Atap Hijau Rss

Promo Tahajjud Cinta : The Fallen

2

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah | Posted on 10-01-2012

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

2

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah, Berita, Dakwah | Posted on 02-11-2011

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

Perhimpunan HIMPUN yang dianjurkan untuk mengumpulkan sejutaumat islam di Malaysia bagi mempertahankan aqidah islam oleh NGO-NGO di Malaysia Sabtu lalu mendapat sambutan yang jauh dari jangkaan penganjur. HIMPUN yang mensasarkan seramai 100,000 orang islam untuk hadir hanya dihadiri oleh 5000 orang (menurut beberapa sumber).

Himpun mencetuskan fenomena berikutan isu gerakan Kristianisasi dan serbuan keatas Damansara Utama Methodist Church( DUMC) oleh JAIS atas tuduhan gerakan Kristianisasi terhadap Muallaf. Isu tersebut telah mencetuskan pelbagai respon dari pelbagai pihak samada parti politik mahupun NGO islam.

Fenomena HIMPUN disensasikan lagi oleh beberapa insiden antaranya adalah keputusan Pas untuk tidak menyertainya dibawah bendera Parti Islam Semalaysia namun padamasa yang sama memberikan kelonggaran pada mana-mana ahlinya untuk hadir dibawah kapasiti individu. Selain itu juga ia dihangatkan dengan isu penggantungan Professor Aziz Bari oleh UIAM setelah kenyataan beliau terhadap titah Tuanku Sultan Selangor.
Read the rest of this entry »

Groupthink: Sepakat membawa berkat?

1

Posted by Fira Yusuf | Posted in Dakwah, Komunikasi, Politik | Posted on 28-01-2011

Group Think

“Ada sesiapa yang tak setuju dengan cadangan ana?” Sore memancing pendapat. Semua yang hadir nyenyak dalam diam. Mesyuarat sudah hampir 2 jam berlangsung.

“Diam tanda setuju, jadi kita proceed dengan agenda yang seterusnya” sambung Sore.

Dalam diam itu sebenarnya ramai ahli yang tidak bersetuju atau kurang pasti. Namun demi menjaga keharmonian susana, segala kritik dan saran dilepas buang. Yang tinggal hanya pendapat yang terus menjadi usul tanpa tapisan atau kritikan.

‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’

“Buat apa beli susu low fat nih? Susu ni membazir je beli, baik beli susu full fat lepas tu tambah air, jadi la low fat” Nisa memberi cadangan separuh arahan.

“OK, kak” jawab junior-junior serumah tanda hormat pada kakak senior.

Lebih dari itu tidak nampak logiknya pada ‘arahan’ yang diberi.

‘HORMAT YANG TUA, SAYANG YANG MUDA’


Read the rest of this entry »

Facebook-KING & Facebook-QUEEN

0

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Dakwah | Posted on 03-12-2010

* Nur Islam mendapatkan pandangan dari Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba  berkenaan isu Facebook. Ikuti pandangan untuk anda si Facebook King, dan si Facebook Queen, dalam tips-tips dan adab dalam ber’facebook’ kepada Muslimin dan Muslimat. Tips untuk ber’facebook’ sebagai seorang daei. *


Untuk Anda Si Facebook-KING

Facebook kini sudah berleluasa digunakan oleh ramai orang. Orang Malaysia kalau mengikut kajian memang antara yang paling banyak menggunakan ’social network’.

Dah namapun ‘social’, memang social lah  tujuannya. Untuk mengenal kawan, berjenaka dan sebagainya. Namun,  rugilah kalau bersosial sahaja kalau dah namapun dai’e ye dak?
Read the rest of this entry »

Leadership : From the Story of Prophet Moses

1

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah, Komunikasi, Motivasi, Sejarah | Posted on 20-11-2010

Leadership : From the Story of Prophet Moses

I was very attracted to how John Maxwell form his book People Communicates, But Few Connects, in the conclusion he mentioned about the story of Prophet Moses and  he developed his leadership skill. He mentioned the story of Moses from the Bible, and I searched the Quran for the description of the story of Moses. Here’s what he say.

One of the greatest leaders in human history was Prophet Moses. He led an entire nation of people and relocated them and everything they owned from one land to another. He presented them with a code of Laws. And he handed the baton to another leader who would settle them in their new home.

But Prophet Moses didn’t start out as a great leader. In fact, you can see that he had to grow in every area of his life to be successful.
Read the rest of this entry »

Banggakah Aku Menjadi Muslim?

0

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah, Sosial | Posted on 12-11-2010

Berasa Mulia dengan Ajaran Islam

Ajaran Islam mempunyai kekuatan tersendiri. Umat islam perlu berasa mulia dengan agamanya kerana ajaran islam adalah ajaran yang agung, dibawa oleh seorang nabi yang agung. Gottfried Leibniz di dalam Theodize(1710) memuji Nabi Muhammad kerana menyebarkan agama fitrah untuk manusia sejagat. Pada tahun 1756, Voltaire menerbitkan Essai sur les Moeurs. Didalamnya terdapat sebuah bab berkenaan Nabi Muhammad yang bertajuk de l ‘ Arabie et de Mahomet. Beliau berpendapat, Nabi Muhammad adalah seorang panglima perang yang agung. Hal ini disebutkan di dalam The Globalist (online), dibawah tajuk Islam and Women oleh Dr Muqtedar Khan bertarikh 25 Mei 2003.

Islam adalah contoh dalam aspek kebebasan dan toleransi. Dr. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity dalam baba Dar al Hikmet berkata,

“ Golongan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya pada zaman pemerintahan Islam di Spanyol. Mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib kristian boleh berjalan di jalan-jalan Cordova tanpa ganguang. Golongan Yahudi juga menikmati konsep toleransi agama yang diamalkan dibawah pemerintahan Islam kesan daripada kesan evolusi budaya yang berlaku. Konsep da budaya ini kemudiaanya mereka sebarkan di kawasan ceruk yang tidak bertamadun.”
Read the rest of this entry »

Menderma Sudah Hilang Ruhnya

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Concern, Dakwah | Posted on 02-11-2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tergerak hatiku untuk merencanakan pandangan ini bertitik tolak kepada respons yang diterima semasa memungut sumbangan kepada pembinaan Cork Islamic Centre. Tidaklah aku ingin menyoal keikhlasan manusia jauh sekali merendahkan semangat yang ditunjukkan oleh ramai sahabat-sahabat dalam membantu merealisasikan impian ini.

Aku yakin bahawa semua muslim percaya akan kebaikan yang bakal diperoleh kepada hamba-Nya yang ikhlas dalam membantu mendirikan masjid. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi :’Barangsiapa yang mendirikan masjid, sesungguhnya Allah akan mendirikan rumah untuknya di Syurga’. Banyak lagi dalil naqli yang menceritakan kebaikan bersedeqah dan menginfaqkan harta ke jalan Allah yang kita ketahui

Sejarah yang Perlu Diketahui

Jika diimbau kembali sejarah masjid di Cork, komuniti muslim di Cork terpaksa berpindah masjid beberapa kali. Sejak aku berada di Cork pada tahun 2003, aku sudahpun bersembahyang di 3 masjid. Malah sebelum aku tiba di Cork, komuniti muslim di sini menggunakan rumah sebagai masjid termasuklah rumah di penjuru Riverview Estate yang telah dibakar dan diceroboh. Sebab utama perpindahan lokasi masjid adalah masalah tempat letak kereta. Samada jiran rumah atau gudang yang digunakan sebagai masjid sering kali mengadu tentang hal ini sehingga perpindahan terpaksa dilakukan.
Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau