Atap Hijau Rss

WAR The Series : Alasan Demi Alasan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah | Posted on 17-06-2010

*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, Circle of Influence*

Circle of Influence – Alasan demi Alasan

Jihad itu adalah kesungguhan menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi milik-Nya. Atas sebuah kesungguhan itu, tanggungjawab dakwah juga menjadi suatu jihad yang menuntut sebuah kesungguhan mendalam dalam menyampaikan Risalah Allah dan menyambung perjuangan suci Baginda Rasulullah S.A.W. Dakwah memerlukan kesungguhan kita untuk mempengaruhi manusia supaya kembali kepada jalan Allah. Sungguh tugasan Nabi itu tidak lain tidak bukan hanya untuk menyampaikan, dan bukan di dalam kekuasaan mereka untuk memberi Hidayah. Hidayah itu hanya milik Allah.

Namun, untuk mempengaruhi,  ada dalam ruang lingkup kebolehan manusia. Methodology bagaimana kita mempengaruhi manusia untuk kembali kepada Allah menjadi asbab kepada Hidayah Allah. Maka, kesungguhan untuk mempengaruhi manusia itu yang lebih utama. Jangan kita suka memberi alasan ketidakmampuan kita untuk berdakwah sebagai alasan untuk tidak melakukan jihad ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi seorang ustaz untuk kita menyampaikan kepada manusia. Sikap kita terlalu suka memberi alasan bila datang soal Jihad dan Dakwah. Tidak Mampu? Takut? Lemah? Tidak Cukup? Tidak Suka? Al-Quran telah menjawab persoalan anda.

Read the rest of this entry »

WAR The Series: Bangkitlah Masyarakat

2

Posted by amrullah | Posted in Berita, Concern, Dakwah, Perbincangan, Sosial | Posted on 11-06-2010

*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, R – Ren*

“Minta diedarkan senarai barangan buatan Israel yang perlu diboikot.”

“Rakyat harus berganding bahu boikot barangan Yahudi!”

“Zionis kejam! Syukurlah wira-wira negara pulang dengan selamat.”

Sejak peristiwa serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa sejumlah anggota sukarelawan pelbagai negara baru-baru ini, warga Malaysia seakan-akan tersedar daripada satu lamunan yang panjang. Tiba-tiba sahaja Israel menjadi satu negara yang harus dibalasi kekejamannya. Tiba-tiba sahaja barangan keluaran kaum Yahudi itu perlu diboikot dan tiba-tiba juga rejim Zionis digelar pengganas sejati. Adakah rakyat Malaysia sebelum ini terlalu dikaburi oleh kabus tebal sehingga mereka kurang jelas akan kezaliman yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya ini, hinggalah berlaku peristiwa serangan kapal yang melibatkan rakyat Malaysia, barulah mereka ingin melihat dengan lebih teliti?

Read the rest of this entry »

Jihad di sebalik Perang Khandak

1

Posted by Fares Audah | Posted in Dakwah, Sejarah | Posted on 27-05-2010

Assalamualaikum wrt wbt

Perang Khandak yang juga dikenali sebagai perang Al-Ahzab merupakan antara peperangan (ghazwah) yang terbesar di dalam sejarah islam sehingga nama perang ini dikumandangkan setiap kali takbir raya sama ada Aidilfitri mahupun Aidil Adha. Oleh itu, kemenangan dan iktibar yang berlaku dalam Perang Khandak mestilah difahami oleh kita semua

Bagaimana Perang ini bermula?

