Siapa yang dah menonton ‘Syurga Cinta’, sebuah filem arahan Ahmad Idham? Mesti masing-masing masih ingat dengan kelincahan Hadziq dalam filem tersebut. Dan tidak kurang mereka yang memuji Cikgu Syuhada yang dilakonkan oleh Heliza AF, yang dikatakan seorang cikgu yang Islamik yang menunjukkan contoh yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan Awal Asyaari sehingga pemuda tersebut berjaya dibawa kembali ke pangkal jalan yang berlandaskan Islam.
Namun, secara peribadi saya tidak berapa gemar atau setuju sekiranya Cikgu Syuhada diagungkan sebagai role model dalam menjalani hubungan ‘couple yang menjaga’. Ya, ada perkara-perkara positif yang ada dalam diri Cikgu Syuhada, tapi tidak perlulah kita terlalu menggemburkan watak ini sehingga terlihat seolah-olah cara pasangan ini adalah cara yang terbaik dan dianjurkan oleh Islam.
Walau bagaimanapun, mesej utama yang ingin disampaikan melalui filem ini amat bagus.Kesungguhan Irham untuk berusaha kembali ke jalan yang diredhai Allah setelah lama lalai dan terleka dengan kseronokan dunia, diburukkan pula dengan institusi keluarga yang amat rapuh dalam pendidikan islami adalah suatu mesej yang amat baik. Ia disampaikan dengan cara yang cukup baik, malah dimantapkan dengan lakonan Awal Asyaari yang penuh penghayatan.
Boleh baca ulasan Ustaz Hasrizal di blog beliau.. SINI
Di bawah saya kongsikan suatu artikel tentang wanita yang membuatkan saya tidak berkenan dengan perwatakan Cikgu Syuhada yang dicipta oleh Penulis skrip Syurga Cinta ini.
——————————————————————————————————————-
Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit. Maka jika mata suka memandang kepada sesuatu yang cantik dan indah, telinga pula amat gemar mendengar suara yang merdu dan manja. Fitnah yang ditimbulkan suara tidak terbatas kepada suara para penyanyi wanita sahaja, tetapi boleh juga timbul dari suara semua wanita. Hatta dalam solat, berhadapan dengan Allah pun, tidak diharuskan wanita mengangkat dan meninggikan suara sekiranya imam solat tersalah, tapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita ditakuti mengganggu kekhusyukan solat orang lain.
Read the rest of this entry »