “Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

4. Hadis Nabi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata: Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata: Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Athar sahabat

“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim )

6. Hadis Nabi “Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu (Al-Bayhaqi) Jika dikatakan, itu semua dari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah:

“Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TAFSIR ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :

1. Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta’zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan:

a) Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b) Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud.

c) Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam.

2. Jumlah sebatan yang perlu dikenakan

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertama: Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua: Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

Bolehkah pesalah tidak disebat?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT.

Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta’zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya.

Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta.

Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ?geram’ memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
* Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
* Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
* Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
* Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes.

Mungkin sahaja, si pesalah sendiri redha dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ?menghina mahkamah’ (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.

Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

* Dr. M: Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ya, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

* Dr. M: Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

* Dr. M: Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya.

Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH’ jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan?

Jika demikian, tiada erti nama ’syariah’ pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

* Dr.M: Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

* Dr. M: Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

* Dr. M: Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat ‘anti hadis’, sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti Rasulullah, bagaimana cara taat?

Tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi.

Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran.

Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan ‘anti hadis’ tetapi golongan anti ‘Al-Quran dan Hadis’ sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat ‘anti hadis (& Quran) tadi,’ bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah?

Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci dalam tapisan sesebuah hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat ke-31:

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 )

dan sebuah ayat lagi: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ( An-Nisa : 59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut di atas.

Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya.

Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

Akhirnya diharap Tun Dr Mahathir sudi untuk membaca ulasan dan jawapan saya terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009.

http://www.zaharuddin.net/

MENTALITI RAMADHAN ?

1

Posted by amrullah | Posted in Akhlak, Dakwah, Ibadah, Perbincangan, Sosial | Posted on 03-09-2009

Ramadhan hampir menjangkau usia separuh purnama.Cepat benar masa berlalu.Baru-baru ini penulis berkesempatan berborak panjang dengan sahabat-sahabat di tanah air.Rata-rata isi ceritera mereka berkisarkan aktiviti harian sepanjang bulan yang mulia ini.Alhamdulillah,gembira mendengar dalam kesibukan bekerja mahupun berkuliah,mereka masih ringan kaki ke masjid untuk berterawikh.Namun,itu hanyalah suatu muqaddimah perbualan, sedangkan isi utamanya adalah senarai panjang  juadah berbuka yang lazat lagi enak.Sebutlah apa sahaja; kuih lapis, lepat manis, pulut panggang, ayam percik, ais bandung, air tebu, serta sejuta satu makanan dapat diperoleh di bazaar-bazaar Ramadhan di seluruh Malaysia.Terliur penulis mendengarnya.

 

Pintu rezeki terbuka luas, para peniaga muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Hotel-hotel lima bintang tidak putus-putus menaja majlis berbuka puasa yang tetamunya adalah menteri-menteri dan VVIP yang kaya raya.Rezeki penyanyi-penyanyi nasyid juga melimpah ruah,membuatkan penulis terfikir, adakah irama nasyid hanya dijulang tinggi ketika Ramadhan?Organisasi-organisasi besar berlumba-lumba untuk menyumbang kepada rumah-rumah anak yatim sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun makanan dan pakaian.Malangnya perbuatan murni ini hanya bertahan setakat bulan Ramadhan sahaja.Apabila tertutup sahaja gerbang Ramadhan,anak-anak yatim ini ditinggalkan, mereka hidup kais pagi makan pagi, menjelang petang,tiada apa lagi untuk dikais.

 Kekesalan bersarang di hati penulis atas beberapa sebab.Pertama,penulis kesal kerana tabiat manusia yang suka memberi kejutan kepada organ penting dalam tubuh iaitu perut.Kedamaian perut dirosakkan oleh berbondong-bondongnya makanan yang menerobos masuk pada setiap kali waktu berbuka.Keadaan ini mengundang pelbagai penyakit, bukan sahaja gastritis yang menyerang orang berpuasa, diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti juga bergilir-gilir mengambil tempat di bulan Ramadhan ini.Apabila perut dah penuh,solat fardhu pun tak khusyuk,solat sunat apalagi?

 Kedua,borosnya tabiat berbelanja orang kita. Juadah berbuka perlu minimum sepuluh jenis,air minuman lima jenis,akhirnya tong sampah yang mendapat habuan.Apabila syaitan dirantai dan dibelenggu, nafsu pula menaiki takhta.Ini belum mengira persiapan raya lagi.

