Atap Hijau Rss

Happily Ever After-The Sequel

0

Posted by laniaz | Posted in Miscellaneous | Posted on 04-03-2011

In my previous entry, I sounded like someone who does not believe marriage will bring you happiness, right? Or worse, I sounded like someone who does not believe in marriage at all. Thankfully, it’s the total opposite of that. In fact I plan to marry earlier, rather than later. Maybe next summer perhaps? :P

What i am trying to tell you in the previous entry is that marriage is not a guarantee of a blissful life. It is a start to a life where all the problems that you and your partner face are now shared with each other. It is HOW you deal with the problems that will steer you towards either a happy life or an unhappy one.
Read the rest of this entry »

Metodologi Da’wah Mengikut al Quran.

0

Posted by laniaz | Posted in Miscellaneous | Posted on 27-02-2011

Apa itu Dakwah?

Berasal dari perkataan da’a yad’u bermaksud mengajak/menyeru. Dai’e adalah penyeru. Mad’u adalah orang yang diseru/sasaran dakwah.

Apakah dalil menyuruh kita berdakwah?

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah)!” Fussilat : 33
Read the rest of this entry »

Persoalan Sebuah Perkahwinan

5

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 24-02-2011

Persoalan Sebuah Perkahwinan

Bila kita membuat keputusan untuk berkahwin, mesti kita buat keputusan dengan ‘purpose‘. Takkan la tetiba orang tuh bangun pagi tetiba rasa ‘eh nak kahwin laa hari nih‘. Mesti tak kan. Sebab kahwin bukan untuk sehari, tetapi untuk seumur hidup, pasangan yang akan kita bawa sampai ke syurga. Dari pasangan itulah kita nak zuriat yang mendoakan kita bila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita NAK berkahwin, dan kenapa kita KENA berkahwin.

Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang secara general seperti memerlukan teman hidup, fitrah manusia, untuk mendapat anak, sunnah nabi dan etc. Tapi setiap orang pun mesti ada specific ‘reason‘ kenapa dia nak berkahwin dan kenapa dia kena berkahwin.

NAK berkahwin dan KENA berkahwin adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang NAK berkahwin, tetapi NAK berkahwin tidak ‘justify’ kenapa kita KENA berkahwin. Sama la kenapa kita NAK makan, mungkin sebab kita lapar, sebab makanan tu sedap atau itu makanan kegemaran kita, tapi kita KENA makan sebab kita nak kena hidup.
Read the rest of this entry »

The Hadith Regarding The Best Place for Women To Pray

0

Posted by laniaz | Posted in Miscellaneous | Posted on 21-02-2011

I remember when i was a child, i used to read a hadith about the best place for women to pray is at home. However, the content of the hadith somehow made me feel unsettled. There was a niggling uncertainty in me about the hadith; especially the action fo the woman concerned in the hadith. However, being the Muslim that i am , i put the uncertainty away.

However, it seems that i am not the only one with the uncertainty. Shaykh Muhammad Al Ghazali in his book, The Sunna of the Prophet: People Of Fiqh vs People of Hadith refuted this hadith; saying it is tenuous. This is the excerpt of his refutation on the hadith.
Read the rest of this entry »

Memimpin Bersama Islam

0

Posted by bali_765 | Posted in Miscellaneous | Posted on 19-02-2011

Penulis ingin memulakan tulisan ini dengan doa supaya Allah terus memberikan kekuatan kepada rakyat di timur tengah agar mereka terus gagah menelusuri hari-hari yang mendatang demi menuntut keadilan untuk rakyat di timur tengah. Ya Allah, bantulah mereka.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Memetik firman Allah didalam surah an-nisa, ayat 75:

Maksudnya: Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela golongan yang lemah, baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak yang berdoa “Wahai tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (mekah) yang penduduknya zalim. Berilah kami pelindung dari sisi-Mu dan berikanlah kami penolong dari sisi-Mu (an-nisa: 75)
Read the rest of this entry »

Iqra!

0

Posted by cik S | Posted in Miscellaneous | Posted on 18-02-2011

Kadang-kadang kita harap kawan baik kita yang bukan islam jadi orang islam ,tapi kita bukan Tuhan untuk tentukan sapa yg patut jadi islam @ tak. Semuanya urusan Allah jadi biar Allah yang tentukan, sebab hanya Allah yang lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk dipilih jadi seorang islam atau tak.

