Atap Hijau Rss

Warkah Buat Embun

4

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Cerpen | Posted on 02-01-2010

Assalamualaikum wbt..

Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam yang ditinggalkan oleh filem tersebut buat penulis. Embun, seorang gadis kampung yang manis, ayu dan sopan santun, namun demi kemerdekaan membebaskan bangsa, beliau bertukar menjadi singa yang mengaum menghambat dan menggigit penjajah. Hari ini, penulis ingin menitip sebuah warkah buat Embun kerana penulis merasa kecewa melihat gelagat manusia yang semakin pudar semangatnya, tidak lagi seperti Embun. Hanya kepada Embun, aku bias meluahkan rasa hati.

Kehadapan Saudari Embun,

Kutitip sebuah warkah cinta bersulam gundah gulana buat kau yang telah lama merdeka, membiarkan kami di generasi baru terjerat, terperangkap dalam sarang penjajahan ciptaan kami sendiri. Dengarlah luahan hati ini wahai Embun, lihatlah kedasar hatiku agar kau bias memahami.

Read the rest of this entry »

A Road To Salvation

0

Posted by Nur Islam | Posted in Cerpen, Tazkiyatun nafs | Posted on 19-12-2009

A Road To Salvation…

 

It seems like Salvation is the only way to live on…

Salvation is the road of happiness…

To free your mind and your soul…

And to let the Only One to guide you…

But it’s gonna be a road full of obstacles…

A road to salvation is what they call… 

Read the rest of this entry »

Eeee BABI!!!!

9

Posted by Umayr | Posted in Akhlak, Cerpen, Ekonomi, Pengumuman | Posted on 13-11-2009

“weyh tadi mase aku nak balik dr town, aku nampak pakcik kedai Mubarak(bukan nama sebenar) ni macam bawak daging BABI masuk kedai dia!!!” kata jeha(bukan nama sebenar)

Read the rest of this entry »

Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 1: Syukur

2

Posted by corniche | Posted in Akhlak, Cerpen, Miscellaneous | Posted on 09-11-2009

Ada satu kisah ni pasal seorang budak yang tak reti bersyukur. Nama budak tu Ahmad. Sebelum exam, dia banyak main. Tak serius. Study tu ada la dua-tiga saat. Lepas tu bila dah buat exam, baru dia cuak gila-gila. Tak lain tak bukan mesti susah nak jawab. Arakian kerana takutkan gagal, Ahmad pun berdoa la bersungguh-sungguh.

Read the rest of this entry »

Sebuah Wajah Tanpa Pengharapan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Cerpen, Concern, Sosial | Posted on 11-08-2009

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

 

Begitulah antara bait lagu Wajah, dendangan Jaclyn Victor yang menjadi lagu tema rancangan Bersamamu. Lirik dan melodinya sentiasa tengiang-ngiang di telingaku. Terkesan akan lirik yang menyentuh kalbu ini, aku melangkah jauh sehingga ke bumi Cambodia untuk menjayakan Cambodia Relief Mission 2009.

Pertama kali seumur hidup, menyertai misi kemanusian sebegini, maka hatiku berbaur rasa. Risau, gembira, sedih semua menjadi satu. Menjejakkan kaki ke Cambodia membuat aku rasa seperti tersungkur jatuh. Entah mengapa, saat ku intai jendela kapal terbang yang semakin mendarat, kulihat ke bawah dan hanya air yang kelihatan di merata-rata tempat menenggelamkan pokok-pokok. ‘Banjirkah di Phnom Penh ini’? bisik hatiku. Rupanya geografi Phonm Penh sememangnya sebegitu..kawasannya dikelilingi sungai yang besar, makanya dari jauh kelihatanya seperti berair.

Kembara ke Cambodia mengajar seribu satu pengalaman hidup, mengingatkan kembali diri yang sedang alpa, menjelmakan rasa keperitan tatkala melihat penderitaan wajah-wajah sugul Cambodia.Melewati kampung-kampung yang didiam golongan Muslim Melayu Champa menimbulkan rasa sayu dihati. Walupun aku sememangnya berasal dari kampung dan membesar di kampung, namun entah mengapa kampung di Cambodia in terasa begitu asing. Rumah-rumahnya rapat-rapat dan binaannya adalah papan, buluh, daun nipah atau rembia. Suasananya jauh berbeza dari kampun di Malaysia yang semakin maju.

Teringat akan peristiwa di suatu petang tatkala aku dan rakan lain beriya-iya untuk pergi ke sebuah kafe dengan lagak ingin meminum Cappucino. Saat menantikan rakan-rakan bersiap sedia, aku mengambil angin petang di sebuah kerusi tempat duduk tepi jalan. Saat itu, bibirku mengukir senyum melihat gelagat anak-anak kecil bermain-main basikal. Namun, apabila mataku terarah kepada seorang budak lelaki berusia 6 atau 7 tahun agak kuyang hanya berseluar pendek, senyum dibibir hilang. Rasa sedih menjengah hati. Anak kecil itu sedang berusaha untuk minum air di pili yang digunakan untuk menyiram tumbuhan. Tidak Berjaya meminum darinya, dia pergi berlari-lari bermain bersama abang dan kakaknya. Ku sedih melihat anak itu kerana kurasakan dia begitu kurus. Jelas kelihatan tulang-tulang rusuknya. Jika di Malaysia anak-anak sebesar itu pasti sehat tubuhnya. Wajah comelnya tetap mengukir senyum walau ku tahu akan keperitan yang terpaksa dilaluinya untuk meneruskan hidup.

Ceritanya tidak tamat hanya di situ, kemudia si kakak berlari menyeberang jalan pergi ke tepi jalan sebelah sana, dan berbicara dengan seorang perempuan yg sedang berbuai di dalam buaian yg diikat diantara pagar bangunan dan pokok. Setelah itu si kakak membasuh kakinya dari sebuah bekas air ( bekas tong cat besar) dan kemudian menggumpal beberapa helai pakaian. Si ibu tadi kemudiannya sibuk menggulung buaiannya. Kemudian si kakak td bersama gumpalan pakaian, bekas makanan mangkuk tingkat, dan beberapa peralatan lain bergerak menyeberang jalan kearah kami dan budak lelaki tadi menyertai mereka. Setelah lama berfikir akan situasi tadi akhirnya aku tersentak apabila menyedari mereka adalah golongan ‘Homeless’ yang tidak berumah. Mereka berpindah randah dengan hanya berbekalkan pakaian lusuh lagi kototr, buaian kain dan juga mangkuk tingkat. Hatiku sebak tiada terkira mengenang wajah anak kecil tadi yang masih lagi mampu mengukir senyum walau kepayahan mendesak di setiap penjuru. Hatiku sayu berkata, wajah anak kecil itu seperti tiada pengharapan di hujung jalan, namun senyum di bibirnya masih ceria meneruskan hari-hari sulit walaupun jelas api kesengsaraan membakar di bola matanya.

Aku masih lagi terkenangkan satu tragedy pada suatu malam ketika sedang makan malam bersama rakan rakan yang lain. Beberapa hari sebelum itu, ketika sedang menjamah makanan dengan ceria dan gembira, kami didatangi oleh anak-anak kecil yg mencuit-cuit belakang badan untuk meminta duit dengan nada simpati. Pastinya hatiku luluh melihat peristiwa tersebut, namun setelah dinasihati oleh seorang doctor yang mengiringi kami bahawa usah memberikan mereka duit kerana ia mungkin digunakan untuk membeli dadah, maka setiap dari kami hanya mampu menahan rasa. Setelah diusir oleh pemilik gerai tersebut kanak-kanak itu pun berlalu. Namun, malam itu suasananya sedikit berbeza. Walaupun hati sudah menjadi sedikit lali dengan ragam anak-anak kecil mencuit-cuit badan ketika makan, malam itu aku benar-benar rasa seperti jatuh terduduk.

Setelah usai menjamu selera nasi berlauk ayam berserta sup ikan, belum sempat kaki bangun meninggalkan meja makan, kana-kanak tadi menerpa meja makan tersebut dan berebut-berebut mengambil tulang ayam sisa makanan kami semua. Tidak cukup dengan itu ada pula yang membawa plastic dan mengambil sup sisa tadi dan dengan muka gembira dan puas mengangkat tinggi sup itu seolah-oleh memberitahu rakan-rakan lain, pastinya malam ini dia akan makan dengan enak dan berselera. Hatiku tersentap bukan kepalang. Sudahlah sisa-sisa makanan itu hanya tinggal tulang, pula lagi bercampur dengan tisu-tisu dan pengcungkil gigi. Namun mata anak-anak itu tidak nampak itu semua, yang ada dalam mata mereka hanyalah tulang ayam goreng yang lazat itu. Benar, aku memang tidak mampu berkata apa-apa lagi. Pagi keesokkannya perkara yang sama berlaku. Hatiku benar benar sebak, sepanjang perjalanan ke kampong untuk meneruskan agenda Mobile Klinik dan Khatan, aku hanya sepi seribu bahasa, memikirkan nasib anak-anak kecik tadi. Terimbas wajah-wajah mereka yang mengukir senyum yang dipahat oleh kedukaan.

Jika hati anda sayu, sedih dan insaf apabila menonton sebuah filem pendek bertajuk ‘Ala Carte’ yang ceritanya berkisar seperti tragedy diatas, pasti anda akan lebih terasa apabila ia berlaku didepan mata kepala sendiri. Selama ini, selesai menonton filem pendek itu, hati syaitan ku berbisik, ‘Aahhhh ini semua hanya rekaan semata-mata untuk menagih simpati, mana mungkin ia berlaku dia dunia realiti yang serba canggih ini’! Ternyata sangkaanku meleset jauh kerana ia benar-benar berlaku dan kali ini aku sendiri menjadi saksinya.

Di Cambodia, aku meneliti wajah anak-anak kecil dan bertanya sendiri, apakah pengharapannya untuk anak-anak kecil ini di kemudian hari?Apakah terus mereka akan hanya menjadi nelayan, dan petani, meneruskan kerjaya yang diperturunkan oleh ibu dan bapa. Apakah ada sinar untuk mereka menjengah sedikit ruang hidup yang lebih selesa. Apakah ada harapan untuk mereka meneruskan pelajaran dengan gembira. Persoalan demi persoalan menerpa di benak. Keadaan mereka daif, pakaian lusuh, kaki melangkah tanpa berkasut, perut-perut mereka buncit berisi cacing, wajah mereka cengkung, dan jelas kelihatan tulang rusuk. Simpati melihat wajah cengkung yang mungkin juga masih tercari-cari sinar pengharapannya dewasa kelak. Tatkala merenung jauh kedalam mata mereka, lahir rasa kasih dan saying. Wujud rasa ingin melindungi tubuh kecil itu, mahu memastika hari-hari mereka penuh gelak tawa, mahu memastikan masa depannya cerah seperti sang suria, namun apakan daya. Kemampuanku terbatas. Aku hanya mempu menyerahkan takdir mereka kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Ya Allah sinarilah pengharapan pada wajah sugul mereka, Suluhkanlah jalan derita itu menjadi bahagia. Amin.

 

Akukah Pejuang Uhud?

2

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Cerpen, Dakwah | Posted on 07-06-2009

Uhud, memahat sejarah, menjadi saksi tumpah darah, membakar harum Syurga bauan Syuhada’. Kisahnya menggamit aku untuk ke sana. Siapa mungkin bisa lupa akan pengorbanan para sahabat yg semangat jihadnya bisa menenggelamkan Uhud. Coretan Uhud masih segar dalam lipatan sejarah. Tatkala membaca lembaran Uhud, rasa mendetik jiwa untuk turut berjihad sama. Namun, apakah masih ada medan Uhud buatku?Aku masih tertanya? Apakah medan Uhud masih terbentang buatku yg sedang leka dalam kealpaan dunia.

Kusingkap helaian kisah Mus’ab Bin Umair. Seorang rupawan dari keluarga bangsawan. Hidupnya dilimpahi kesenangan dan kemewahan, berpakaian terbaik dari sutera sulaman tangan yang membalut tubuh tampannya. Namun, Uhud menjadi saksi merungkai segalanya. Naqib pertama yang dihantar Rasulullah ke bumi Yathrib itu gugur syahid mengejar Jannah. Saat matinya, tiada lagi sutera mewah yg bias menjadi kapan. Sehelai kain hanya cukup untuk menutup wajah ,mendedahkan kaki sehingga meruntun hati suci Rasulullah. Pemuda kacak yang pernah berpakaian terbaik di Kota Mekah itu meninggalkan segalanya demi Islam dan bumi Uhud bakal menjadi saksi kelak akan pengorbanannya menegakkan bendera Islam sehingga kedua tangannya dipotong musuh Allah. Namun, apakah aku bisa menjejaki Pejuang Uhud itu tatkala helaian baju mewah masih membaluti tubuhku sehingga aku lupa bahawa itu hanya semata-mata dunia. Tatkala aku mengejar jenama pakaian terkemuka, melabur wang untuk segak bergaya, aku terlupa akan pengorbanan Pejuang Uhud ini. Pakaian dan perhiasan yang menghiasi tubuh ini membuat aku leka dan alpa. Aku tertanya, apakah masih ada medan Uhud buatku? Ya Allah, seandainya pakaian dan perhiasan ini membuatkan aku lupa dan leka akan tanggungjawabku untuk menegakkan agamamu, membuatkan aku semakin menjauhi rahmatmu, Kau padamkanlah kecintaanku pada pakaian dan perhiasan. Ya Allah, jika pakaian dan perhiasaan ini akan melambatkan aku untuk sampai ke SyurgaMu, Kau hapuskanlah kecintaanku padanya. Ya Allah jika pakaian dan perhiasan ini memberatkan aku tika meniti Titian Sirat, Kau lunturkanlah nafsuku padanya. Read the rest of this entry »

Hadiah Mahkota Perhiasan Syurga Buat Ibu

6

Posted by Nur Islam | Posted in Cerpen, Dakwah, Ibadah | Posted on 19-05-2009

Hidupku serba kekurangan. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, namun kaya dengan kebahagiaan. Hari ini Hari Ibu tiba lagi. Di sekolah kawan-kawan sibuk bercerita dan sibuk membanding-banding hadiah untuk ibu mereka. Ahmad membelikan ibunya seutas jam tangan, Ali menghadiahkan ibunya seutas rantai dan Aminah bercadang membelikan sejambak bunga buat ibunya. Melihat gelagat mereka hatiku sedih dan hiba.

‘Azim, tahun ni kau bagi hadiah apa untuk mak kau’?Aku terpaku sejenak mendengarkan pertanyaan Ali. Belum sempat ku menjawab Cikgu Saadiah masuk ke kelas dan Ali beralih ke mejanya.
‘Hari ini Hari Ibu, maka jangan lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan belikan hadiah untuk ibu kamu’ kata Cikgu Saadiah memulakan bicara.

Hatiku dihambat kecewa dan luka. Setiap tahun apabila tibanya Hari Ibu, aku pasti sedih kerana aku tak punya wang yang cukup untuk membeli hadiah buat ibu. Aku rasa sungguh tidak berdaya. Dihimpit kemiskinan dari segenap sudut, mana mungkin untukku mampu membelikan seutas jam, rantai dan juga bunga buat ibuku.

Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau