Posted by Fares Audah | Posted in Ibadah, Miscellaneous, Motivasi, Sains | Posted on 20-03-2010

Bismillahirrahmanirrahim
Katakanlah (Muhammad) “Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirahatmu? Apakah kamu tidak memperhatikan?” (Al-Qasas:72)
Sesungguhnya telah banyak nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada kita tetapi sedikit sekali kita bersyukur. Kadang-kadang selalu juga mengeluh dan merungut sebab banyak kerja dan penat. Ada juga yang tidak mahu menerima tanggungjawab dengan alasan penat dan tak larat.
Cuba bayangkan kalau tiada malam untuk kita tidur? Kalau tiada malam untuk minda kita berehat? Kalau tiada malam untuk manusia merasa ketenangan ? pastinya penat dan lesulah badan dan minda kita. Sesungguhnya setiap penciptaan itu tidak sia-sia dan pasti besar hikmah disebaliknya. Jadi sama-sama la kita bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Walaupun penat tetapi masih ada masa untuk kita berehat kerana telah Allah jadikan malam itu untuk hambanya berehat serta menenangkan hati dan fikiran. Mungkin ramai yang merasakan pertukaran siang dan malam itu perkara biasa kerana ia berlaku tanpa kita sedar tetapi bagi insan yang berfikir, sesungguhnya terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah.










