Atap Hijau Rss

Haji Mabrur, Penghayatan Kabur?

3

Posted by amrullah | Posted in Akidah, Ibadah, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 05-11-2011

Labbaikallahumma labbaik….!

Read the rest of this entry »

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

2

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah, Berita, Dakwah | Posted on 02-11-2011

HIMPUN : Adakah Sekadar Pehimpunan Mingguan Sekolah?

Perhimpunan HIMPUN yang dianjurkan untuk mengumpulkan sejutaumat islam di Malaysia bagi mempertahankan aqidah islam oleh NGO-NGO di Malaysia Sabtu lalu mendapat sambutan yang jauh dari jangkaan penganjur. HIMPUN yang mensasarkan seramai 100,000 orang islam untuk hadir hanya dihadiri oleh 5000 orang (menurut beberapa sumber).

Himpun mencetuskan fenomena berikutan isu gerakan Kristianisasi dan serbuan keatas Damansara Utama Methodist Church( DUMC) oleh JAIS atas tuduhan gerakan Kristianisasi terhadap Muallaf. Isu tersebut telah mencetuskan pelbagai respon dari pelbagai pihak samada parti politik mahupun NGO islam.

Fenomena HIMPUN disensasikan lagi oleh beberapa insiden antaranya adalah keputusan Pas untuk tidak menyertainya dibawah bendera Parti Islam Semalaysia namun padamasa yang sama memberikan kelonggaran pada mana-mana ahlinya untuk hadir dibawah kapasiti individu. Selain itu juga ia dihangatkan dengan isu penggantungan Professor Aziz Bari oleh UIAM setelah kenyataan beliau terhadap titah Tuanku Sultan Selangor.
Read the rest of this entry »

Warkah Isabella Buat Ayahanda

1

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah | Posted on 16-06-2011

Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada didalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia disamping menyusun system lahiriah juga menyusun system batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi.

Ayahku yang dihormati,

Ketahuilah ayah bahawa saya telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara ringkas maka dibawah ini saya bawakan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran islam supaya ayah dapat memahami kebenaran :
Read the rest of this entry »

Surat Berantai, Jangan Biarkan Iman Tergadai

2

Posted by cik S | Posted in Akhlak, Akidah, Concern, Penulisan | Posted on 31-01-2011

Suatu ketika dulu, surat berantai begitu banyak saya terima sehingga saya sendiri hairan bagaimana pengirim-pengirim menghantar ke alamat saya dan tahu nama saya semasa menghantar surat berantai

Mungkin pada ketika itu saya pernah memasuki ruangan sahabat di salah sebuah majalah di Malaysia. Jadi sepanjang saya bersahabat pena, memang selalu juga menerima surat berantai. Kecewa juga menerima surat berantai dan bukan sahabat handai yang saya nantikan balasan mereka.

Cuma kali pertama saya menerima surat berantai itu, satu sahaja di fikiran saya. Ini mesti konspirasi kedai-kedai fotostat di seluruh Malaysia untuk menguntungkan kedai mereka sehingga meminta semua orang membuat salinan hampir 20 – 40 salinan dan dihantar kesemua umat islam yang dikenali mereka dalam masa  beberapa hari bagi mengelakkan bencana menimpa.
Read the rest of this entry »

WAR The Series: Berubah & Tetaplah

0

Posted by admin | Posted in Akidah, Tazkirah | Posted on 07-06-2010

*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, W – Watashi*

Thabat bermakna teguh pendirian dan tetap dalam menghadapi ujian serta cubaan di jalan kebenaran. Dan thabat bagai benteng bagi seorang da’i. Ia sebagai daya tahan dan pantang menyerah. Ketahanan diri di atas berbagai hal yang merintanginya. Hingga ia mendapatkan cita-citanya atau mati dalam keadaan mulia kerana tetap istiqamah di jalan-Nya.

Dalam Majmu’atur Rasail, Imam Hasan Al Banna menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan thabat adalah orang yang sentiasa bekerja dan berjuang di jalan dakwah yang amat panjang sampai ia kembali kepada Allah SWT. dengan kemenangan, baik kemenangan di dunia ataupun mati syahid.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah SWT. maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya”.

(Al- Ahzab: 23)

Read the rest of this entry »

Aku Takut Letih

1

Posted by Nur Islam | Posted in Akidah, Cerpen | Posted on 29-05-2010

Aku Takut Letih

Malam itu, dirasakan tekanan semakin memuncak. Bebanan kerja bertubi-tubi. Semua pihak menuntut disiapkan itu dan ini. Panggilan telefon berdering-dering meminta untuk diangkat. Sahabat-sahabat menelefon untuk bertanyakan nasihat dan panduan akan gerak kerja. Masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian segera yang menuntut kebijaksanaan mula menyesakkan nafas. Otak perlu ligat berfikir mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan, badan perlu cergas untuk menyelesaikan semua tugasan. Namun, otak telah lesu, badan telah lembik. Saat itu dirasakan semua bebanan dunia ini diletakkan diatas pundakku sahaja, sedangkan umat islam dimuka bumi ini mencecah angka billion. Namun mengapa harus aku melakukan semuanya?

Semua perasaan negative, sesak, tertekan, rungsing, putus asa, letih bersatu menjadi satu rasa yang cukup hebat menolak diri untuk lari sejauh mungkin dari segala persoalan yang membelengu. Lantas ku capai jaket ‘bubble’ kesukaanku kerana ketebalannya cukup melindungi tubuh kurusku dari kesejukkan, ku ambil kunci dan ku sarungkan kasut, aku berjalan keluar dari rumah pada jam 12 malam itu. Udara didalam bilik kecil itu ibarat kekurangan oksigen membuatkan aku tercungap menghirup nafas bagi mencari kekuatan meneruskan sebuah perjalanan panjang bernama perjuangan.

Read the rest of this entry »

Andai Ku Tahu…

0

Posted by Ailurophilia | Posted in Akidah, Tazkirah | Posted on 27-04-2010

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu ….

(petikan lirik Andai Ku Tahu – Ungu)

Andai ku tahu apa yang bakal kutempuhi nanti…

Dalam menelusuri perjalanan manusia dan liku-liku yang bakal dihadapi  nanti…

Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group