Atap Hijau Rss

Bakhil?

0

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Hadith | Posted on 12-10-2010

*Image from Deviantart*

Hati kita dilanda kebimbangan jika orang disekeliling kita mengatakan kita kedekut apatah lagi bakhil. Hal ini adalah kerana “bakhil” disinonimkan dengan konotasi negatif yang penulis kira difahami oleh semua orang.  Sukalah untuk penulis berkongsi satu hadis sumber dari Husain bin Ali r.a.memberitakan Rasulullah saw pernah bersabda..

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atas ku.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi: Sahih)
Read the rest of this entry »

Ramadhan Dirai, Syawal Dinikmati : Part 1

0

Posted by Ailurophilia | Posted in Hadith, Ibadah, Wish | Posted on 07-08-2010

Tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sudahkah kita bersedia? Bersedia untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan pada bulan yang istimewa ini. Bagi sebahagian daripada kita, ada yang hanya mampu meluangkan masa yang singkat untuk beribadat pada bulan Ramadhan bagi tahun ini bersama keluarga tercinta, dan seterusnya meraikan keistimewaan bulan ini di perantauan. Walau di manapun kita berada, semoga kita dapat berlumba-lumba mengejar keredhaan Allah melalui ibadat-ibadat yang dikhususkan pada bulan Ramadhan.

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”


Read the rest of this entry »

War: Jalan ke Syurga

5

Posted by corniche | Posted in Hadith, Wish | Posted on 03-05-2010

…Final Exam May 2010…

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah saw bersabda :

Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Tidak ada orang berkumpul bersama di salah satu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka sendiri, kecuali ketenangan yang turun ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka, serta Allah sebut-sebut mereka pada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

[Riwayat Muslim]

Seluruh Crew dan Warga Atap Hijau ingin mengucapkan

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEMOGA KITA SEMUA DIKURNIAKAN KEJAYAAN YANG TERBAIK DARI ALLAH SWT

Sepohon Iman Yang Bertapak Kukuh

4

Posted by amrullah | Posted in Akidah, Hadith, Tazkirah | Posted on 02-02-2010

Semasa kecil dahulu, seringkali terdengar orang-orang di sekeliling menyebutkan, “kebersihan itu sebahagian daripada iman”, ataupun “sabar itu separuh daripada iman”, tetapi tidak pernah mengerti apakah yang dimaksudkan dengan iman pada usia muda sebegitu.

Masuk ke alam persekolahan, ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam berulang-ulang kali menerangkan bahawa iman itu ialah kepercayaan, yakni meyakini dengan hati, berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan, perlu hafal katanya, nanti akan ditanya semasa peperiksaan.

Banyak lagi perumpamaan yang menggunakan perkataan iman, menunjukkan signifikasinya iman dalam kehidupan seorang Mukmin. Iman yang kukuh di dalam diri akan menghasilkan taqwa yang mendalam kepada Allah SWT. Iman umpama sepohon pohon, untuk ia tumbuh dengan subur, memerlukan kepada akar yang kuat, dan akar ini perlu dibajai oleh aqidah yang sahih dan ibadah yang konsisten. Barulah pohon tersebut dapat membuahkan taqwa.

Rasulullah saw pernah meninggalkan lima wasiat berkenaan kaedah untuk menjadi orang yang sempurna imannya.

Read the rest of this entry »

7 Golongan Yang Dapat Naungan Di Akhirat

0

Posted by corniche | Posted in Hadith, Tazkirah | Posted on 04-01-2010

Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.

Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

di-padang-pasir

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:

Read the rest of this entry »

Cuti-Cuti Musim Salju

0

Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Dakwah, Hadith, Ibadah | Posted on 13-12-2009

CUTI musim sejuk menjelang lagi bagi rantau Eropah dan yang sewaktu dengannya. Kedinginan musim sejuk seakan-akan dilupakan sebentar oleh kehangatan dan keterujaan untuk bercuti. Bila lagi, inilah masanya untuk melancong, jalan-jalan cari angin.

Ke manakah destinasi utama percutian anda? Turki? Mesir? Sepanyol? Itali? Perancis? England? Melanconglah ke mana pun, semuanya adalah bumi Allah jua, tidak terkurang walau seinci pun.

“Katakanlah, milik siapakah apa yang di langit dan di bumi? Katakanlah, milik Allah.Dia telah menetapkan kasih sayang pada diriNya.Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi.Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.”

Surah al-An’am: 12

Cuti-cuti juga, namun lebih indah lagi jika ia diberkati dan mengikut garis panduan agama kita. Jadi, bagaimana nak menjadikan melancong sebagai satu ibadah?

Read the rest of this entry »

Apabila Lembu dan Kambing Berbicara

1

Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Hadith, Ibadah, Sejarah | Posted on 28-11-2009

Buat insan yang budiman,

“If you have much, give of your wealth; if you have little, give of your heart”

Hari ini kami; lembu dan kambing ingin berbicara tentang pengorbanan. Lalu kami mulakan dengan sepotong pepatah Arab di atas. “Give of your heart” itu bukanlah bermaksud memberi hati kita pada orang lain, tetapi memberi kebaikan yang ada dalam hati kepada orang lain. Ada orang yang lebih tinggi kemuliaannya dengan mendermakan hatinya kepada insan lain.Bukan mudah nak menyerahkan sebahagian daripada organ dalaman kita kepada orang lain, nak dermakan sedikit darah pun susah.Sifat sedia berkorban perlu ada dalam diri setiap insan.Walaupun hanya pengorbanan yang kecil, ia tetap satu pengorbanan, kerana perkara yang kecil bagi kita mungkin tampak besar di mata orang lain, apatah lagi pada pandangan Allah.

Hari ni juga lembu dan kambing nak ucapkan salam Aidiladha buat semua umat Islam.Masa lembu kecil dahulu, selalu dengar orang bercerita, “Lembu korban ni, semalam dia mimpi pakai rantai emas di lehernya.” Lembu pun seronoklah, siapa tak suka kalau dapat hadiah rantai emas,mati hidup semula pun lembu sanggup dikorbankan untuk kali kedua.Rupa-rupanya kisah itu hanyalah dongengan semata-mata.

Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group