 Ketiga,berkenaan solat terawikh,iaitu solat sunat istimewa yang hanya hidup dalam bulan Ramadhan.Pada awal bulan,masjid dan surau penuh dari depan hingga ke belakang.Masuk pertengahan bulan,hanya 1-2 saf yang tinggal.Tahajud serta solat-solat sunat yang lain bagaimana pula?

 IMG_7643 by tajuddinfarid.

Keempat,bagaimana orang kita membesarkan malam al-Qadar?Bukan dengan menambah amal ibadat dan mendekatkan diri kepadaNya, tetapi dengan memasang pelita dan lampu lip-lap di setiap penjuru rumah.Di sesetengah tempat,kepercayaan karut tentang malam tujuh likur masih diamalkan.Mereka percaya bahawa pelita perlu dipasang kerana bimbang Malaikat “tidak Nampak” apabila berkunjung ke rumah mereka pada malam yang gelita.Ada pula yang sibuk membakar kuih raya lalu melepaskan malam yang diibaratkan sebagai malam seribu bulan itu.

 Namun begitu,penulis tetap rasa bersyukur kerana di sebalik mentaliti duniawi orang kita ini,masih terdapat segelintir ummah yang berusaha mengimarahkan kemuliaan Ramadhan dengan cara yang betul.Ramadhan dijadikan sebagai titik pusingan untuk kembali kepada fitrah, menambah pahala dan mengurangkan dosa.Penulis berharap agar setiap amalan ini akan dilakukan secara istiqamah,dan tidak terhenti sebaik sahaja Ramadhan melabuhkan tirainya.Jadilah Abid Rabbani, yang beribadah pada setiap masa, bukan Abid Ramadhani, yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan.Gunakanlah Ramadhan sebagai masa terbaik kita untuk mentarbiyah diri ke arah kesempurnaan seorang hamba.

 

Wallahualam.

 

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

6

Posted by kalam hamba | Posted in Akidah, Concern, Perbincangan, Politik | Posted on 26-04-2009

Assalamualaikum wbt,
Sahabat-sahabat ada terbaca berita di bawah?Apa pandangan semua? Tak tahu laa nak kata apa pada individu Islam yang boleh buat keputusan sebegini. Dan inilah yang berlaku apabila Ulama dan Umara’ tidak lagi bergandingan dalam urusan kepimpinan. Wallahua’lam.

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Read the rest of this entry »

Mengawal Kemarahan

2

Posted by kalam hamba | Posted in Akhlak, Concern, Komunikasi, Perbincangan | Posted on 16-04-2009


Kalau kita marah, kita bakal dimarahi

Mungkin tanpa kita sedari, kita selalu meninggikan suara kepada adik-adik kita.Dan kemudian kita akan dimarahi kembali oleh ibu bapa kita kerana meninggikan suara terhadap adik-adik.  Kalau dengan kawan-kawan, susah betul untuk kita menzahirkan kemarahan kita.  Takut hilang kawan agaknya.

Dari situ, kita patut belajar satu perkara, kalau kita marah orang lain, bersedialah untuk diri kita dimarahi orang lain juga.

Kalau kita dimarahi orang lain, apa kita rasa?  Kadang-kadang mungkin ada sedikit suntikan keresahan apabila kita yang menjadi mangsa marah kawan kita.

2 tahap lain sebelum marah

Pertama sekali sebelum kita boleh marah orang lain, kita perlu sabar. Jadi jika orang itu buat kita marah, kita perlu sabar dan teliti dahulu kenapa orang itu berbuat itu dan ini terhadap kita. Mungkin dia ada masalah lain atau mungkin… apa-apa sahajalah kemungkinan lain.

Keduanya kalau dia masih melakukan perkara yang sama sampai membuatkan kita marah, bagi amaran terlebih dahulu. Bagi saya inilah yang paling penting sebelum kita hendak marah. Kita tanya balik diri kita, ‘pernahkah aku memberi amaran kepada dia supaya jangan buat perkara itu dan ini?’

Read the rest of this entry »

Adabul Ikhtilat fi AtapHijau

4

Posted by admin | Posted in Akhlak, Fikh, Ibadah, Komunikasi, Penulisan, Perbincangan, Sosial | Posted on 31-03-2009


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati…

1. Elakkan berurusan dengan lelaki – Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Read the rest of this entry »

D.I.A