Atap Hijau Rss

Berlapang dada

9

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Motivasi, Tazkirah | Posted on 02-12-2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Warga Cork saya pasti semuanya sedang sibuk menelaah pelajaran sebab peperiksaan yang semakin hampir. Pasti makan pun tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..sebab yang bermain di fikiran pastinya nak habiskan baca nota yang banyak tu. Kadang-kadang musim ni saya rasa adalah musim di mana kita jadi terlebih “sensitif”. Senang nak marah terhadap perkara-perkara yang kecil, walhal kalau bukan musim peperiksaan, rasanya perkara yang kecil tu takkan timbulkan kemarahan pun. Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, sebolehnya kita elakkanlah perkara sebegini berlaku. Di saat-saat yang genting sebegini, sokongan rakan-rakan sekeliling yang diperlukan untuk terus tabah berjuang untuk peperiksaan. Pendek kata, kalau ada perlakuan sahabat-sahabat kita yang buat kita terasa hati di saat-saat genting macam ni, marilah kita sama-sama berlapang dada. Bak kata seorang sahabat saya, serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Haa.. tahap rendah pun saya rasa sangat susah untuk lakukannya, tapi benda ni possible if we want it to happen. Kalau kita berlapang dada, nak buat kerja sama-sama pun senang dan teratur, takdela kita ada syak wasangka yang bukan-bukan terhadap sahabat kita. Kan kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita.

al-baqara

“…Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. ” (Al-Baqarah : 237)

Read the rest of this entry »

Ish, Masamnya Muka Kau : Bahagian 2

6

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 26-11-2009

Lautan emosi itu sangat luas dan dalam. Jika kita ingin menyelam melihat ciptaan Tuhan, kita memerlukan emosi, tanpa emosi, kita tidak akan mampu menghayati setiap ciptaan-Nya yang Maha Agung, namun jangan sampai kita lemas dalam lautan yang penuh gelora itu, kerana jika kita hanyut dan lemas, ia akan membunuh jiwa dan rasa. Namun jika kita berasa lemas dan tercungap-cungap untuk melepaskan diri, percayalah Tali Allah sentiasa tergantung di langit untuk kita capai dan bertaut padanya untuk menyelamatkan diri.

Dalam artikel bahagian pertama, Ish, Masamnya Muka Kau : Bahagian 1, kita telah membincangkan bahana bermuka masam dan bagaimana ia ditegah oleh Allah. Namun, manusia itu sangat lemah dan mudah lupa. Kadangkala kita tidak mampu untuk melakukannya. Namun kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk berubah. Maka, tatkala kita berada dalam keadaan yang teruk namun perlu menghadiri perjumpaan, perbincangan, usrah dan sebagainya maka ada beberapa langkah yang saya sarankan supaya kita boleh amalkan.

Read the rest of this entry »

Chocolate

2

Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 22-11-2009

 

I received a piece of Tesco Value chocolate from a friend of mine on my 22nd birthday the other day, and I was touched by the sincerity of the giver, when he said that the most important thing is, it came from the heart. I was smiling ear to ear. Getting a piece of chocolate as a birthday present leave me wonder about chocolate and life for a while.

So I remembered a short ads of 15 Malaysia entitled Chocolate by Allahyarham Yasmin Ahmad. At first I was blur and didn’t get the point she was trying to get across, but then I went browsing through the official web and read the simple synopsis which read: 

A quiet tale that reminds us that, despite the multifaceted contradiction of Malaysia, life goes on – even if not all of it is sweet.

Read the rest of this entry »

Redha Allah vs Redha Manusia

4

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Dakwah, Motivasi | Posted on 17-11-2009

Assalamualaikum wbt..

Semasa usrah tadi, saya begitu tertarik dengan perkongsian sahabat kita mengenai tokoh wanita yang beliau sangat kagumi, iaitu Mother Theresa.

Read the rest of this entry »

Our Life Is Like A Pencil

10

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Motivasi, Tazkiyatun nafs | Posted on 15-11-2009

Our Life Is Like A Pencil

Read the rest of this entry »

Ish, Masamnya Muka Kau! : Bahagian 1

3

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Komunikasi, Motivasi, Politik, Sosial, Tafsir, Teknologi | Posted on 12-11-2009

Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah menjadi kebiasaannya manusia apabila mengalami tekanan, berada dalam keletihan, berada dalam suasana emosi yang tidak elok, akan membuat muka masam dan sedih. Ini adalah tindak balas normal bagi seorang manusia.