Pada tahun ke-5 hijrah, islam di Madinah telah berkembang pesat. Hal ini menyebabkan orang Yahudi tidak berpuas hati lalu mereka merancang untuk memerangi nabi Muhammad dan orang islam di Madinah. Setelah itu bemulalah strategi bangsa Yahudi. Sebahagian tokoh Yahudi daripada Bani Nadir telah menemui pemimpin Musyrikin Quraisy daripada kaum Arab Bani Ghatfan untuk mengadakan kerjasama memerangi Rasulullah. Helah yang digunakan memang ternyata sesat. Pujuk rayu mereka kepada Bani Ghatfan adalah dengan menyatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.  Lantaran itu, mereka telah terpedaya dengan muslihat Yahudi dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyertai perang untuk menghapuskan pengaruh Nabi Muhammad dan islam.

Read the rest of this entry »

WAR : Sebuah Misi Ketenteraan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah | Posted on 16-05-2010

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

Peperangan adalah suatu kepastian. Jalan peperangan telah ditentukan oleh Allah atas semua manusia untuk ditempuhi, sama ada suka mahupun tidak.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)
Read the rest of this entry »

Make Roly A Doctor

0

Posted by Nur Islam | Posted in Akademik, Dakwah, Pengumuman | Posted on 09-05-2010

Assalamualaikum wbt..

This is a Cambodia Relief Mission 2009 independent project carried out by Tengku Nur Atiqah and her sister to collect fund to support a very good friend of Cambodian Relief Mission team, Bro Roly, to continue his study in medicine. They managed to sent him his third allowance out of the collection now. A very good effort worth our support.

If you’d like to contribute, please bank in your contribution to :

CIMB account : 12610000505109
Every cent counts!!! Let’s together make a difference and help shine some light to a deserving person.
Disclaimer – this drive is independent and 100% trust-based. Hanya Allah saksi kepada amal kami.

Here’s the Story about our beloved friend Roly. Taken from MakeRolyADoctor’s Blog.

Read the rest of this entry »

HOPE The Series: Siapa Paling Tinggi?

0

Posted by pinkipinku | Posted in Akidah, Dakwah, Miscellaneous, Motivasi | Posted on 03-04-2010

*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, H – Have Faith*

“Without faith a man can do nothing; with it all things are possible.”
- Sir William Osler

Saya mulakan entri ini dengan memetik kata-kata Sir William Osler seperti di atas. Beliau merupakan seorang Canadian Physician yang terulung suatu ketika dahulu dan terkenal sebagai Father of Modern Medicine. Kalau difikirkan, mengapa beliau mengucapkan ungkapan sedemikian? Saya percaya bahawa beliau menganggap faith ataupun kepercayaan merupakan satu perkara yang wajib ada dalam diri setiap manusia, kerana tanpanya manusia akan lengah, lesu, lemah dan tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan.

Sebagai seorang Muslim, soal kepercayaan atau keimanan adalah suatu perkara tunjang dalam agama yang wajar diberi perhatian. Kita diajar sejak dari kecil lagi untuk sentiasa meletakkan Allah sebagai kedudukan yang paling tinggi dalam kehidupan kita. Tidak ada satu apa pun dalam dunia ini yang layak diberikan kedudukan seperti ini kerana pendek kata, Allah adalah Pencipta Sekalian Alam dan Dialah yang turut menciptakan apa yang berlaku ke atas diri kita.

Read the rest of this entry »

Bagaimana Untuk Kuhampiri Hatimu?

5

Posted by kalam hamba | Posted in Dakwah, Miscellaneous, Penulisan | Posted on 01-04-2010

At-Thoriq ilal Qulub (Jalan menuju Hati) karangan Abbas As-Siisi

Daie yang membuka hatinya untuk hampir kepada Allah swt pasti akan diberikan kemudahan untuk mendekati hati mad’u yang membuka hatinya untuk mendekati Allah swt jua. Maksudnya; prosesnya akan lebih mudah/efektif sekiranya 2-2 pihak membuka hati mereka. Contohnya; macam bluetooth. 2-2 telefon kena on ‘bluetooth’ application untuk menghantar atau menerima sebarang informasi. Telefon A akan searching for bluetooth signal from telefon B. Maka, begitu juga hubungan hati daie & mad’u.

Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group