Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Ekonomi | Posted on 23-06-2011

Murah rezeki bukan sekadar membawa maksud memperolehi kekayaan harta, tetapi juga ia merangkumi konsep yang lebih luas. Rezeki yang dikurniakan Allah mungkin hadir dari segi Allah mempermudahkan setiap urusannya, mudah memahami ilmu yang dipelajari, mendapat ketenangan dalam hidup, sentiasa berasa cukup dan bersyukur atas nikmat yang diberikan, memperolehi keluarga yang soleh serta memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita dituntut supaya memohon kepada Allah agar Allah memberkati setiap rezeki yang kita perolehi.
Memperbanyakkan doa:
1. Doa ketika duduk di antara 2 sujud
Read the rest of this entry »
Posted by corniche | Posted in Akhlak, Tazkirah | Posted on 22-06-2011
Bismillahirrahmanirrahim…
Saban hari di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, ramai yang menaikkan status tidak sabar untuk pulang, atau sudah kegembiraan tiba di tanah air bersama keluarga tercinta. Begitulah fitrah manusia yang sentiasa ingin mencari kebahagiaan, yang salah satunya dikecapi dengan ketenangan bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Namun sedarlah bahawa, bersama keseronokan ini datangnya tanggungjawab terhadap ibu bapa kita. Cuti yang panjang bukanlah untuk kita berehat dan bersuka ria semata-mata, malah inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa dan menebus masa-masa kita sepanjang berjauhan dari mereka di perantauan.
Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

(Sekadar gambar hiasan. Sumber: Antique Dog Photos)
Read the rest of this entry »
Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Baitulmuslim | Posted on 08-04-2011
I’m writing this note so that in future, if I ever forget the sacrifice done by my parents (naudzubillahiminzalik..) , I know that their love for us are infinite..
It was a usual weekly phone conversation with my mum, in fact I was late 2 days than usual to phone her. So today I decided to call her and she was in dyslexic school in Penang. I don’t know if I am too obsessed with ‘dyslexic’ word, but to be honest, I just can’t help myself. The dyslexic child is my sister, whom I love sooo much. After a few months searching for the best education centre for dyslexic children in Malaysia, my parents finally found one in Penang. Alhamdulillah..at least it was not too far from my house. My mum was telling me that she decided to enroll my sister into the school. I was shocked, not because I was ashamed she’ll be in special school, but the fact that Penang and my house is not too short a distance, I was like asking my mum if she is serious about this decision. She said that if this is the best for my sis, then why not?

At the back of mind, I was imagining the hassle that my parents have to endure if they were to send her there.. having to spend a lot of money on petrol and toll fee, enduring the massice traffic jam in Penang and other ‘perkara remeh’ .. if I were in their shoes, I would not want to place myself into troubles. My dearest friend once told me that , “I know Yan, you never had a hard time in your life and you won’t bite off more than you can chew.”
Read the rest of this entry »
Posted by cik S | Posted in Akhlak, Akidah, Concern, Penulisan | Posted on 31-01-2011

Suatu ketika dulu, surat berantai begitu banyak saya terima sehingga saya sendiri hairan bagaimana pengirim-pengirim menghantar ke alamat saya dan tahu nama saya semasa menghantar surat berantai
Mungkin pada ketika itu saya pernah memasuki ruangan sahabat di salah sebuah majalah di Malaysia. Jadi sepanjang saya bersahabat pena, memang selalu juga menerima surat berantai. Kecewa juga menerima surat berantai dan bukan sahabat handai yang saya nantikan balasan mereka.
Cuma kali pertama saya menerima surat berantai itu, satu sahaja di fikiran saya. Ini mesti konspirasi kedai-kedai fotostat di seluruh Malaysia untuk menguntungkan kedai mereka sehingga meminta semua orang membuat salinan hampir 20 – 40 salinan dan dihantar kesemua umat islam yang dikenali mereka dalam masa beberapa hari bagi mengelakkan bencana menimpa.
Read the rest of this entry »
Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Dakwah | Posted on 03-12-2010
* Nur Islam mendapatkan pandangan dari Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba berkenaan isu Facebook. Ikuti pandangan untuk anda si Facebook King, dan si Facebook Queen, dalam tips-tips dan adab dalam ber’facebook’ kepada Muslimin dan Muslimat. Tips untuk ber’facebook’ sebagai seorang daei. *

Untuk Anda Si Facebook-KING
Facebook kini sudah berleluasa digunakan oleh ramai orang. Orang Malaysia kalau mengikut kajian memang antara yang paling banyak menggunakan ’social network’.
Dah namapun ‘social’, memang social lah tujuannya. Untuk mengenal kawan, berjenaka dan sebagainya. Namun, rugilah kalau bersosial sahaja kalau dah namapun dai’e ye dak?
Read the rest of this entry »
Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Miscellaneous | Posted on 27-11-2010

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bukanlah suatu kerja yang mudah. Ada yang beranggapan seseorang bergelar pemimpin apabila dia mendapat pangkat yang tinggi. Konsep sebenar kepemimpinan jauh lebih luas daripada itu. Kita sendiri merupakan pemimpin kepada diri sendiri. Sekiranya kita tidak mampu memimpin diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang soleh, agak sukarlah bagi kita untuk memimpin sesebuah masyarakat.
Read the rest of this entry »
Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Akhlak | Posted on 24-11-2010
Musim cuti tiba lagi. Masa inilah jemputan kenduri perkahwinan tiba dengan banyaknya. Makin ‘comel’ la kami sekeluarga. Mana tidaknya jika kenduri mencecah 15 dalam satu hari.
Cuti kali ini, kami mendapat 5 jemputan kenduri untuk hari pertama cuti. Antaranya adalah kenduri perkahwinan sepupuku di Sungai Petani. Walaupun ada kenduri jiran hanya beberapa buah rumah dari rumah kami, sudah semestinya kami perlu memberikan keutamaan kepada kenduri keluarga.

Sehari sebelum hari kenduri, mak dan abah sudah mula mengatur rumah untuk diziarah. Rumah kenduri yang mana yang tidak dapat dipenuhi jemputan keesokannya. Malah mak dan abah pergi ke rumah jirah kami untuk membantu apa yang mampu sebelum berangkat ke 2 buah rumah lagi untuk bertemu tuan empunya rumah. Abah kemudian menelefon kawan sepejabatnya untuk memaklumkan yang dia tak ke kenduri beliau malah hendak menjenguk sebelum kenduri pun tak terdaya. Nampak mak dan abah letih memenuhi kewajipan mereka selaku tetamu walimah. Ini belum lagi sampai ke Sungai Petani untuk membantu Pak Long.
Read the rest of this entry »