Atap Hijau Rss

Kasih Atau Sisih Sayang

0

Posted by Nur Islam | Posted in Baitulmuslim | Posted on 27-01-2013

Kasih Atau Sisih Sayang

Beberapa hari yang lalu saya berpeluang untuk menyertai aktiviti khidmat masyarakat untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman menziarahi pesakit-pesakit dirumah mereka untuk membuat pemeriksaan perubatan ringkas. Banyak pengalaman berharga yang dikutip dari pengalaman yang sebentar cuma. Program yang hanya walaupun sebentar ini banyak mendidik jiwa untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Kasih Sayang

Kami mengunjungi seorang pesakit wanita yang telah mengalami kelumpuhan seluruh badannya terutama dibahagian kiri badan ekoran pembedahan membuang tumor di bahagian kanan otaknya semenjak 12 tahun yang lalu. Namun begitu beliau begitu bertuah mempunyai seorang suami mithali yang setia menjaganya.

Pak cik yang mengiringi kami pada hari itu menjelaskan kekaguman seluruh masyarakat kampung terhadap kesetiaan suaminya yang setia menemani disisi menjaga si isteri dengan penuh sabar.  Boleh sahaja beliau yang masih muda dalam umur sekitar 40an ketika itu untuk berkahwin semula, mungkin lebih bahagia kehidupannya bersama isteri yang baru, namun, beliau tetap memilih untuk setia menemani isterinya.

Saya bertanyakan kepada suami tersebut adakah beliau memeriksa dibahagian belakang pesakit untuk memastikan tiada ‘pressure sore’ akibat dari berbaring terlalu lama. Lantas, Pak cik yang menemani kami memintas menjawab “ Oh, jangan risau doktor, dia jaga isteri dia dengan amat baik”. Suami tadi hanya tersenyum dan berkata “ Dah isteri saya, doktor”. Memang pesakit tersebut dijaga dengan amat baik, kerana ketika menziarahinya tidak langsung terbau bauan yang tidak menyenangkan. Malah, keadaan pesakit kelihatan bersih dan rapi, tanda dia dijaga dengan sangat baik.

Saya juga sempat menjeling kearah beberapa gambar pasangan tersebut yang berada diatas almari, gambar mesra mereka berdua ketika sebelum ditimpa ujian yang berat dari Allah. Mungkin gambar itulah yang mereka tatap bersama mengimbas memori bahagia semalam, sebagai bekal kekuatan menempuh hari esok.

Begitulah setianya si suami menjaga isteri yang telah lumpuh dengan penuh cinta dan kasih sayang. Kasih dan cinta yang moga-moga Allah memberikan keampunan dan menganugerahkan syurga buat kesabaran mereka.

Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)

Sisih Sayang

Namun, lain pula ceritanya seorang mak cik yang mengidap barah payudara dan sedang menjalani kemoterapi sebagai rawatan susulan selepas pembedahan. Dia perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan sesi kemoterapi. Namun, beliau runsing memikirkan bagaimana hendak ke sana kerana tiada pengangkutan. Saudara mara enggan menumpangkan dan memberi pinjam kereta mereka, dan selalu memberikan pelbagai alasan seperti kereta rosak dan sebagainya.

Lebih menyedihkan, anaknya lelakinya sendiri menyisihkannya. Entah dari mana mitos dan fahaman salah yang menguasai fikiran mereka bahawa pesakit tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada orang sekelilingnya. Disebabkan itulah, anak lelakinya sendiri pun menyisihkannya. Berkali-kali beliau bertanya untuk mendapatkan kepastian adakah ia boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain, berkali-kali itulah juga yang tegaskan dan terangkan bahawa ia tidak akan berjangkit.

Mak cik itu juga menceritakan kisah dan pengalaman kawannya yang turut mengidap barah payudara bahawa suaminya sendiri enggang berkongsi tandas denganya, bimbang dijangkiti. Maka, dia membuat tabir baru didalam rumah untuk mengasingkan tandas dan sebaginya bagi mengelakkan jangkitan kononnya.

Parah, sungguh parah. Dari mana mereka mendapat pemahaman sebagitu yang menatijahkan anak menyisihkan ibu, suami menyisihkan isterinya. Sedangkan sepatutnya dalam situasi genting pesakit berusaha melawan penyakitnya, dia memerlukan sokongan dan perhatian dari orang-orang yang disayangi.

Kasih Yang Tersisih

Kasih sayang bukan suatu yang berkekalan. Ia sungguh mudah disisihkan, walaupun ia ikatan darah sekalipun. Entah apa yang melandasi kasih sayang manusia ketika ini. Saat gembira semuanya sayang dan cinta, saat susah pudarlah cinta, punahlah sayang.

Sewaktu menuntut di Ireland dahulu, kerap juga mendengar rungutan sahabat-sahabat doktor yang bekerja, apabila tiba musim perayaan seperti Krismas, anak-anak akan menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke hospital kononnya mereka tidak sihat, walhal, ibu bapa mereka baik-baik sahaja. Sedangkan yang sebenarnya mereka mahu merayakan dan menikmati musim cuti tanpa perlu menyusahkan diri melayan karenah ibu bapa yang sudah tua, yang sudah nyanyuk.

Kisah-kisah teladan ini adalah untuk mengingatkan diri kita apabila tiba saatnya kelak kita diuji Allah, kita mampu teguh dan cinta dan kasih sayang.

Cahaya Untuk Nur Islam

0

Posted by Nur Islam | Posted in Baitulmuslim, Dakwah | Posted on 05-11-2012

*Kita boleh menyuruh anak-anak perempuan kita bertudung litup dan labuh, namun diluar sana, mereka melihat perempuan-perempuan berpakaian seksi mencolok mata, di kaca tv, artis-artisnya berpakaian jauh dari apa yang didengarnya dari ibu dan bapa*

Cahaya Untuk Nur Islam

Alhamdulillah, pengalaman menjadi seorang bapa merupakan suatu pengalaman dan kegembiraan hidup dari anugerah dan karunia Allah yang tidak terhingga. Nur Islam kini telah pun 6 bulan, namun tempoh menjadi bapa telah bermula sementelah Nur Islam masih didalam kandungan lagi, mungkin peranan itu digalas jauh lebih lama sebelum itu, semasa masih bujang. Hakikatnya bagi seorang lelaki, tugas menjadi seorang bapa dan ketua keluarga itu bukan bermula sebaik akad telah dilafaz, namun persediaan dan tuntutannya bermula jauh lama sebelum itu lagi.

Membesarkan seorang anak perempuan merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar tergalas di bahu ibu dan bapa, namun Rasulullah memberikan suntikan motivasi buat ibu bapa yang cemerlang dalam membesarkan anak-anak mereka,

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Menjadi seorang bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik dari segala yang terbaik buat zuriat kesayangan kita. Ibu bapa akan berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Read the rest of this entry »

Saat bergelar raja sehari

6

Posted by happy 3 friends | Posted in Baitulmuslim, Miscellaneous | Posted on 28-10-2011

Credit to wedding photographer http://aminchoc.blogspot.com/

“Berapa ribu hantaran? Berapa dulang semuanya? Pengantin perempuan cantik tak? Pengantin laki kerja apa? Diorang honeymoon kat mana ye?” Allah, soalan-soalan yang sering didengari ketika menghadiri majlis perkahwinan. Kadang-kadang terfikir, adakah masyarakat kita terlalu materialistik ataupun ‘busybody’? Hehe. (Ini bukanlah generalisation, hanya segelintir masyarakat je yang masih berfikiran sebegitu.)

Mengadakan walimah adalah sunat dari segi hukumnya. Acapkali kita mendengar tentang persiapan yang gilang-gemilang oleh bakal pengantin dalam menghadapi hari bergelar raja sehari. Ada yang sanggup berhutang demi mendapatkan majlis perkahwinan yang dianggap sempurna. Ada juga yang kurang mengambil perhatian tentang adat istiadat perkahwinan yang  mungkin bercanggah dengan ajaran Islam. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan oleh bakal pengantin.

Berhias

Islam tidak melarang kita untuk berhias. Cuma, biarlah bersederhana dan menjaga batasan aurat. Dalam hal ini, bakal pengantin perempuan perlu memberikan lebih perhatian.

Kedua-dua pengantin perlulah mengambil tahu batasan syarak dalam berhias, misalnya pengantin lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera, manakala pengantin perempuan pula perlulah menutup aurat dan tidak berhias secara keterlaluan.

Firman Allah Taala dalam Surah An-Ahzab ayat 33 :
Read the rest of this entry »

Nothing you confess, can make me love you less

5

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Baitulmuslim | Posted on 08-04-2011

I’m writing this note so that in future, if I ever forget the sacrifice done by my parents (naudzubillahiminzalik..) , I know that their love for us are infinite..

It was a usual weekly phone conversation with my mum, in fact I was late 2 days than usual to phone her. So today I decided to call her and she was in dyslexic school in Penang. I don’t know if I am too obsessed with ‘dyslexic’ word, but to be honest, I just can’t help myself. The dyslexic child is my sister, whom I love sooo much.  After a few months searching for the best education centre for dyslexic children in Malaysia, my parents finally found one in Penang. Alhamdulillah..at least it was not too far from my house.  My mum was telling me that she decided to enroll my sister into the school.  I was shocked, not because I was ashamed she’ll be in special school, but the fact that Penang and my house is not too short a distance, I was like asking my mum if she is serious about this decision.  She said that if this is the best for my sis, then why not?

At the back of mind, I was imagining the hassle that my parents have to endure if they were to send her there.. having to spend a lot of money on petrol and toll fee, enduring the massice traffic jam in Penang and other ‘perkara remeh’ .. if I were in their shoes, I would not want to place myself into troubles.  My dearest friend once told me that , “I know Yan, you never had a hard time in your life and you won’t bite off more than you can chew.”

Read the rest of this entry »

Happily Ever After

1

Posted by laniaz | Posted in Baitulmuslim, Perbincangan | Posted on 02-03-2011

A lot of people seem to think that being in a relationship is the answer to the life’s most puzzling question, i.e Will I ever find happiness?

We seem to think that, when we get married or when we get together with the person we love, we will achieve perfect happiness and does not have to worry about anything anymore. We think that being in a relationship is the key that opens the door to the elusive world of happiness, which before is inhabited by all the other people, except ourselves. For us, by getting together with the person we love, it will be the imaginary ON switch that automatically gives us the perfectly blissful life.

The sad truth, it is far from all that. Sorry, but the world does not work that way. At least not directly.
Read the rest of this entry »

Cinta…Tidak Harus Memiliki

29

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Baitulmuslim, Miscellaneous, Motivasi | Posted on 15-06-2010

Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

Read the rest of this entry »

Wife Talks, Mother Speaks

1

Posted by admin | Posted in Akhlak, Baitulmuslim | Posted on 06-05-2010

Wife Talks, Mother Speaks

Author : Laniaz

A man marries a woman for four reasons: for her property, for her rank, for her beauty, and for her religion (and character). So marry the one who is best in the religion and character and prosper“. (Bukhari and Muslim)

I am sure all of us have heard this hadith before, and are familiar with it. We are encouraged to look for soleh and musleh woman to be taken as a wife. In deciding to marry a woman, our Prophet s.a.w asked us to give more weight on her piety than all three other characteristics. Yes, i surely agree. We certainly want a wife who is soothing to our heart.

For some men though, we have another criterium that we take into account before we decide on whether we will ask the girl’s hand for marriage. And from my personal experiences, i think this criteria is the most overlooked by women trying to woo their husbands’ heart.

Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau