Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

Filed Under (Concern, akidah, perbincangan, politik) by kalam hamba on 26-04-2009

Tagged Under : , ,

Assalamualaikum wbt,
Sahabat-sahabat ada terbaca berita di bawah?Apa pandangan semua? Tak tahu laa nak kata apa pada individu Islam yang boleh buat keputusan sebegini. Dan inilah yang berlaku apabila Ulama dan Umara’ tidak lagi bergandingan dalam urusan kepimpinan. Wallahua’lam.

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Read the rest of this entry »

Mengawal Kemarahan

Filed Under (Akhlak, Concern, komunikasi, perbincangan) by kalam hamba on 16-04-2009

Tagged Under : , , , ,


Kalau kita marah, kita bakal dimarahi

Mungkin tanpa kita sedari, kita selalu meninggikan suara kepada adik-adik kita.Dan kemudian kita akan dimarahi kembali oleh ibu bapa kita kerana meninggikan suara terhadap adik-adik.  Kalau dengan kawan-kawan, susah betul untuk kita menzahirkan kemarahan kita.  Takut hilang kawan agaknya.

Dari situ, kita patut belajar satu perkara, kalau kita marah orang lain, bersedialah untuk diri kita dimarahi orang lain juga.

Kalau kita dimarahi orang lain, apa kita rasa?  Kadang-kadang mungkin ada sedikit suntikan keresahan apabila kita yang menjadi mangsa marah kawan kita.

2 tahap lain sebelum marah

Pertama sekali sebelum kita boleh marah orang lain, kita perlu sabar. Jadi jika orang itu buat kita marah, kita perlu sabar dan teliti dahulu kenapa orang itu berbuat itu dan ini terhadap kita. Mungkin dia ada masalah lain atau mungkin… apa-apa sahajalah kemungkinan lain.

Keduanya kalau dia masih melakukan perkara yang sama sampai membuatkan kita marah, bagi amaran terlebih dahulu. Bagi saya inilah yang paling penting sebelum kita hendak marah. Kita tanya balik diri kita, ‘pernahkah aku memberi amaran kepada dia supaya jangan buat perkara itu dan ini?’

Read the rest of this entry »

Adabul Ikhtilat fi AtapHijau

Filed Under (Akhlak, fikh, ibadah, komunikasi, penulisan, perbincangan, sosial) by asraf ismail on 31-03-2009

Tagged Under : , , , ,


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati…

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Read the rest of this entry »

Kerinduan di Aidilfitri

Filed Under (perbincangan) by kalam hamba on 07-10-2008

“Acik,bawa balik ayah ya…”
Azamin Amin
Mon | Oct 06, 08 | 1:38:14 pm MYT

Suasana bilik berpintu besi itu sepi seketika. Masa melawat sudah tamat. Perjalanan sejauh 250 kilometer dari Simpang Durian, Negeri Sembilan ke Kem Kamunting Taiping, Perak dengan menaiki bas, dirasakan tidak berbaloi kepada kedua anak beranak ini. Bergerak subuh hari untuk bertemu yang dirindui dan dicintai namun masa membatas hanya sekadar sejam cuma.

Suasana bilik berpintu besi itu sepi seketika. Masa melawat sudah tamat. Perjalanan sejauh 250 kilometer dari Simpang Durian, Negeri Sembilan ke Kem Kamunting Taiping, Perak dengan menaiki bas, dirasakan tidak berbaloi kepada kedua anak beranak ini. Bergerak subuh hari untuk bertemu yang dirindui dan dicintai namun masa membatas hanya sekadar sejam cuma.

Dari rumah, Fathur Rahman Al- Ghazi, 4 tahun sudah segak bergaya, tidak sabar untuk berjumpa ayahnya. Di tangannya beberapa helai kertas kosong dan sekotak pensil warna digenggam kemas. Nak ayah lukis, lepas itu abang warnakan, beritahu Fathur kepada ibunya.

Setelah tiba lima jam kemudian dan seronok mewarnakan lukisan ayah sambil membiarkan ibunya berberbual, kini semangat riangnya mula berkecai ketika ibunya menyapa lembut Fathur untuk pulang meninggalkan ayahnya.

Hidayu Kamrulzaman, 25 cuba memujuk si kecil Fathur agar melepaskan dakapan erat di tubuh sang ayah. Meronta-ronta, disusuli esak tangisnya lantas dibelai ayahnya semula dengan nada sayu:

“Nanti ayah balik ya. Ayah ada kerja…” kata ayahnya Muhammad Amir Mat Hanafiah sambil merungkai perlahan-lahan jemari halus anaknya itu yang mencengkam tidak mahu melepaskan pergi.

“Ayah kerja polis ya mak?,” Andaian sang anak sambil memandang dua orang pengawal beruniform yang berada di sisi ayahnya. Masih tidak mengerti kenapa ayahnya berada di situ meninggalkannya setahun lamanya.

“Aaa..aa, ayah kerja polis. Tak dapat cuti lagi,” jawab Hidayu sekali lagi dengan nada pilu menjelaskan semula peristiwa menghayat hati di Kem tersebut kepada kami, wakil Harakah yang singgah bertandang ke rumahnya baru-baru ini.

“Maaflah, saya terpaksa menipu …dia sudah cerdik. Bayangkanlah bagaimana kalau dia tahu ayahnya ditangkap polis, apa yang nak saya katakan padanya nanti,” terang Hidayu lagi kepada kami sambil memangku anak bongsunya Ubaidah Al-Harith, 1 manakala anak keduanya Uwais Al-Qarani, 3 rancak bermain dengan si abang, Fathur.

“Saya tak mampu nak bawa ketiga-tiga mereka. Saya bawa seorang sahaja, bergilir-gilir setiap kali pergi melawat. Tambahan pula naik bas dari sini,” jelasnya sambil didatangi Fathur dan Uwais ke riba kami bertiga.

Mata sudah mula berkaca tatkala si abang memegang baju lengan baju ibunya lalu bersuara lembut kepada saya:”Bawa balik ayah ya?”

Manakala si adiknya Uwais memeluk erat pula rakan wartawan, Wan Nordin seolah-olah melepaskan kerinduan yang teramat sangat terhadap ayahnya. Mohd Khaleel, penyunting kami kelihatan cuba menahan sebak.

Ayah mereka ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejurus selepas pulang solat isyak di masjid berdekatan kira-kira setahun lalu pada bulan April tahun 2007 atas tuduhan yang tidak dipastikan kesahihannya - dikatakan terlibat dengan kumpulan Jemaah Islamiyah, jelas Hidayu lagi.

Trauma dengan kejadian, tidak berapa lama kemudian, Hidayu berpindah rumah di Petaling Jaya ke teratak ayah bonda di Simpang Durian, Negeri Sembilan bersempadanan Pahang demi membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil. Menampung kehidupan dengan mengajar kelas fardu Ain di sebelah petang dengan dibantu ayah yang menoreh getah.

“Abah, tengok gambar acik ni tangkap,” kata Fathur kepada datuknya ketika Khaleel menunjukkan kamera digital kepadanya.

Ya, panggilan ‘abah’ tidak putus di bibir sang anak. Menghilangkan rasa rindu, datuknya juga dipanggil abah. Malah kehadiran kami selama sejam, dirasai cukup bermakna, kerana untuk seketika, ada teman sepermainan dan gurau senda mereka.

Hidayu yang cuba mengawal air matanya yang bergelinang menceritakan Fathur yang saban hari menyebut nama ayahnya malah lebih sayu melihat anak sulungnya itu terpinga-pinga tanpa jawapan pabila kawan-kawan tadikanya bertanyakan di mana ayahnya itu.

“Ini kali kedua mereka sambut Raya tanpa ayah…entahlah, bagaimana perasaan anak-anak saya melihat orang lain ada ayah sedangkan dia tidak…” kata Hidayu tersekat-sekat namun kuat semangat kerana disulami dengan kata perangsang suaminya:

” Insya-allah Allah akan gantikan masa di dunia ini dengan masa yang lebih baik di akhirat nanti.” bisik suaminya ketika bertemu tempoh hari.

Hidayu hanya mampu berserah kepada ujian Tuhan dan bertahajud sebelah malam memupuk hati yang duka, lebih memilukan terpandang wajah tiga beranak yang direntap dan dahagakan kasih sayang seorang ayah.

Terasa berat untuk berpisah tatkala melihat keletah anaknya yang semakin mesra dengan kami namun perjalanan sejauh 180 kilometer dari Kuala Lumpur, bertujuan menyampaikan sumbangan simpati dan prihatin orang ramai kepada keluarga mangsa ISA bagi meringankan beban.

Nordin selaku ketua wartawan menghulurkan sumbangan sejumlah RM1,000 kepada Hidayu dan duit raya kepada anak-anaknya, sambil diperhatikan ayah bonda. Di pintu luar rumah, sekali lagi kami tertangkap kalimah Fathur yang menyentuh hati yang tidak mampu ditunaikan.

Di dalam kereta, tumpah jua air mata terkenang kata-katanya itu…”Acik, bawa ayah balik ya…”

Untuk suami

Filed Under (Wish, perbincangan, tazkirah) by asraf ismail on 08-04-2008

Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya

 


pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
…amin…

tribute to iluvislam.com

PS: tersentak bile baca bende ni. hehe apa lagi..yang dah pasang niat…tafaddhol al masykura!! yang dah kahwin, ade lagi 3 ruang :)

selari plak dengan post di blog ana, Kenapa kita perlu kahwin awal?
lawat2lah jika ada masa

Atap Hijau
Subscribe to Rss Feed : Rss