Atap Hijau Rss

Perjuangan Menuntut Ketaqwaan

1

Posted by Fares Audah | Posted in Al-Quran, Tafsir | Posted on 20-10-2010

Selalu berjuang fisabilillah untuk menegakkan kalimah Allah, agama Allah, tidak dapat dihalangi oleh apa pun,bahkan tidak menghiraukan celaan orang yang suka mencela. Tidak ada sesuatu yang menghalangi mereka untuk melakukan taat, menegakkan hokum, memerangi musuh amar makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah dalam surah Al-maidah:55

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).”

Abu Dzar r.a berkata “aku disuruh oleh junjunganku 7 perkara:

Read the rest of this entry »

Erti Kelembutan

0

Posted by Fares Audah | Posted in Al-Quran, Tafsir | Posted on 05-10-2010

Assalamualaikum wrt wbt

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

LEMAH LEMBUT

Allah berfirman menyebut kurnianya yang merupakan rahmat kepada rasul-rasulnya dan hamba yang mukmin, sehingga kerana rahmat itulah lemah lembutlah hati Rasulullah terhadap pengikut yang mentaati perintah-perintahnyaserta mereka yang menjauhi larangannya.

Dan sekiranya baginda bersikap keras dan kasar didalam sikap dan kata-katanya, tentulah umat akan menjauhkan diri daripadanya. Berkata Abdulah bin Amir, “sesungguhnya aku telah menemukan sifat-sifat Rasulullah dalam kitab-kitab terdahulu, bahawa ia tidaklah kasar dalam perbuatannya dan keras hatinya dan tidaklah juga ia seorang yang berteriak dan membuat bising di dalam khalayak ramai, tidak membalas keburukan dengan keburukan bahka ia suka memeri kemaafan dan keampunan.”
Read the rest of this entry »

Satu Peringatan Berat

5

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Al-Quran, Cerpen, Dakwah | Posted on 11-08-2010

Sudah 2 tahun aku bergelar seorang doktor. Kehidupan di negara asing cukup memberikan aku cabaran yang besar untuk menjadi seorang muslim. Aurat wanita yang terdedah, kata-kata maki, arak memabukkan di ‘team party’, kesukaran solat dan banyak lagi. Hidup sebagai seorang muslim bagi aku amat sukar.

Aku juga cuba menjadi seorang suami yang soleh, seorang bapa yang mampu mendidik anaknya ke syurga, seorang ahli masyarakat yang mampu membimbing sahabat-sahabat sekeliling ke jalan-Nya dan banyak lagi tanggungjawab yang cuba kupikul. Ah, beratnya!! Berat, berat, berat !

Salah satu ayat dalam kalamullah yang sentiasa menghantui aku adalah ayat yang selalu diulang-ulang dalam usrah, kuliyah dan ceramah – ayat kedua dalam surah As-Saff.

” Wahai Orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? “

Aku tidak mahu menghurai ayat ini dari sudut pengamalan ibadah-ibadah khusus. Kita semua tahu akan peri pentingnya semua pendakwah mengamalkan ibadah dan akhlak yang disebut-sebut. Kita menyuruh manusia lain membaca Al-Quran setiap hari, maka sudah sewajibnya kita juga mengamalkannya. Kali ini, aku hanya ingin menyentuh isu ini dalam kehidupan seorang doktor!

Read the rest of this entry »

Tafsir Al-Quran : Jangan Bersedih

12

Posted by corniche | Posted in Al-Quran, Motivasi, Tafsir | Posted on 24-01-2010

ali imran139

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali Imran : Ayat 139

Asbabul Nuzul

Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu’min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada’, bahawa hal yang serupa telah terjadi pada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.

Read the rest of this entry »

Cuti-Cuti Musim Salju

0

Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Dakwah, Hadith, Ibadah | Posted on 13-12-2009

CUTI musim sejuk menjelang lagi bagi rantau Eropah dan yang sewaktu dengannya. Kedinginan musim sejuk seakan-akan dilupakan sebentar oleh kehangatan dan keterujaan untuk bercuti. Bila lagi, inilah masanya untuk melancong, jalan-jalan cari angin.

Ke manakah destinasi utama percutian anda? Turki? Mesir? Sepanyol? Itali? Perancis? England? Melanconglah ke mana pun, semuanya adalah bumi Allah jua, tidak terkurang walau seinci pun.

“Katakanlah, milik siapakah apa yang di langit dan di bumi? Katakanlah, milik Allah.Dia telah menetapkan kasih sayang pada diriNya.Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi.Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.”

Surah al-An’am: 12

Cuti-cuti juga, namun lebih indah lagi jika ia diberkati dan mengikut garis panduan agama kita. Jadi, bagaimana nak menjadikan melancong sebagai satu ibadah?

Read the rest of this entry »

Tafsir Al-Quran : Islam Syumul

0

Posted by corniche | Posted in Akidah, Al-Quran, Dakwah, Tafsir | Posted on 04-12-2009

albaqarah-208


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu

Surah Al-Baqarah: Ayat 208

Asbabul Nuzul

Dalam ayat ini, Allah menyuruh hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan semua tuntutan syariat Islam dan meninggalkan semua larangannya sekuat tenaga mereka.

As-Silmi, Islam atau patuh taat.

Ikrimah  mengatakan bahawa turunnya ayat ini mengenai sebahagian orang Yahudi yang telah masuk Islam dan ingin mengerjakan sebahagian dari syariat Taurat yang biasa mereka lakukan, seperti iktikaf di hari sabtu, maka Allah menyuruh supaya menegakkan semua syariat Isalm dan jangan menghiraukan yang lain-lainnya.

Read the rest of this entry »

Apabila Lembu dan Kambing Berbicara

1

Posted by amrullah | Posted in Al-Quran, Hadith, Ibadah, Sejarah | Posted on 28-11-2009

Buat insan yang budiman,

“If you have much, give of your wealth; if you have little, give of your heart”

Hari ini kami; lembu dan kambing ingin berbicara tentang pengorbanan. Lalu kami mulakan dengan sepotong pepatah Arab di atas. “Give of your heart” itu bukanlah bermaksud memberi hati kita pada orang lain, tetapi memberi kebaikan yang ada dalam hati kepada orang lain. Ada orang yang lebih tinggi kemuliaannya dengan mendermakan hatinya kepada insan lain.Bukan mudah nak menyerahkan sebahagian daripada organ dalaman kita kepada orang lain, nak dermakan sedikit darah pun susah.Sifat sedia berkorban perlu ada dalam diri setiap insan.Walaupun hanya pengorbanan yang kecil, ia tetap satu pengorbanan, kerana perkara yang kecil bagi kita mungkin tampak besar di mata orang lain, apatah lagi pada pandangan Allah.

Hari ni juga lembu dan kambing nak ucapkan salam Aidiladha buat semua umat Islam.Masa lembu kecil dahulu, selalu dengar orang bercerita, “Lembu korban ni, semalam dia mimpi pakai rantai emas di lehernya.” Lembu pun seronoklah, siapa tak suka kalau dapat hadiah rantai emas,mati hidup semula pun lembu sanggup dikorbankan untuk kali kedua.Rupa-rupanya kisah itu hanyalah dongengan semata-mata.

Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau