Atap Hijau Rss

Titik Kelemahan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 02-09-2010

Titik Kelemahan

Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.

Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.

Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut.

Read the rest of this entry »

Malu Kerana Gagal?

2

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Motivasi | Posted on 19-08-2010

Dua bulan sudah keputusan peperiksaan musim panas dikeluarkan oleh pihak universiti . Ada yang melompat kegembiraan atas keputusan yang cemerlang, ada yang sujud kesyukuran atas kurniaan Yang Esa dan ada yang bersedih hati seolah-olah bumi sudah menjadi begitu sempit.

Bagi yang lulus peperiksaan, sesi akademik baru akan menjelang tidak lama lagi. Bagi yang gagal, sudah semestinya degupan jantung makin laju kerana peperiksaan musim luruh hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Masa makin sedikit tetapi jumlah bahan yang perlu ditelaah bertambunan. Kadang-kadang pasti rasa ingin mengalah.

Kita selalu membacakan zikir ini pada akhir solat. Ayat 256 surah Al-Baqarah.

Maksudnya : ” ….Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”


Read the rest of this entry »

Tips Cemerlang Oprah Winfrey

0

Posted by kalam hamba | Posted in Motivasi | Posted on 30-07-2010

Suatu tabiat saya yang masih tidak dapat saya tinggalkan iaitu menonton televisyen. Antara rancangan yang selalu menarik minat saya adalah Oprah the Show. Dalam salah satu siri tersebut, Oprah ada kongsikan 4 tips untuk menjalani kehidupan yang cemerlang dan berjaya.

1. Take a minute a day to listen to your spiritual voice

Beliau menyeru kita agar meluangkan satu minit setiap hari untuk kita diam seketika dan membenarkan hati kita berkata-kata. Ia dicadangkan dibuat pada waktu pagi sebaik kita terbangun daripada tidur. Lagi pula, saat inilah saat yang terbaik untuk kita muhasabah dan merangka hari baru kita agar lebih baik daripada apa yang telah kita lakukan pada hari semalam.

Pakar motivasi selalu menyatakan bahawa mulakan hari anda dengan senyuman, agar perjalanan pada hari tersebut akan sentiasa positif. Percayalah, sekiranya pagi kita dimulakan dengan sesuatu yang negatif ie kemarahan, kesedihan, kemalasan itu bermakna kita telah kehilangan keseluruhan  hari tersebut.

Oleh itu, ingatlah untuk luangkan satu minit setiap pagi untuk mendengar naluri / suara positif diri kita
Read the rest of this entry »

Dyslexia

4

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Motivasi | Posted on 03-07-2010

Q  berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca, but it just never gets easier.  Dia tahu dia pandai tetapi kenapa dia tak boleh membaca seperti kanak-kanak lain?  Q sebenarnya mempunyai masalah dyslexia.  Dyslexia merupakan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sebahagian kanak-kanak.  Mereka akan mempunyai masalah membaca dan mengeja, somewhat we call it word blind.  Setelah belajar subjek Neurology, saya diajar yang orang yang mempunyai dyslexia mempunyai masalah di arcuate fasciculus (bahagian dalam otak yang menghubungkan dua bahagian yang terlibat dengan language input dan language output).

Ini kisah seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun.  Seorang yang begitu dekat di hati saya.  Q dilihat mempunyai masalah dalam pembelajarannya sejak dari tadika lagi.  Pada mulanya, saya dan keluarga menyangkakan itu adalah perkara normal bagi kanak-kanak, namun sehingga tamat tahun 1, Q masih lagi tidak boleh membaca.  Saya sudah berkira-kira di dalam hati yang Q mungkin dyslexic, melihatkan beliau selalu menulis huruf d dan b terbalik.  Tapi, saya tahu itu sahaja tidak cukup untuk membuktikan beliau bermasalah.  Sebelum ini pun, saya hanya tahu orang dyslexic mengalami keadaan “terbalik”.

Bila Q semakin membesar, bukan sahaja gaya tulisannya terbalik, pendek kata hampir semua “terbalik”.  Dari percakapannya, perbuatannya, dan sebagainya.
Read the rest of this entry »

Cemerlang Dunia & Akhirat. Bagaimana?

0

Posted by Fares Audah | Posted in Akademik, Motivasi | Posted on 28-06-2010

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang dunia dan akhirat? Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa kerana kerja yang dilakukan dengan sambil lewa tidak akan membuahkan hasil yang hebat.

Read the rest of this entry »

Hadiah Dari Atuk

1

Posted by hikari189 | Posted in Motivasi | Posted on 23-06-2010

*picture from www.cyrusphotography.com.my*

Lewat petang itu, selesai kerja-kerjanya di bendang seperti kebiasaannya selalu, atuk duduk disampingku meneruskan kegemarannya yang satu itu. Mencari sedikit ruang, sekelumit masa dari cebisan usianya untuk menenangkan fikirannya. Menatap langit Tuhan.  Langit luas lagi kebiruan. Langit ajaib tertegak tanpa tiang. Sambil menghayati kicauan unggas-unggas pulang ke sarang, setelah lelah seharian membanting tulang mencari sesuap nasi buat keluarganya.

Dan ternyata aku insan beruntung. Kerana selalunya, akulah yang pasti ada ruang untuk berteleku di sisinya di saat itu. Saat berharga yang pasti.

Read the rest of this entry »

Cinta…Tidak Harus Memiliki

12

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Baitulmuslim, Miscellaneous, Motivasi | Posted on 15-06-2010

Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

Read the rest of this entry »

D.I.A