Namun, bagi seorang pemimpin dan seorang dae’I bermuka masam, ia bukanlah tindak balas normal yang patut ada padanya. Apabila seorang pemimpin menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada orang yang dipimpinnya, bagaimanakah reaksi orang-orang yang dipimpinnya? Apabila seorang daei menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada madu’, bagaimanakah reaksi madu’?

Apabila kita membawa muka masam, mood negative dan aura yang buruk bersama kita ke dalam sesuatu perjumpaan dan apabila bertemu sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja, kita secara tidak langsung akan memalitkan rasa teruk kita kepada orang sekeliling. Sahabat-sahabat kita yang mulanya bersemangat dan gembira, akan bertukar menjadi lesu, lemah dan sedih apabila kita membawa mood sebegini dalam perjumpaan. Membawa mood negative akan mengeruhkan suasana dan menjadikan suasana tegang. Cukuplah hanya walau seorang sahaja yang membawa muka masam dan 10 lagi membawa muka ceria, pasti ia akan memberi kesan sekurang-kurangnya kepada 5 orang yang membawa muka ceria ini. Begitulah padahnya membawa muka masam.

Sesuatu amalan atau perkara yang hendak dilakukan secara berjemaah, perlu dilakukan dengan semangat, iltizam dan rasa senang hati. Jika seorang membawa muka masam, yang lainnya turut terkesan sama. Ada yang berfikiran, “ish orang tgh bad mood takkan aku nak hepi-hepi”. Maka dia pun , dari tingkah laku bersemangat dan riang ria, mengambil langkah setapak kebelakang dan menjadi lebih diam dan pasif. Ada pula yang berfikiran, “ Ish, apa kena dengan mamat sekor nih?Moody jer. Ala, xbest laa nak wat kejer camnih”. Semangat dan mood kita untuk berkerja akan dibawa turun oleh mood negative orang lain.

Kesannya menjalar dalam diri orang lain tanpa kita sedari. Kalau anda betul-betul perhatikan dan analisis situasi anda, dimana anda dalam keadaan bersemangat, gembira dan terbuka, pergi menghadiri perjumpaan, latihan atau perbincangan misalnya, apabila ada seorang dikalangan anda yang bermuka masam, sepanjang perjumpaan tersebut, motivasi dan keadaan diri anda akan berubah beransur-ansur sehingga anda menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Kesan yang paling ketara berlaku ialah apabila, didalam perjumpaan atau perbincangan tersebut, anda semua berhadapan dengan satu krisis dan masalah dan masing-masing cuba bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Sepatutnya kita menangani masalah dan krisis dalam keadaan siap sedia, bersemangat dan tabah. Tetapi dengan kehadiran seorang yang bermuka masam, suasana mencari jalan penyelesaian akan menjadi suasana yang sangat tegang tetapi lemah dan tidak bermaya. Perjumpaan dan perbincangan yang dimulakan dengan semangat dan iltizam, akhirnya menjadi lesu dan tidak bertenaga kerana seorang membawa muka masam dan diakhiri tanpa sebarang resolusi yang bernas.

Inilah bahana membawa muka masam. Maka sebagai seorang pemimpin dan daei, yg menggalas tanggungjawab yang tinggi, membawa muka masam adalah sesuatu yang patut kita elakkan. Seperti Rasulullah hendaklah kita bermuka manis dan sentiasa tersenyum. Kita manusia biasa yang lemah pastinya kadang kala tidak mampu menahan kesedihan dan menyerap tekanan. Namun kita perlu sentiasa dan kerap berjumpa dengan sahabat dan masyarakat.

Allah telah menegur Nabi Muhammad s.a.w di dalam Surah Abasa ayat 1 hingga 3

abasa

Maksudnya : Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah dating kepadanya(Abdullah bin Ummi Maktum).Dan tahukan engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa).

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, Ulama berpendapat bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berbicara dengan seorang pemimpin terkemuka Quraysh dengan harapan dia akan memeluk islam. Sedang Rasulullah s.a.w berbicara dengannya, Abdullah bin Ummi Maktum dating kepada baginda dan dia adalah salah seorang yang memeluk islam diawal waktu. Ibnu Maktum bertanya Rasulullah tentang sesuatu yang mustahak padanya. Rasulullah s.a.w mengharapkan pemimpin Quraysh tersebut mendapat petunjuk maka Baginda menyuruh Ibnu Maktum untuk tunggu sebentar sementara Baginda menhabiskan perbualanya bersama pemimpin tersebut. Baginda kemudia bermasam muka dan berpaling dari Ibnu Maktum untuk menghadap pemimpin tersebut.

Lalu turunlah ayat diatas menegur Baginda supaya tidak memasamkan muka dan berpaling dari seseorang. Sedarkh kita bahawa kita sering menunjukkan muka masam kepada sahabat dan mad’u tatkala kita dilanda masalah. Apabila mereka menegur kita, kita mencebik bibir member muka msam dan tidak bermaya.

Seorang pemimpin dan dai’e tidak boleh bermuka masam kepada orang bawahannya. Kita sering membuat muka tidak bermaya tatkala kita letih dan sakit. Contohilah Rasulullah yang sentiasa tersenyum walaupun baginda letih dan sakit. Contoh paling nyata adalah tatkala ajal mengundang baginda untuk pulang ke Hadrat Allah. Baginda masih mampu tersenyum walaupun keperitan maut itu hanya Allah yang tahu. Baginda tersenyum untuk menenangkan hati umat baginda supaya mereka tidak takut dan kecoh dengan keuzuran baginda. Seorang pemimpin perlu menenangkan keadaan supaya tiada kekecohan yang timbul berpunca dari kita.

Sepertinya bait-bait lirik lagu ‘Pemergianmu’ nyanyian In Team

Kau Masih Tersenyum, Mengubat Lara,

Selindung derita yang kau rasa,

Senyuman yang mententeramkan,

Setiap insan yang kebimbangan

Bagaimana mungkin kita menyampaikan mesej-mesej tentang keindahan nilai-nilai islam tatkala wajah kita sugul tidak bermaya? Adakah kita mampu untuk meyakinkan mad’u akan kepentingan dakwah tatkala kita gagal melakukan satu tugas dakwah yang paling mudah iaitu tersenyum, namun paling sukar dilakukan tatkala emosi tidak menentu. Kita bukanlah ingin menjadi seorang badut untuk menghiburkan orang, namun dengan senyuman dan muka manis, kita mampu membuat orang sekeliling kita berasa tenang dan aman. Di dalam senyuman yang penuh kepahitan itu, terpancar ketabahan menggalas sebuah tugas dakwah, tercermin kesungguhan menegakkan islam, tersinar sebuah pengharapan melihat islam kegemilangan islam suatu hari nanti.

Sepertinya senyum itu berjangkit, bermuka masam itu juga berjangkit. Maka janganlah menjangkiti orang lain dengan muka masam kita. Bermasam muka akan menimbulkan rasa risau dihati sahabat, menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati mereka, menimbulkan rasa tidak gembira dalam jiwa.

Ikuti, bahagian 2 siri ini untuk mengetahui kaedah-kaedah untuk mengelakkan muka masam.

*artikel ini merupakan pesanan buat penulis sendiri yang suka bermuka masam*

Masa Yang Berharga

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Motivasi, Tazkirah | Posted on 12-10-2009

As time goes by...

Keadaan yang paling meruncing dalam minda seseorang adalah di saat mendapati diri terlalu banyak masa terluang tanpa diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna bagi diri dan orang lain.

Orang seperti ini diibaratkan kereta laju tanpa pemandu di dalamnya yang akan jatuh ke dalam gaung yang curam dan dalam. Ia berpusing ke kiri dan ke kanan tanpa kawalan.

Untuk itu, pabila kita mendapati diri kita ini, diri saya dan anda punyai banyak waktu kosong aktiviti, padatkan jiwa semangat berbudi pada diri. Jangan dimanjakan diri pada waktu bekerja siang mencari rezeki ini.

Pastinya dikebanyakan hari kehidupan kita ini akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jika kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan mula berkhayal akan perkara silam yang segala yang buruk. Dan ini pasti sahaja mengundang ketakutan akan masa hadapan akibat dari buruknya masa lalu.

Nasihatnya jika ada masa terluang, penuhi dengan kerja yang berguna. Jika sebaliknya, ianya seperti perbuatan perlahan-lahan membunuh diri.

Bangunlah dan solatlah, membaca, membersih, mengemas, kemaskan diri dan ruang sekeliling, belajar sesuatu yang baru, mahirkan skil dan baiki sesuatu yang rosak.

Semoga kita menjadi umat yang menjaga masanya!

credit to:

http://fauzanibrahim.wordpress.com/

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group