Atap Hijau Rss

Doa mengawal kemarahan

3

Posted by Ailurophilia | Posted in Akhlak, Tazkiyatun nafs | Posted on 09-01-2012


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)
Read the rest of this entry »

Astaghfirullah..

3

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak, Tazkiyatun nafs | Posted on 26-12-2011

Taubat itu menyenangkan si Hamba dan meredakan Tuhannya.

Jalanilah hidupmu dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:

“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)

Bertaubat bermakna membersihkan hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.

Petanda orang yang bertaubat ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.

Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.

Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?

Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita renungkan!

Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..

Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Aku Perlu Berterima Kasih

1

Posted by Shahkang | Posted in Akhlak | Posted on 24-11-2011

Dua, tiga coretan yang lepas kerap kali menimbulkan polemik. Sana sini bercanang-canang segala hal. Berdebat dan berhujah. Tidak apalah, saya suka memegang prinsip “Persoalan dan pertikaian akan membawa kita lebih kepada kebenaran dan pembetulan”.

Oh, ada syaratnya juga untuk perkara sedemikian berlaku :“Setiap dari kita harus bersedia untuk menerima kritikan. Bukannya selesa dengan keadaan sedia ada.” (perkataan lain yang sesuai menerangkan hal ini: BERLAPANG DADA)

Baik, kembali kepada pokok pangkal penceritaan buat hari ini.  Ceritera hari ini sifatnya lembut dan mendamaikan jiwa. Aku mahu menjadi yang biasa pula. Sudah-sudahlah yang bersifat ‘membongkar’ dan ‘menelanjang’ kesalahan diri sendiri.
Read the rest of this entry »

Naum in Islam

1

Posted by happy 3 friends | Posted in Akhlak, Miscellaneous | Posted on 17-11-2011

Sleep is a state in which a person is in physical and mental resting state. There are several steps to sleep like Prophet Muhammad SAW:

1. Dust off the bed

Al-Bukhari (6320) and Muslim (2714) narrated that Abu Hurayrah said: The Prophet Muhammad SAW said: When one of you goes to his bed, let him dust off his bed with the inside of his lower garment, for he does not know what came onto it after he left it. Then let him say: Bismika Rabbee wada’tu janbi wa bika arfa’uhu wa in amsakta nafsi farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhaa bimaa tuhfaz bihi ‘ibaadika al-saaliheen ( In Your name, my Lord, I lie down, and in Your name I rise. If You should take my soul then have mercy on it, and if You should return my soul then protect it as You protect Your righteous slaves).
Read the rest of this entry »

Memberi yang Terbaik

1

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak | Posted on 30-10-2011

Suatu masa dahulu, raja-raja, orang-orang kaya dan masyarakat amnya suka mengirim elaun sara diri kepada individu-individu yang berilmu menjadikan mereka golonganyang berpendapatan tinggi dalam masyarakat.

Sebagaimana para sarjana dan ilmuwan-ilmuwan lain, sejarawan Laith bin Saad mempunyai pendapatan yang tinggi dalam masyarakat. Syuaib anak beliau, pernah menyatakan bahawa pendapatan ayahnya adalah antara dua puluh ribu dinar setahun.
Read the rest of this entry »

God Bless!

0

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak | Posted on 08-10-2011

God Bless!

Sedang menelaah di computer room sambil search internet semalam, tetiba terdengar seorang lelaki irish muda bersin

‘ Haaachooooh’ (mungkin bunyi sedikit berbeza tapi bayangkan orangg tengah bersin ye)

Kemudian dua orang lelaki disebelahnya cepat berkata

‘ God Bless’ dan seorang lg berkata ‘ Bless you’

Kemudian dia bersin lagi ‘ Hacchoooooooh ‘

Mereka cepat menjawab ‘God Bless’.

Read the rest of this entry »

Tazkirah Ramadhan: Mencintai Ilahi

6

Posted by 3 layer tea | Posted in Akhlak, Cerpen, Tazkirah | Posted on 15-08-2011

Yuhibbuhum wa yuhibbuu nahuu

Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya. (QS. Al Maidah 5:54)

Sebelum ini, kita biasa mendengar untuk melakukan sesuatu kerana disuruh Allah SWT, maka pada hari ini, saya ingin mengajak kita semua untuk bersama-sama cuba mengubah paradigma kita kepada membuat sesuatu kerana mencintai Allah SWT. InsyaAllah semoga perkongsian ini mampu membangkitkan rasa dalam diri kita untuk mencintaiNya yang terlebih dahulu telahpun mencintai kita. ( Al Maidah : 55 )

Saya mulakan perkongsian ini dengan sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang ustaz a.k.a seorang ayah

Ayah ini mempunyai 4 orang anak. Kerjayanya menuntut si ayah untuk sentiasa keluar dari rumah dan menyampaikan ceramah-ceramah ilmu ataupun kita panggil sebagai majlis zikir.

Pada suatu petang, si ayah pulang setelah seharian bekerja.

Read the rest of this entry »

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau