Atap Hijau Rss

Adabul Ikhtilat fi AtapHijau

4

Posted by admin | Posted in Akhlak, Fikh, Ibadah, Komunikasi, Penulisan, Perbincangan, Sosial | Posted on 31-03-2009


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati…

1. Elakkan berurusan dengan lelaki – Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Read the rest of this entry »

Kisah Cintan-Cintan di Atap Hijau

12

Posted by admin | Posted in Dakwah, Fikh, Sosial, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 02-03-2009

Masih adakah redho Allah dalam percintaan kita?


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

Read the rest of this entry »

Adaabul Ikhtilaf

0

Posted by xfahmix | Posted in Fikh, Komunikasi, Sosial | Posted on 16-01-2009

oleh Abu Anas Fathurrahman bin Dawoed
BA Syariah, Universiti Islam Madinah
Guru Agama, Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah

Pendahuluan
Isu perbezaan pendapat merupakan sunnatullah yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah suatu realiti yang berpunca dari kepelbagaian tahap minda atau keupayaan mental, perbezaan bahasa dan latar belakang, begitu juga dengan persepsi seseorang yang berbeza terhadap sesebuah dalil atau nas. Kesemuanya ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian serta percambahan pandangan dan pendapat.

Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat sehinggalah ke hari ini. Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I’tisom menyebut:

“Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ianya berlaku pada zaman khulafa’ ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain” (al-I’tisom 2/191)

Read the rest of this entry »

Salah Faham Zuhud dalam Masyarakat

3

Posted by admin | Posted in Akademik, Fikh, Ibadah | Posted on 13-04-2008

assalamualaikum

kali pertama ana menulis dalam blog ini. insyaAllah, pada kali ini, ana akan membincangkan sedikit apa itu erti sebenar zuhud. Kita memang tidak boleh manafikan masyarakat kita pada zaman ini mempunyai banyak salah tanggap terhadap perkataan arab itu sendiri. mengambil contoh ‘maksiat’, maksiat yang sering dikaitkan masyarakat adalah mengenai perbuatan percampuran lelaki dan perempuan dan mendekati zina. kita sering kaitkan maksiat dengan perkara tersebut, walhal maksiat itu mempunyai makna yang jauh lagi besar dari itu. maksud maksiat itu adalah derhaka(sila betulkan jika yang lebih mengetahui). maka segala perbuatan yang mendekati kepada derhaka kita kepada Allah SWT, maka itu adalah maksiat. contohnya, sembahyang, perbuatan meninggalkan sembahyang itu adalah maksiat. lihat bezanya maksiat yang sering masyarakat kaitkan , dengan makna sebenar maksiat itu.

Read the rest of this entry »

D.I.A