Posted by corniche | Posted in Cerpen, Motivasi, Tazkirah | Posted on 09-06-2010
*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, A – Anata*
Kusut
A: Aku tak sangka dia sanggup buat macam ni
B: Kau apsal?
A: Perempuan memang semuanya macam tu ke? Memang suka mainkan orang ke?
B: Wei nih apesal tetibe..?
A: Aku dengan dia dah break
B: …
A: Selama ni aku dah cuba nasihat dia. Dia pergi clubbing.. dia minum arak.. aku benci semua tu. Kenapa dia tak nak berubah??
B: … (terkedu)

Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 05-06-2010

Menggapai Bintang
Kerap kali mendengar ungkapan Bekas Presiden Sukarno “ Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit” , kini ungkapan itu kedengaran biasa-biasa sahaja. Cita-cita itu ada, namun untuk apa digantung setinggi itu sedangkan, ku tahu mustahil sekali untuk ku gapai bintang di langit. Hanya yang boleh di lakukan, hanya merenung bintang-bintang tersebut lalu terpaku dek kerlipan dan kemilaunya.
Namun, itulah tabiat dan perbuatanku. Selalu menggantungkan cita-citanya di langit. Suka melakukan sesuatu yang orang katakana mustahil Mustahil itulah cabarannya. Namun, terkadang kita kecewa dalam usaha menggapai cita-cita itu. Namun, benar, yang penting adalah untuk menggantungkan cita-cita setinggi langit. Andaipun kamu tidak mampu menggapainya dan hanya mampu merenungnya, sekurang-kurangnya kamu merenung dan mendongak keatas, bukan ke bawah. Ia cukup untuk melonjakkan diri kita untuk mendaki lebih tinggi.
Saat membelek buku-buku sirah nabawiyah, berkisar tentang Peperangan Badar yang sangat terkenal, terbaca lembaran cerita pembunuhan Abu Jahal. Kisah pembunuhannya, ibarat menggapai mimpi dan bintang. Mari kita soroti kisah penuh inspirasi.
Read the rest of this entry »
Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Ibadah, Motivasi | Posted on 03-06-2010
Kepentingan berorganisasi dalam Islam dapat kita lihat dan pelajari bukan saja dari pengalaman kita, tetapi kita boleh juga mempelajarinya dari solat yang kita lakukan saban hari. Ajaran berorganisasi dari solat berjemaah dapat dicerminkan melalui pembentukan saf yang harus rapi dan teratur. Perbuatan kita dalam solat sebenarnya dapat kita ambil pengajaran untuk kita belajar mengenai kepentingan berorganisasi:

Niat solat berjemaah
Kalau kita mahu solat berjemaah, kita mesti la harus mempunyai niat berjemaah untuk solat yang sama. Kalau tak, apa guna kita solat berjemaah kan? Sama la juga dengan dalam organisasi, untuk mengemudi sesebuah persatuan, ia harus didasari oleh niat yang sama kerana kita akan merealisasikan cita-cita yang sama.
Menurut Aileen Mitchell Stewart dalam bukunya Empowering People, beliau menyatakan bahawa visi yang dimiliki bersama lebih bernilai daripada sekadar mencari rumusan misi jangka pendek.
Read the rest of this entry »
Posted by marang merapu sekunder | Posted in Motivasi | Posted on 19-05-2010

Tahukah Anda?
Siri 1 ~ Angan-angan
Angan-angan, salahkah kita berangan-angan?
Jika ditanya kepada semua yang telah berjaya hari ini, mereka berjaya dengan adanya angan-angan. Angan-angan untuk menempatkan diri di persada kejayaan, mengimpikan kecemerlangan dalam kehidupan dan meletakkan diri pada mercu kebahagiaan. Tentunya jika angan-angan itu disalurkan kepada jalan yang betul, pasti angan-angan dapat membantu kita mengenalpasti potensi, arah tuju dan peluang untuk merealisasikannya.
Angan-angan, masih salahkah kita berangan-angan?
Tahukah anda siapakah Mat Jenin? Suatu kisah dongeng rakyat yang dikaitkan dengan sifat suka berangan-angan. Mat Jenin dikisahkan berangan-angan membeli ayam, itik, kambing dan lembu hasil upahnya memetik kelapa. Hasil ternakan yang semakin meningkat tahun demi tahun mahu dibuatnya modal ternakan yang lebih banyak lagi. Cita-cita akhir Mat Jenin adalah untuk menjadi kaya dan seterusnya berkahwin dengan anak raja.
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 14-05-2010

The Road Not Taken
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Read the rest of this entry »
Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 08-05-2010
Assalamualaikum wrt wbt
Sekadar ingin berkongsi satu lukisan yang pada saya begitu mengusik perasaan..semetelah peperiksaan bakal menjelma dan perasaan tidak sabar bertemu keluarga di Malaysia semakin berkobar-kobar (read: homesick)

Read the rest of this entry »
Posted by Fares Audah | Posted in Akademik, Motivasi | Posted on 29-04-2010

Belajar Bukan Untuk Periksa…
“Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri…”
Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan. Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?
Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)
Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di ‘istiqamah’ kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai ‘mentaliti mangsa’ – suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.
Read the rest of this entry »