Atap Hijau Rss

Atap Hijau Crew

AtapHijau Crew



AtapHijau Nasheed Crew

NASHEED CREW
Sejarah Penubuhan

AtapHijau, atau juga dikenali sebagai AJ, ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti College Cork, Ireland sebagai salah satu inisiatif dalam berdakwah dan untuk menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan Islam. AtapHijau mula diperkenalkan pada tahun 2005 melalui penubuhan laman web yang dikenali sebagai AtapHijau.com. Laman web ini menjadi landasan bagi pelajar Malaysia dalam menghasilkan karya-karya berunsur Islam yang berkaitan tentang isu-isu yang menarik perhatian umat Islam secara amnya.

Pencapaian

AtapHijau mula mengorak langkah dengan mengembangkan sayapnya ke dalam bidang hiburan secara Islamik melalui penglibatan pelajar-pelajar dalam bidang nasyid. Kumpulan nasyid ini bertujuan untuk menyampaikan ayat-ayat Allah dan RasulNya serta memberi kesedaran tentang Islam melalui medium hiburan. Kumpulan Nasyid AtapHijau sering menerima jemputan untuk membuat persembahan dan menyertai pertandingan nasyid di Ireland iaitu Nasyeed Extravaganza/NEXT (Festival Nasyid di Ireland), majlis di Cork City Council pada 2009, Cork Mosque Family Day pada 2008, FOSIS Annual Grand Dinner 2009 dan 2010, di hadapan President Ireland, Mary Mc Allese.

Aktiviti Dakwah Umum

AtapHijau turut mengadakan kolaborasi bersama Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC), Ireland melalui Program Tahajjud Cinta yang bermula awal tahun ini. Sebanyak 3 siri Tahajjud Cinta telah diadakan dan melibatkan tema yang pelbagai iaitu KAIZEN, LOVE, dan HOPE. Program ini melibatkan aktiviti berunsur kerohanian seperti qiamullail, pengisian, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga tazkirah ringkas (tangkas) yang dijalankan dalam tempoh sehari pada hujung minggu tertentu. Selain itu, AtapHijau juga telah menganjurkan Jaulah AtapHijau, sebagai sebuah pengembaraan melihat keajaiban alam ciptaan Tuhan.

Perancangan Masa Hadapan

AtapHijau berhasrat untuk mengorak langkah dengan lebih jauh kehadapan dalam usaha untuk menyebarkan da’wah Islam kepada masyarakat. Bermula dengan merekrut penulis-penulis baru untuk menyertai AtapHijau. Selain itu, perancangan penganjuran sebuah Kem Musim Panas juga sedang diusahakan dalam usaha perkongsian pengalaman da’wah dan kehidupan sebagai muslim di bumi perantauan. Selain itu, AtapHijau juga telah menubuhkan AtapHijau Group yang menaungi AtapHijau.com, AtapHijau Nasyid Group dan satu lagi sayap baru AtapHijau yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat, AtapHijau Business. Diharapkan usaha mengembangkan AtapHijau ini, menjadi pemangkin kebangkitan Islam di bumi Allah ini.

D.I.A