Atap Hijau Rss

Failte Freshers 2011!

0

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 25-09-2011

Dear Freshers,
Welcome to Ireland and A Big Congratulations to all of you!! Yes, you’ve made it so far!
PPMC, PPIMI and PPIMG brings you the most desired freshers camp, FAILTE FRESHERS 2011!!
You’ll get transported to an authentic medieval fortress and feel like royalties. An experience not to be missed!
1. A 1 day trip to a gorgeous fortress even finals years might not have reached at a discounted price!
2. There’s at least a 4 hr journey that separates Cork from Dublin from Galway from Belfast… So where else can you find an event that reunites friends across Ireland??
3. Think it’s just a fun leisurely stroll down ancient roads? Think again. There’ll be games along the way that will challenge you physically and mentally. Double the fun
4. Your Excellencies, the seniors are at your disposal on that day. Create your network and dig up their experiences that enables them to survive studying in Ireland.
There’s more?

Read the rest of this entry »

Dimana Syurgamu Wahai Suami?

1

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 17-09-2011

Dimana Syurgamu Wahai Suami?

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya,

“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.
Read the rest of this entry »

Etika Berdialog Dalam Islam

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 14-09-2011

ETIKA BERDIALOG DALAM ISLAM

Firman Allah S.W.T.:

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.” (Maksud Surah Ibrahim 14: (24)-26).

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.” (Maksud Surah al-Furqaan (25):72).

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat:. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):83).

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Maksud Surah al- Isra’ (17):36).

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Maksud Surah al- Hujurat (49):1).

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Maksud Surah al- Nisa’ (4):59).

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Maksud Surah Ali ‘Imran (3):159).

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Maksud Surah al-Nahl (16):125).

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mreka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” (Maksud Surah al- Taubah (9):6).

“Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).” (Maksud Surah al-Ghasyiyyah (88):22).

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):256).
Read the rest of this entry »

Selamat Menyambut Ramadhan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 29-07-2011

Konsep Atau Falsafah Islam Tentang Pendidikan

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 09-07-2011

KONSEP ATAU FALSAFAH ISLAM TENTANG PENDIDIKAN

Firman Allah S.W.T.:

“Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Maksud Surah al-Ra’d (13):19),

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima Al-Quran)? (Maksud Surah Muhammad (47):24).

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Maksud Surah al-Syams (91):9-10).
Read the rest of this entry »

Threatening to Replace the Believers With Another People if They Revert from Islam

1

Posted by Saladin Safi | Posted in Al-Quran, Miscellaneous, Tafsir | Posted on 04-07-2011

(54. O you who believe! Whoever from among you turns back from his religion (Islam), Allah will bring a people whom He will love and they will love Him; humble towards the believers, stern towards the disbelievers, fighting in the way of Allah, and never fearing the blame of the blamers. That is the grace of Allah which He bestows on whom He wills. And Allah is All-Sufficient for His creatures’ needs, All-Knower.) (55. Verily, your Protector is Allah, His Messenger, and the believers, those who perform the Salah, and give Zakah, and they bow down.) (56. And whosoever takes Allah, His Messenger, and those who have believed, as protectors, then the party of Allah will be the victorious.)
Read the rest of this entry »

The Messenger’s Way

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Al-Quran, Miscellaneous, Tafsir | Posted on 17-06-2011

(108. Say “This is my way; I invite unto Allah with sure knowledge, I and whosoever follows me. And Glorified and Exalted be Allah. And I am not of the idolators.”)

Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group