Jadi bila ada kawan-kawan yang mungkin tidak dibuka hatinya kepada Islam, jangan bersedih,kerana pasti ada sebab Allah tidak memilih dia. Jangan cuba nak islamkan sesiapa sembarangan kalau tak cukup persiapan, kadang-kadang dalam kita cuba menarik seseorang kepada islam, kita lupa sebenarnya Allah yang menarik dan membuka pintu hatinya untuk menerima ajakan kita kepada islam. Akhirnya,dalam kita cuba menarik mereka,mereka menolak kerana cara kita yang mungkin terlalu ‘kuat’ menarik mereka kepada islam.

Sentiasa ingat yang kita bukan Tuhan. InsyAllah hati kita akan lebih tenang menerima hakikat bila kita melihat kawan yang kita fikir sesuai jadi orang islam tidak memeluk islam walau macam mana baik sekalipun sikap mereka terhadap kita & orang sekeliling.

Berdoalah selalu agar dibukakan pintu hatiNya, kerana itulah sebaik-baik usaha terakhir kita – jika tidak dapat ubah dengan ‘tangan’, ubah dengan ‘lidah’ tapikalau masih tidak dapat mengubahnya, ubah dengan ‘hati’ iaitu berdoa sepertimana Rasulullah SAW pernah mendoakan semoga keturunan selepas mereka-mereka yang telah banyak menghina & menyakiti Rasulullah SAW memeluk islam.

Kasihnya Rasulullah pada kita hingga tak membenarkan sesiapa mahupun Malaikat sendiri yang dah bersiap sedia untuk memusnahkan umatnya ketika itu dari menghancurkan kita sebagaimana umat terdahulu.

Bayangkan jika Rasulullah berputus asa sepertimana beberapa Nabi/Rasul terdahulu, bukan bermaksud untuk berkata buruk tentang mereka tetapi mengingatkan betapa bertuahnya kita mempunyai Rasulullah SAW sebegini bukan?

Jika dia tidak pernah putus asa dalam menyebarkan Islam, apatah lagi kita umatnya? Sebarkan walau satu ayat, tuntutlah ilmu walau ke negeri cina, semua tu pernah dipesan oleh Rasulullah

Tapi ingat,sebelum kita berdakwah, persiapkanlah ilmu di dada, pelajarilah pelbagai ilmu agama mahupun  subjek-subjek seperti sains,matematik dan sebagainya agar bila tiba masanya,kita gunakan ilmu yang dipelajari ke jalan Allah, menggunakan akal dan hati untuk membuka hati mereka yang ‘buta hati’ , bukan orang islam sahaja ya yg kita patut ‘sampaikan’.

Sepertimana yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis yang saya hadiri baru-baru ini,  beliau mengingatkan umat islam untuk kembali ‘membaca’ iaitu dengan memetik ayat pertama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW iaitu “Iqra!”.


Read the rest of this entry »

Aduhai Mesir : Gajah Depan Mata

0

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 15-02-2011

Aduhai Mesir : Gajah Depan Mata

Kebangkitan kuasa rakyat yang inginkan perubahan sering mendapat perhatian masyarakat. Akhirnya, rakyat kembali menunjukkan kuasa mereka yang selayaknya. Setelah berdekad lama kuasa rakyat ditindas namun kini ia kembali marak membakar api perjuangan mendapatkan sebuah keadilan.

Mata yang melihat dapat menyaksikan api amarah menjulang kelangit. Hati yang menilai dapat merasakan semangat yang berkobar. Akal yang berfikir dapat mencerna kebobrokan kepimpinan yang culas dan zalim.

Kisah kebangkitan rakyat terlipat kemas dalam lipatan sejarah, hanya perlu diselak lembaran itu dan dinilai. Namun, tidak perlu kau pandang jauh-jauh, hanya perlu kau intai dekat-dekat. Lihatlah kisah kebangkitan rakyat ditanah air mu sendiri terlebih dahulu. Fahamilah perjuangan ditanah air mu sendiri. Hayatilah erti perjuangan islam di hadapanmu sendiri. Sorotilah kisah perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman sekularisme,sebuah kezaliman dalam bentuk yang tidak nyata, tapi cakarannya cukup kuat untuk menghakis iman dan islam.
Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau