Atap Hijau Rss

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

2

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah, Berita, Dakwah | Posted on 02-11-2011

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

Perhimpunan HIMPUN yang dianjurkan untuk mengumpulkan sejutaumat islam di Malaysia bagi mempertahankan aqidah islam oleh NGO-NGO di Malaysia Sabtu lalu mendapat sambutan yang jauh dari jangkaan penganjur. HIMPUN yang mensasarkan seramai 100,000 orang islam untuk hadir hanya dihadiri oleh 5000 orang (menurut beberapa sumber).

Himpun mencetuskan fenomena berikutan isu gerakan Kristianisasi dan serbuan keatas Damansara Utama Methodist Church( DUMC) oleh JAIS atas tuduhan gerakan Kristianisasi terhadap Muallaf. Isu tersebut telah mencetuskan pelbagai respon dari pelbagai pihak samada parti politik mahupun NGO islam.

Fenomena HIMPUN disensasikan lagi oleh beberapa insiden antaranya adalah keputusan Pas untuk tidak menyertainya dibawah bendera Parti Islam Semalaysia namun padamasa yang sama memberikan kelonggaran pada mana-mana ahlinya untuk hadir dibawah kapasiti individu. Selain itu juga ia dihangatkan dengan isu penggantungan Professor Aziz Bari oleh UIAM setelah kenyataan beliau terhadap titah Tuanku Sultan Selangor.
Read the rest of this entry »

Subsidi : Antara Nikmat Dan Derita

1

Posted by Nur Islam | Posted in Berita, Concern, Politik | Posted on 08-01-2011

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan penyelarasan subsidi yang memberi maksud, kenaikan harga- barang-barang tertentu yang mendapat subsidi kerajaan iaitu harga baru Ron95 pada harga RM1.90, diesel RM1.80, gula naik 20sen/kg, dan gas LPG yang berkuatkuasa mulai 4 Disember 2010.

Kenaikan ini sudah pastinya menerima reaksi masyarakat yang berbeza-beza. Ada positif, ada negative. Ada yang menyambutnya dengan tangan terbuka sebagai mekanisma kerajaan memantapkan pengurusan kewangan kerajaan seterusnya untuk memacu negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Namun, ada pula yang melihatnya sebagai satu bebanan kepada rakyat marhean yang terpaksa menanggung bebanan berat akibat kenaikan harga minyak yang menjurus kearah kenaikan harga barang.

Datuk Idris Jala pada pertengahan tahun yang lalu pernah membuat pengumuman bahawa negara Malaysia akan bankrap seperti Greece dalam masa 9 tahun lagi jika negara masih bergantung kepada subsidi. Namun, ramai juga yang mempertikaikan pernyataan tersebut, apabila melihat pemberian subsidi bukanlah sebab utama negara akan mengalami bankrap, namun, ketirisan, rahsuah dan pengurusan ekonomi yang tidak cekaplah yang membawa kepada negara Malaysia menjadi bankrap.
Read the rest of this entry »

WAR The Series: Bangkitlah Masyarakat

2

Posted by amrullah | Posted in Berita, Concern, Dakwah, Perbincangan, Sosial | Posted on 11-06-2010

*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, R – Ren*

“Minta diedarkan senarai barangan buatan Israel yang perlu diboikot.”

“Rakyat harus berganding bahu boikot barangan Yahudi!”

“Zionis kejam! Syukurlah wira-wira negara pulang dengan selamat.”

Sejak peristiwa serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa sejumlah anggota sukarelawan pelbagai negara baru-baru ini, warga Malaysia seakan-akan tersedar daripada satu lamunan yang panjang. Tiba-tiba sahaja Israel menjadi satu negara yang harus dibalasi kekejamannya. Tiba-tiba sahaja barangan keluaran kaum Yahudi itu perlu diboikot dan tiba-tiba juga rejim Zionis digelar pengganas sejati. Adakah rakyat Malaysia sebelum ini terlalu dikaburi oleh kabus tebal sehingga mereka kurang jelas akan kezaliman yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya ini, hinggalah berlaku peristiwa serangan kapal yang melibatkan rakyat Malaysia, barulah mereka ingin melihat dengan lebih teliti?

Read the rest of this entry »

Kedukaan Serumpun

2

Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Berita, Concern | Posted on 07-10-2009

Tatkala negara kita dihangatkan oleh bahang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang bakal menjelang, saudara serumpun kita di negara jiran pula dikelami malapetaka.Gempa bumi yang melanda Padang,Sumatera Barat baru-baru ini telah meragut sejumlah besar nyawa serta meranapkan jutaan harta-benda. Bencana alam ini cukup untuk meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat, mendengar, apatah lagi yang mengalaminya.Namun, penulis percaya bahawa ia bukan sekadar satu fenomena bencana alam, tetapi adalah satu ketetapan Qada’ dan Qadar yang telah ditulisNya.

[gempa+padang.jpg]

Rata- rata pengkaji Al-Quran telah menemui beberapa bukti yang mengaitkan bencana ini dengan kalam Allah, antaranya gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila diselaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , akan ditemui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat-ayat tersebut adalah ayat-ayat azab yang Allah timpakan ke atas penghuni sesebuah negara yang derhaka kepadaNya.Ia seolah-olah satu layangan kad merah kepada hambaNya agar menjauhi perbuatan mungkar,jika tidak, kita akan diarahkan untuk keluar dari ‘’padang Allah’’ ini.

View Image

Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula jika maksiat dan mungkar makin membarah,nauzubillah.

Sungguhpun terdapat beberapa kontroversi seperti tindakan sekumpulan kecil warga Indonesia yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia, dan dakwaan Malaysia menghantar bantuan makanan yang telah luput tarikh,misi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan, demi membantu warga negara jiran ini yang berkongsi budaya daripada rumpunan yang sama.

Tidak ketinggalan, negara jiran Filipina turut diuji oleh taufan tropika Ketsana dan Parma yang juga telah meragut beratus-ratus nyawa dan harta.


Walau apa pun yang berlaku, penulis ingin mengajak semua umat Islam agar merajinkan diri untuk menadah tangan,berdoa supaya mangsa-mangsa ujian ini tabah dan sabar,serta dikurniakan keinsafan untuk memperbaiki kehidupan yang lebih diredhai Allah.Kita di sini juga,janganlah hanya memandang sepi terhadap peristiwa ini,tetapi carilah sudut-sudut iktibar dan kesedaran supaya kita juga tidak termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah.

Wallahualam.

Apabila gadis Amerika yang memelihara aurat berjaya

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Berita | Posted on 03-09-2009

Dipetik daripada blog : n32@blogspot.com

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington DC. Memang Obama bukannya Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelumnya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.

bilqis2

Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.

bilqis

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetukdan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batilitu batil, insyallah.

Berikut adalah laporan dari Jamaah at Taqwa berhubung gadis ini yang boleh dibaca di:

A Muslimah Sister Covered in Glory

Bilqis Abdul-Qaadir walks quietly through the halls of the New Leadership Charter School. She is soft-spoken and polite. The youngest child of a devout Muslim family, the 5-foot-3-inch senior believes in modesty, and is determined not to call attention to herself.
Bilqis cannot help standing out. For one thing, she is the top-ranked student in her class. She wants to study pre-med in college with an eye toward being a cardiac surgeon. “The heart,” she says, “is most interesting to me.”
Then there is her presence on the basketball court, where she is a magnet for the eyes of all fans, and not just because she competes with her legs and arms completely covered beneath her uniform, and with a hijab (or head scarf) over the top of her head. The point guard dazzles every night with a game that is a nonstop whir of creative fury. She darts into the lane against much bigger players, flicking in layups and reverses and hitting teammates with no-look passes. She drains pull-up jumpers and step-back 3-pointers. Despite a steady diet of double-teams and box-and-one defenses designed to stop her, she is averaging, this season, an astonishing 41.3 points per game.
A fifth-year varsity player, Bilqis (pronounced BILL-KEACE) will attend the University of Memphis this fall on a full scholarship and will become the first player at a top tier Division 1 school to compete in full Muslim dress.

Atap Hijau performing at Cork City Council

5

Posted by xfahmix | Posted in Berita, Dakwah | Posted on 18-05-2009

Atap Hijau performed at Cork City Council, Ireland 15/05/09 for a ceremony with Cork Mayor and muslim community here in Cork, Ireland. Jazakallah to Atap Hijau members who have been spending their time training for this performance in the midst of examination weeks.

Atap Hijau

Current News In Malaysia with Just One Click!!

1

Posted by admin | Posted in Berita | Posted on 30-03-2008

Berita baik untuk antum semua. Satu branch baru yg dilancarkan oleh iluvislam.com yg mempunyai semua access kepada berita dengan satu CLICK SAHAJA!! mari kita meningkatkan siasah dengan

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group