Atap Hijau Rss

Yang Tak Dapat Ditukar Ganti

0

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 07-11-2010

Di luar waktu sembahyang, kelihatan ada orang masuk ke dalam masjid.  Lalu seorang lelaki melihat anak berumur sepuluh tahun sedang mengerjakan solat dengan khusyuk. Lelaki itu menunggu sehingga anak itu selesai dari solatnya.

Dia menghampiri anak itu dan bertanya,“Nak siapakah anda?”

Anak kecil itu mengeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan airmata di pipinya.

Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata, “ Saya anak yatim piatu, tuan.”

Hati lelaki itu tersentuh mendengarnya dan berkata,” Apakah anda mahu menjadi anakku?”

Anak kecil itu menjawab, “ Apakah jika aku lapar, anda mahu memberiku makan?”

Lelaki itu terdiam sebentar, kemudian menjawab, “ Ya”

Read the rest of this entry »

Tiada Lagi Tangisan

4

Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 27-10-2010

Saya masih lagi ingat sebuah kisah yang pernah diceritakan ketika usrah di KMB beberapa tahun yang lalu….

Ketika sedang memetik buah-buahan yang masak ranum di sebatang pohon yang renek, seorang pemuda terjumpa sebuah kepompong kupu-kupu. Sambil diperhati dan diamati kepompong itu, dia terlihat akan sebuah lubang yang kecil pada kepompong itu. Selama beberapa jam, dia memerhatikan seekor kupu-kupu yang bertungkus-lumus untuk keluar daripada lubang yang kecil itu. Subhanallah, sungguh menakjubkan! Setelah beberapa lama memaksa dirinya keluar dari kepompong itu, si kupu-kupu berhenti seketika. Pemuda itu terus memerhati dan pada sangkaannya, si kupu-kupu telah berputus asa dan berhenti berusaha.
Read the rest of this entry »

Pelbagai Sedekah

0

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Ibadah | Posted on 25-10-2010

Suatu hari, Nabi Muhammad saw sedang duduk dengan sahabat-sahabatnya. Mereka tidak pernah berbual-bual kosong dan baginda sering mengingatkan  sahabat-sahabatnya dengan ilmu berguna.

Nabi Muhammad saw berkata, “ Setiap orang Islam ada bahagian sedekah.”

Sahabat Nabi tidak begitu faham dan ingin mendapatkan penjelasa daripada Nabi Muhammad dengan bertanya, “Wahai Nabi kekasih Allah, bagaimanakah bahagian sedekah bagi seseorang yang tidak mendapatkannya?”
Read the rest of this entry »

Permasalahan Pemuda

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Akhlak, Concern | Posted on 22-10-2010

PERMASALAHAN PEMUDA

Firman Allah S.W.T:

“Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maksud Surah Maryam (19):59.

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21).

“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (Maksud Surah al-Mulk (67):15).

Masa muda termasuk masa terpenting dalam peringkat umur manusia. Pada peringkat ini, terbentuknya hala tuju dan ketika itulah terbinanya akidah. Melaluinya, terbentuknya jiwa atau jati diri dan tertanamnya akhlak. Pada usia mudalah berlakunya pertempuran antara kebaikan dengan kejahatan atau kebenaran dengan kebatilan, kehidupan yang suci dan mulia atau kehidupan bersukaria dan waktu terluang yang disia-siakan.
Read the rest of this entry »

Bakhil?

0

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Hadith | Posted on 12-10-2010

*Image from Deviantart*

Hati kita dilanda kebimbangan jika orang disekeliling kita mengatakan kita kedekut apatah lagi bakhil. Hal ini adalah kerana “bakhil” disinonimkan dengan konotasi negatif yang penulis kira difahami oleh semua orang.  Sukalah untuk penulis berkongsi satu hadis sumber dari Husain bin Ali r.a.memberitakan Rasulullah saw pernah bersabda..

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atas ku.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi: Sahih)
Read the rest of this entry »

Penawar Bagi Hati

0

Posted by Fares Audah | Posted in Akhlak, Tazkiyatun nafs | Posted on 24-09-2010

Assalamualaikum wrt wbt

Keperibadian dan kezuhudan Rasulullah yang sanggup mengorbankan kesenangan dunia  dan kekayaan harta benda perlu di contohi agar hidup ini benar-benar dijadikan sebagai ladang akhirat.

Pada suatu hari, Saidina Umar menemui Rasulullah di rumah. Didapati tidak ada barang yang berharga didalam rumahnya kecuali sebuah bangku yang pelapiknya dari tenunan daun kurma. Di dindingnya tergantung sebuah guriba (bekas air) sebagai alat untuk berwudhuk.

Melihat keadaan kehiduan Rasulullah s.a.w, hati Saidina Umar menjadi terharu sehinga mengalir air matanya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah menegurnya, “Apakah sebabnya engkau mengalirkan air matamu, ya Umar?”
Read the rest of this entry »

Ramadhan Dirai, Syawal Dinikmati : Part 2

0

Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 07-09-2010


Alhamdulillah, setelah beberapa hari berpuasa, kini Syawal menjelang tiba. Setiap Muslim mempunyai persepsi yang berbeza tentang Aidilfitri. Ada yang menganggapnya sebagai hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, ada juga yang menganggap Aidilfitri sebagai hari untuk berkumpul dengan ahli keluarga. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk memikirkan takrifan Aidilfitri dalam hidupnya. Ada juga yang merebut peluang untuk memohon maaf pada hari Raya Aidilfitri. Amalan memohon maaf merupakan amalan yang terpuji namun amalan ini bukanlah hanya perlu dilakukan sekadar setahun sekali iaitu pada hari raya, bersalam-salaman dan sekadar mengucap “Saya minta maaf.” Ya, Aidilfitri boleh dijadikan sebagai platform untuk kita saling bermaafan, tetapi perlulah lebih ikhlas dalam mengharapkan kemaafan dan memaafkan insan lain bagi mendapatkan keredhaan Allah.
Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group